Saturday, 6 August 2016

A depressed man

PengakuanKu

A very depressed person

Assalamualaikum. Thanks admin utk approve kan confession ini. Aku tgh mengalami masalah ni tetapi tah tahu cara nak mengatsi sepenuhnya. Sangat berharap para pembaca boleh tolong kasi nasihat kat comment.

Pernah tak korang bila bukak phone mengharap kan notification ws tetapi tak ada pun yg keluar? Ataupun bila ws kawan2 kita tapi reply pun takde dan bagi alas macam2 bila kau ajak lepas? Pernah tak bila setiap kali cuti sem tak ada sorang pun heran di kalangan kawan kawasan rumah? Pernah tak bila birthday kau dah tiba tapi takde sorang pun yg wish kecuali keluarga kau? Kalau kawan2 kita tu tak kesah pasal kita, bagaimana kalau ada apa2 berlaku kat kita? Sapa yg akan tolong kita bila susah dan senang?

Aku ada kawan yg ramai jugak. Tetapi kawan baik tu tak tahu betul ke tak. Ada je time keluar gi makan lepak bagai tapi utu sementara je. Long story short aku envy/jealous dgn orang lain yg ada kumpulan best friends ni. Pergi mana2 ada gang sendiri, birthday sambut bersama, kalau org tanya kau kumpulan dgn budak mana pun kenal gak. Kalau yg org macam aku ni? Kadang2 org kata aku ni forever alone, loser takde kawan dan sebagainya. Aku tgk korang selalu complain pasal benda2 remeh padahal kawan2 korang tu REZEKI! UNTUNG gila korang dapat rezeki tu. Bukan semua yg dapat. Kau tak tahu bagaimana nak jalan kat bumi ni sorang sorang. Nak berjalan pun org yg jalan dalam group memandang kita sbb kita ni jalan sorang dalam mall atau kawasan yg luas. Tak salah pun jalan sorang2 tapi alangkah baik kalau ada kawan yg follow?

Bila korang susah, sapa yg kau mintak tolong? Mesti bestfriends korang kan? Punya la untung dapat kawan macam tu. Aku nk hadapi depression ni pun dah bertahun. Atleast korang ada support group sendiri boleh handle. Jangan cakap kalau aku boleh hadapi ni aku makin kuat . Takkk, lagi aku Overthinking ada la.

Memang susah nk cari sahabat dunia akhirat bila dah besar ni. Untung sangat kat orang yg contact sejak sekolah. Ada gang sendiri yg takkan berpecah. Selalu lepak bila ada masa. Orang yg sentiasa PRIORITISE kau la dalam hidup mereka. Aku ni? Well, sentiasa harap tak lompat bangunan ke apa bila aku tgh depress ni. The fact yg aku ni lelaki yg ada masalah ni lagi buat aku rasa down sbb masalah macam ni yg buat aku problem.

Itu sahaja la untuk harini. Penat taip memajang time malam buta ni. Harap korang dapat tolong aku. Tq

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.