Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kisah yang saya nak cerita ni mungkin sedikit berbeza dengan kisah2 yang lain. Kisah yang saya nak cerita ni berkenaan antara pengasuh denga majikan dia.
Mak saya seorang pengasuh, dari umur saya kecik lagi dah biasa mengasuh anak orang. Ada sorang budak ni, dia lain dari yang lain. Bukan kanak2 istimewa ke apa, tapi suka menangis, tak suka minum susu dan tak suka tido. Dia akan menangis dengan kuat bila mak saya berpisah je dari dia. Berpisah ni maksudnye mak saya nak g bancuh susu ke, makanan ke, nak g solat ke, asal berpisah je, dia akan nangis kuat sangat macam sakit2 kene pukul. Jiran2 pun dah lali dah dengan tangisan dia sebab dah tahu dia ni macam mana. Neneknye dan saudara2 dia sendiri pun x sanggup nak jaga sebab peel budak tu macam tu. Mak dan ayah saya dah nasihat suruh pergi berubat, mungkin anak tu ada yang x kene ke, kesian kat budak tu, tapi itu la, ibunye buat tak tahu je, sanggup biar anak jadi macam tu.
Kadang2 saya kesian dengan mak saya, sebab nak g solat pun susah, asyik menangis je. Last sekali, mak saya mintak tolong tok imam suruh buat air penawat untuk budak tu, then alhamdulillah ok. Lagi satu, kadang2 mak saya mengasuh anak majikan ni lebih dari 8 jam. Hantar anak sebelum pukul 7, pukul 5 atau 6 baru la nak ambil. Padahal dok kat kanpung je,tak ada jalan jem ke apa. Tapi mak saya tak ambil duit lebih pun, hanya cukup dengan duit gaji bulan2 yang berapa la sangat kalau nak kira dengan gaya anaknye itu yang kene jaga tiap2 saat, tak boleh berenggan langsung.
Bukan je lebih masa yang hari bekerja, kadang2 hujung minggu dan hari cuti umum pun dia ada hantar jugak. Alasan dia sebab nak beli barang la, nak g melawat orang sakit la, dan macam2 lagi. Kalau ikutkan kat bandar, memang dah ambil bayaran lebih sebab dah buat ot, tapi sayang, mak saya buat ot, ot yang x berbayar.
Yang tu anak sulung, ingatkan anak kedua ni ok la sikit, tapi sama je macam anak sulung, suka menangis, tak nak tido dan minum susu. Ibunye masih lagi suka hantar awal dan ambil lewat dan dalam sebulan tu mesti ada hantar sekali hujung minggu. Masa anak pertama tu kitaorang satu family ok lagi, tapi bila masuk anak kedua ni masih lagi buat perkara yang sama, rasa macam tak sedap, seolah2 ibunye ambil kesempatan diatas kebaikan mak saya. Saya cerita kat sini sebab tak tahan sangat dah. Pukul 9 malam pun masih lagi tak ambil anak2 dia, ibunya ada bagitahu nak pegi melawat orang sakit, mak saya ok la sebab dah bajet mesti balik lewat lagi ni, tapi tak de la sampai lewat macam ni.
Saya kesian kat mak saya, nak uruskan rumah tangga pun tak sempat, nak masak pun x sempat sebab anaknya yang macam tu, asyik menangis. Bila saya ada kat rumah ok la, boleh la saya tolong uruskan semua, tapi bila dah masuk u, tak ada yang nak uruskan semua tu. Dah la hari biasa pun dah ambil lewat, hujung minggu pun nak hantar ke rumah. Mak saya pun nak rehat jugak, bukan nak keje 24 jam, nak jugak keluar jalan2 hujung minggu. Dah banyak kali nak keluar jalan petang2 tergendala sebab ibunye ambil lewat anak2.
Mesti tertanya2 kenapa nak beli barang pun nak kene hantar ke rumah saya, sebab anak dia tu asyik menangis dan yang sorang lagi tu hyperactive. Kalau bawak g beli barang , memang tak boleh nak beli barang sangat la sebab nak kawal anak2 dia je, dan akhir sekali solusi dia hantar ke rumah mak saya, jadi boleh la dia belanja dengan tenang. Padahal rumah mak dia sendiri satu kampung je, tapi x hantar sebab saudara2 dia x sanggup nak jaga anak2 dia. Mak saya dah banyak kali buat alasan tak boleh hantar masa hujung minggu atau cui umum, tapi ibunye insist nak hantar jugak, mak saya pun tak dapat nak menolak lagi.
Jiran2 sebelah rumah dah bagitahu banyak kali tak payah mengasuh dah budak tu sebab banyak kerenah, tapi mak saya masih lagi bersabar. Saya rasa kalau orang lain dah lama suruh cari pengasuh lain. Ada banyak lagi nak dicerita tapi yang ni yang utama, dah tak boleh nak tahan sangat dah.
Saya harap ibu bapa diluar sana tolong la jangan buat macam ni kat pengasuh2 korang. Jaga hati dan kebajikan pengasuh baik2, kalau nak dikira gaji yang diberikan, berapa la sangat berbanding dengan jagaan pengasuh terhadap anak2 anda, budak2 lagi la kene bagi perhatian lebih dari kerja biasa.
– Anak pengasuh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment