Assalamualaikum, guys. Aku ada sesuatu ingin share dengan korang. Mohon pandangan kalian sebab aku keliru dan pening. Dan, aku juga tertekan dengan masalah yang melanda aku sekarang ni. Kalau ada yang tahu cerita ini dan kenal kami, mohon jangan komen dan diam-diam sebab aku tak nak identiti kami terdedah. Aku hanya memerlukan pandangan dan nasihat jika ada yang arif pasal ni. Minta maaf jika apa yang aku bakal tulis ni agak panjang untuk kalian baca. Aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin sebab aku tak nak buat part2. Huhu!
.
Aku dah berkahwin dan mempunyai anak. Suami aku mempunyai beberapa orang abang dan mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak. Jujurnya, aku tak pernah mempunyai masalah rumahtangga dengan suami mahupun dengan keluarga belah aku dan suami aku. Mentua dan adik bradik ipar aku memang jenis yang baik dan memahami. Aku memang cukup senang dan selesa dengan mereka sehinggalah baru-baru ini. Bukan dengan mentua dan adik-beradik ipar tapi dengan seorang biras perempuan aku. Aku rapat juga dengan biras perempuan aku yang ni kerana rumah kami x jauh dan jarak usia perkahwinan kami juga x banyak beza walaupun dia jauh lebih muda dan pangkat kakak. Anak-anak kami juga sebaya. Tambah pula kami selalu pulang ke kampung pada waktu yg sama, tidur sebilik bersama anak-anak (lelaki tidur di luar) dan banyak berkongsi cerita dan saling tolong-menolong jika ada masalah atau perlukan bantuan. Pendek kata, dia biras yang paling rapat dengan aku dan aku pun selesa dengan dia.
.
Untuk pengetahuan korang, sebelum ni, dia memang pandai bergaya dan cantik, pandai jaga rumahtangga, pandai masak, baik hati, x pernah campur urusan orang lain dll. Tambahan pula dia adalah seorang suri rumahtangga, jadi memang makan minum pakai suami dan anak-anaknya terjaga dengan air tangannya sendiri jika nak dibandingkan dengan aku yg agak sibuk dengan kerjaya. Tetapi, dia agak culas bab agama dan solat. Kadang2 solat dan kadang2 tidak cukup solatnya. Itu semua kami nampak apabila dia pulang ke kampung. Bab menutup aurat di hadapan ipar juga tidak begitu dititikberatkan sangat. Jangan dikata tak ada yang menegur, ibu mentuaku pernah menegur abg ipar aku hal tersebut. Satu lagi masalah yg dia ada, dia mempunyai masalah saka. Ada saka mengganggunya dan dia pun selalu juga terkena buatan orang. Memang aku agak kasihan dengan nasibnya yang asyik terkena buatan orang. Mungkin kerana dia orang yang cantik dan ada yang jeles dengannya. Aku sendiri pun x tau nak bantu dia macammana jika melibatkan sihir atau buatan orang. Hanya mampu menasihati supaya berusaha juga ubat diri sendiri dengan cara solat hajat dan baca ayat2 pendinding, jangan berharap 100% bantuan ustaz atau orang lain semasa mendapatkan rawatan. Walaupun aku tau solatnya ala kadar masa tu. Dalam maksud tersirat aku supaya dia jaga solat juga kerana aku jenis tak pandai nak nasihat orang direct. Takut terasa hati dan sebagainya. Jujurnya, aku pun tak berapa tahu bagaimana dia handle masalahnya yang tu kerana aku mempunyai life yg sangat hectic dengan kerjaya dan anak-anak lagi. Jadi, aku jarang jumpa dia walaupun dekat je dan jarang bertanya khabar tentang masalah2 tersebut. Jika dia whatsapp aku dan bercerita, aku hanya pandai menjadi pendengar, aku tak pandai sangat nak menasihati dan tolong solve masalah macam tu. Okay, cukup pasal tu sebab tak nak cerita detail sangat pasal hidupnya yg sebelum ni. Cuma aku perlu intro sikit2 supaya korang faham perjalanan kisahnya. Kalau ikutkan, banyak lagi kisahnya tapi tak perlulah detail sangat.
.
Nak dijadikan cerita, semasa pulang beraya dekat kampung baru-baru ni, ada sesuatu yang pelik terjadi. Dia pulang ke kampung lewat dua tiga hari selepas raya kalau tak silap. Masa tu, kami maklum yg dia pulang lambat kerana anaknya tak sihat. Aku agak busy dengan kenduri di rumah mak aku semasa dia pulang. Jadi, aku hanya jumpa dia semasa dia datang kenduri. Masa tu, dia ada cakap sesuatu yang pelik tapi aku blur. Dia cakap dia bukan diri dia yg dulu. Matanya berair masa dia cakap tu. Dia pun nampak lain, gaya dia berubah, muka nampak pucat. Aku jenis yg blur jadi aku belum syak apa2 masa tu.
.
Selepas kenduri habis sehari sebelum aku balik ke kota untuk sambung bekerja, kami balik ke rumah mentua untuk tidur di sana pula. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati dengan dia. Biasanya, aku akan tidur sebilik dengannya. Tapi entah kenapa aku rasa berat hati. Aku cakap dengan husband, aku nak tumpang di bilik adik ipar dengan alasan aku menyusu anak, jadi tak nak tidur di ruang tamu. Lagipun satu malam je sebelum pulang ke kota. Sebelum tu, aku memang tidur di bilik yg dia sedang guna. Nasib baik adik ipar aku okay je. Masa aku sampai di rumah mentua, dia dan suaminya tak ada. Hanya tinggal anak-anak dia.
.
Apabila dia balik, dia panggil mak mentua aku dan adik ipar aku masuk bilik dia. Entah macammana aku sendiri dah lupa, aku terheret sekali masuk. Masa tu dia bercakap sesuatu yang pelik. Tentang anugerah yang dia dapat, tentang ilmu makrifat, tentang masalah org lain, tentang dia nampak sesuatu, berkaitan biras kami yg lain. Aku blur, aku tak faham masa tu. Serius aku memang blur habis yang kemudiannya baru aku faham sikit apa yg dia cakap. Aku memang jenis yang lambat pick up sebenarnya. Pasal apa yg dia cakap tu, tak perlu aku bercerita lebih lanjut. Malam tu, ada aku bersembang2 biasa dengan dia, dia ada mention psl dia dpt ilmu makrifat dpt anugerah dan sebagainya. Aku masih blur. Cuma yg aku baru perasan (punyalah slow pick up aku ni), dia dah jaga aurat dia, dia pakai tudung sepanjang masa depan suami aku, stoking, handsock, solat pun dah jaga. Masa tu, aku bersyukur dengan perubahannya walaupun sikap dia nampak pelik. Masa sedang sembang ngan dia, tiba2 dia tanya anaknya (usia lingkungan 3-4 tahun) yg tengah main, “adik, mama ada kawan kan?” Anaknya hanya tunduk dan pandang sekeliling dengan hujung mata. Dia cakap, mungkin sebab ada orang lain, so dia x nak cakap. Darah aku berderau masa tu sebab aku rasa aku faham maksudnya. Aku bergegas keluar dari biliknya sebab aku jenis tak suka dengar menda2 macam ni depan mata tapi masa tu dia tanya anaknya lagi, “adik, mana kawan adik?” Dan, jika aku tak silap pandang masa tu, anaknya tunjuk sesuatu di satu sudut. Sampai saat ini, aku tak lupa reaksi wajah anaknya. Note : saya ganti panggilan nama anaknya kepada “adik” kerana aku x nak dedahkan nama-nama watak.
.
Esoknya hari, semasa kami berkemas nak pulang ke kota, ada berlaku pertengkaran kecil antara aku dengan husband. Aku meminta suami ambilkan toiletries di tandas tapi suami aku enggan kerana sedang buat sesuatu yg lain dan suruh aku sendiri yang pergi. Aku cakap aku dah pakai stoking, malas nak buka. Dia suruh buka stoking dan tentunya aku yang memang banyak kelemahan sebagai isteri ni, membebel kembali kepada suami, cakap susahnya nak minta tolong yg tu je. Sebenarnya bukan isu besar pun. Perkara biasa saja bagi suami isteri dan bagi kami. Lagipun, akhirnya suami aku mengalah dan kami pun takde bermasam muka lama pun. Dan, aku mengaku silap aku juga bertengkar mulut dengan suami di rumah mentua walaupun hal kecil saja. Tolong jangan buat macam aku. Aku manusia yg khilaf dan sangat lemah.
.
Selepas siap berkemas, tiba2 biras aku tu memanggil aku dan suami serta suaminya dan mentua kami duduk di meja. Masa tu sebenarnya dah lambat kerana kami berjanji dengan adik aku. Tapi nak jaga hati dia, kami turutkan saja. Masa tu la, dia mula buka mulut cakap hal yang pelik2. Dia cakap suami aku dah lama terasa hati dengan aku dan bla bla bla. Katanya dia tahu tapi x nak dedahkan aib kami biar kami saja yg bercerita masalah kami. Dia suruh kami luahkan semuanya dalam hati kami di depan mentua aku masa tu. Dia merayu-rayu dan tekan kami suruh kami bercerita masalah rumahtangga kami. Di hadapan mentua aku. Dia siap menangis2. Katanya dia jahil sebelum ni, dia x nak jadi jahil kembali selepas dia dpt ilmu makrifat, dpt anugerah. Katanya nak tolong kami. Masa tu aku blur, dalam masa sama aku tertekan. Kami diam tak bercerita apa2. Bila dia tekan2 suami aku, suami aku cakap memang la pernah terasa masa gaduh2 tapi masa gaduh je la. Dia paksa2 kami meluah perasaan. Serius aku tertekan masa tu. Lepas tu, handphone dia main sendiri lagu. Tak ada siapa pun pegang handphone dia masa tu. Masa tu aku lebih rasa tertekan dan sedih dengan situasi tu daripada nak rasa seram. Sampai menitis air mata aku sebab sedih dan tertekan. Dia cakap lagu tu membayangkan hati aku. Aku angguk je. Memang betul lagu tu membayangkan hati aku. Dia siap menangis2 minta kami luah. Suami aku diam je. Aku pun diam je. Dia siap cakap suami aku ego. Suami aku cakap dekat abangnya minta bawa dia pergi berubat tapi dia menyampuk katanya dia dah boleh ubat diri sendiri. Kemudian semuanya terhenti bila ada tetamu datang. Dia cakap dia dapat anugerah, ilmu makrifat dan tak nak jahil macam dulu lagi. Dia suruh aku google pasal ilmu mengenal diri. Katanya suami dia juga sedang menuntut ilmu makrifat dengan org lain tapi dia dapat sendiri. Itu yg aku faham. Atau mungkin aku salah faham atau salah dengar. Banyak lagi yg dia cakap sebenarnya tapi nanti panjang sangat nak kisahkan. Dia cakap kat aku, semua aturan tu cantik. Mungkin tetamu tu dtg sebab nak elakkan aib aku terbuka masa tu. Kau rasa?
.
Sejujurnya, aku blur dan sebagainya masa tu. Aku x tau apa yg jadi dengannya. Aku x tau adakah aku perlu percaya dengan dia. Aku x tau apa yg betul sebetulnya. Jujurnya, aku tak gembira dengan apa yang dia buat. Sebab dia mencampuri urusan rumahtangga aku di hadapan mentua aku. Aku masih boleh terima jika dia hanya tegur kesilapan aku tanpa melibatkan mentua aku. Tapi, bila dia buat macam tu, aku rasa seolah2 dia cuba membuka aib aku depan mentua aku, bukannya membantu aku. Itu yang aku rasa. Dua tiga hari juga perkara tu mengganggu fikiran aku. Aku ingatkan semuanya dah terhenti masa tu.
.
Beberapa hari yg lepas, masa aku sedang komen-mengkomen dengan kawan aku psl isu suhaimi saad dekat fb, aku ada komen dengan kawan aku yg tak perlu campur hal rumahtangga orang lain sebab kita mestilah rasa tak happy jika org lain masuk campur hal rumahtangga kita walaupun org yg terdekat dengan kita. Nota : aku bukan peminat suhaimi saad malahan memang x suka dia, cuma aku rasa kesian peminat dok sibuk hal rumahtangga dia. Fb ni bahaya, jika kamu tersilap komen, tersilap update status, boleh mengundang bahaya dan pergaduhan. Dan, jujurnya, walaupun aku x mention nama dia tapi sedikit sebanyak aku ada maksudkan dia juga yg telah mencampuri urusan rumahtangga dengan tanpa adab sebab melibatkan mentua aku. Dia baca komen aku dan kawan aku. Dan, di komen kawan aku masa itu juga, dia reply dan menghentam aku. Siap panggil aku perempuan sombong yang tidak mahu menerima teguran. Dan tugasnya menegur kejahilan yang berlaku di hadapan mata yang mana aib rumahtangga dah terbuka depan keluarga mentua dan bla bla bla. Aku tak balas. Kawan aku pun diam sebab dia tak faham apa yg dia tulis sebab dia komen tiba2 dan penulisannya agak bertaburan. Sila ambil perhatian, dia reply di komen kawan aku di wall aku. Yang mana semua orang boleh baca. Kau rasa? Oh ya, sebelum tu, dia sentiasa update status yg pelik bagi aku pasal mengenal diri dan sebagainya dan tag aku serta org lain. Bukan 1 post tapi banyak post dalam sehari. Aku hanya biarkan saja masa tu sebab saat itu, aku dah mula rasa dia sedang sakit sebenarnya. Atau mungkin ada sesuatu dengannya yang mempengaruhi dia. Selepas dia meninggalkan komen yang kasar tu, aku mula rasa marah dan terganggu dengan dia. Aku hilang kepercayaan terhadap dia. Dan, dia ada update status minta maaf jika ada terkomen di wall para sahabat dan katanya semua kata-kata tu datangnya daripada Allah swt bukan diri dia. Aku memang rasa marah dan x ble terima tindakan dan alasan dia. Pada masa tu, aku tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu dekat aku? Apa salah aku dekat dia? Sedangkan selama ni aku buat baik dekat dia dengan ikhlas sebab dia keluarga aku. Setiap hari dia masih terus tag aku dalam post dia, banyaknya psl rumahtangga, macam nak sindir aku cakap aku bukan isteri yg baik. Aku akui aku bukan isteri yg baik tapi perlukah dia malukan aku di khalayak?
.
Selepas tu, aku mula remove semua tag dia, restrict facebook dia, dan unfollow dia. Aku x unfriend atau block sebab aku fikir dia family. Aku tak nak putus hubungan. Cuma mungkin hubungan kami retak dan renggang sahaja disebabkan tindakan dia. Aku fikir dia mungkin sedang sakit dan akan sembuh balik. Malah sampai sekarang, aku tak marah dia directly walaupun aku rasa sangat marah sebab aku tak nak bergaduh dan aku fikir bodohnya jika aku bergaduh dengan dia yg pada anggapan aku masa tu dia tengah tak sedar apa yang dia buat. Aku hanya minta husband aku sampaikan kepada suami dia apa yg aku rasa dengan harapan suaminya bawa dia pergi berubat. Tapi lain pula suami aku sampaikan, hanya minta jangan dia tag aku dlm post dan aku tak suka komen dia. Ini bukannya sebab dia dok tag2 aku asalnya tapi sebab tindakan dia cuba memalukan aku dan cuba membuka aib aku di depan orang lain. Tapi, dia masih tak berhenti tag aku dlm post2 dia. Walaupun ada post dia bukannya sindir aku pun sekadar general, tapi aku tetap remove tag sebab aku rasa terganggu bila nampak nama dia. Sampai akhirnya, aku deactivate fb aku beberapa hari supaya aku dapat bertenang.
.
Aku sayang dia sebagai family aku dan aku berharap sangat sikap dia kembali normal supaya hubungan kami pulih balik seperti dulu. Aku akui aku jarakkan diri aku dari dia sekarang kerana tindakan dia dan juga sebab aku keliru sangat-sangat apa sebenarnya yang jadi dengan dia. Wallahi, aku bukan nak buang dia tapi aku cuma terganggu dengan dia. Dia tetap keluarga aku jadi aku takkan buang dia. Aku keliru sangat. Adakah dia betul2 dapat ilmu makrifat? Atau yang sebenarnya dia ada gangguan luar yang mempengaruhi tindak tanduk dia? Atau yang sebenarnya dia jadi tak normal? Dan, paling aku takut ialah dia tersalah belajar ilmu atau dapat ajaran sesat. Serius aku x tau nak deal macammana jika betul sebab aku bukannya kuat. Aku harap sikap dia kembali normal tapi dia kekalkan bab yg jaga solat dan aurat. Dan, aku juga harap dia x malukan aku lagi dan buka aib aku lagi depan orang lain especially keluarga mentua aku. Aku harap jika ada yg lebih arif pasal ilmu makrifat, ilmu mengenal diri, dapat bagi pandangan dia tentang apa yang aku sedang hadap. Tapi harap korang tak payahlah share dan viralkan kisah ni sebab aku tak nak besarkan pun hal ni walaupun aku x rasa pun confession aku ni akan viral. Cuma aku pening dan aku x tau nak deal macammana. Jangan suruh aku cakap direct dengan dia. Tak ada gunanya jika dia tak sedar apa yang dia buat. Aku tahu jika suami dia atau dia sendiri atau family mentua aku baca, mereka akan tahu kisah ni berkaitan dia dan tahu siapa yg confess.
.
Dan, jika dia atau suami dia baca, saya minta maaf banyak2. Tapi tolonglah pergi jumpa org yg lebih arif dan berubat dan tolonglah berhenti ganggu ketenangan saya sekarang. Tolong berhenti tag saya di post awak sebab saya rasa terganggu apabila nampak nama awak walaupun post tu nasihat yang baik ke artikel yg bagus ke. Bukan saya x nak terima teguran atau nasihat dari awak tapi saya terganggu dengan kemunculan awak sekarang ni selepas apa yg awak dah buat dekat saya. Tujuan saya unfollow awak sebab saya tak nak emosi saya terganggu. Minta maaf sebab saya confess di sini tapi saya buntu dengan awak dan saya tahu di UIA ada someone yang arif hal2 ni sebab saya x tau apa itu ilmu makrifat apa itu ilmu mengenal diri. Saya akui saya jahil dan tidak alim walaupun luaran saya sedaya upaya menutup aurat sebaik mungkin tapi saya juga tak nak terperangkap dalam hal yang boleh menyasarkan saya dari landasan yang benar. Untuk pengetahuan korang, selepas dia tinggalkan komen yg kasar tu dekat wall saya, saya memang dah hilang kepercayaan dekat dia. Sebab saya tak rasa tindakan dia yg macam tu adalah sesuatu yg baik walaupun dia cakap kata-kata dia datang daripada Allah swt. Wallahi, saya tak percaya dia lagi. Dan, aku paling risau jika dia tersasar dari jalan yg benar sebenarnya. Sungguh kami risau. Mohon pandangan kalian yg arif. Harap tak ada yang bash aku mahupun dia. Sebab aku tengah buntu dan serabut dengan tindakan dia manakala dia pula aku tak rasa dia sedar apa yang dia buat. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni dia bukan macam ni.
.
Oh ya, aku tahu adik dia like page ni juga. Dan, adik dia tinggal dengan dia. So, kemungkinan besar dia akan tahu juga pasal confession aku ni. Tapi, harap sangat dia dan suami dia faham perasaan aku bila tiba2 kena attack macam ni DI HADAPAN ORANG LAIN. And, it’s happen twice. Sekali di hadapan mentua kami dan sekali dekat wall fb aku. Paling aku x dapat terima ialah komen dia yg harsh tu dekat wall fb aku. Kalau dia benar2 berubah ke jalan Allah swt, dia takkan mengeluarkan kata-kata atau teguran yang kasar macam tu di hadapan orang lain. Dan, jika benar kamu benar2 sudah mulia di sisi Allah swt, kamu takkan mengangkat diri kamu sebagai orang mulia dengan mewarwarkan kepada orang lain yg jiwanya sudah bersih, dirinya sudah mulia, dirinya insan luar biasa, dirinya mulut masin atau sebagainya. Minta maaf, aku tak percaya manusia seperti ini. Insan yg benar2 mulia di sisi Allah swt takkan mengangkat dirinya sendiri tetapi orang lain yg akan mengangkat dirinya. Aku tahu dia akan terus memanggil aku perempuan yang sombong bodoh lebih2 lagi jika dia baca confession ni. Dan, semuanya berlaku tiba2 sampai affect life dan emosi aku sekarang ni. Sekali lagi saya minta maaf kepada biras saya dan abg ipar saya jika hati kalian terguris membaca luahan hati saya tetapi hati saya lebih terguris dengan perbuatan dia yg sudah melampau bagi saya walaupun dalam masa yg sama, saya risau dengan apa yg dah jadi dengan dia. Sungguh saya risau. Tolonglah tolonglah jumpa orang yang lebih arif. Jangan cepat terpengaruh dengan tipu daya iblis jika benar itu adalah helah iblis untuk menyesatkan manusia. Kita manusia yg lemah bukan luar biasa seperti nabi dan wali2 Allah swt. Tolonglah sedar. Saya tulis di sini pun kerana saya tahu dia takkan dengar lagi orang lain dan dengan harapan jika ada org yg lebih arif dpt beri pandangan mereka, abg iparku dapat menilainya sendiri.
.
Terima kasih kepada yang membaca sampai habis dan maaf terlampau panjang kerana aku memang tak nak buat part2. Ini bukan telenovela tapi inginkan pandangan yang arif berkenaan hal ni. Huhu.
– Adik ipar
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment