Assalamualaikum wrbt. Thanks admin kalau sudi post confession aku.
Aku Sharifah. Yup. Dari family Syed-Sharifah yg org takut bile dgr. Tak ramai yg tahu susahnya hidup atas nama dan gelaran “Ahlul Bait” ni. Asal dlm kelas, bile aku introduce nama, “Nama saya Sharifah blahh blahh binti syed blahh blahh…” Mula laa org sume pandang2.. Macam laa aku ni alien! Pastu mulalah, “Ohh.. Mesti kene kawen dgn Syed ni.. Mana nak pandang org2 biasa macam kita2 ni..”
Wooiii.. Meh sini aku nak cakap kasi terang kat satu Malaysia ni. Siapa kata Sharifah tu WAJIB kahwin dgn Syed? Hadis mana kau bukak? Kitab mana kau baca? Habis kalau tak jumpa Syed, tak yah kawen? Mendara jd anak dara tua sampai kerepot??
Come on laa.. Jgn jadi typical sangat. Nabi kasi guide utk kita pilih soul partner based on 4 criterias. Nabi da siap kasi criteria da.. Yg korang memandai tambah2 tu kenapa.. ?
Pertama, Nabi kata pilih yg PANDAI AGAMA. Haa.. Dah tu? Pertama agama kan? Tgok laa yg prrtama ni dulu.. Tgok SYED SHARIFAH yg korg dok bangga2 tu elok ke idok agama dia.. Kalau nama je sharifah syed, tp agama ke longkang, pless gaiss.. My advise is, “Don’t married with them.” . Buat rosak keturunan je. 100% lebih elok korg kawen org biasa tp iman diorg luar biasa. Lebih harmoni rumahtangga korg inshaa Allah.
Kedua, KETURUNAN. So what? Keturunan ni korg pikir apa? Syed kena kawen Sharifah sb nak kekalkan keturunan? Konon acah2 beranak esok, letak lagi sharifah, syed, bangga laa? Hidung mancung, mata bulat suma? Perhatikan betul2 apa Nabi tekankan. Keturunan disini bermaksud “Keturunan Yg baik2..”. Contoh keturunan yg baik, kau tgok background dia. Tgok mak ayah sedara mara dia. Tgok background die, ada tak yg ada penyakit gila atau pembunuh? So that background die clean la.. Bukan kau tgok die sorg. Lawa, bedal. Hensem, jalan.. Pebendee kau..
Ketiga, BERHARTA.. haa ni pun satu hal jugak. Ye betul, Syed Sharifah ni mmg satu keturunan yg HARAM terima zakat kerana kami ada darah keturunan Nabi. Dan ye, syed sharifah ni zaman2 dlu mmg kaya raya. Berharta sb berdagang sana sini. TAPI….. Jgnlah smpai anak2 tuan puan yg syed sharifah dpt jodoh org biasa yg hidup sederhana, korg kondem. Ko tolak pinangan dia macam org takde maruah. Siap hina lagi diorg miskin, kau syed sharifah keturunan kayaraya. Bile dpt sama keturunan, miskin papa kedana pun korg say yes.. Allah.. Pale hotak korang laa.. Sedih tahu!! Nabi kasi kriteria BERHARTA sb taknak umat dia jd kufur. Tahu knpe tknk umat die jd kufur? Sb bila miskin, mcm2 boleh jd. Agama pun boleh terjual. Tak percaya? Pergi buka balek kisah Father Kristian kt Putrajaya tu yg keluar Islam masuk kristian sb gereja yg byk kasi dia bantuan sb die miskin.. Bukan pusat bantuan Islam! So sb tu nabi kata, “Yg ketiga, Berharta.” tp tak la bermaksud kaya smpai lupa diri pulak! Syed Mohktar tu elok je aku tgok dia zuhud wlpn duit berlambak.. Yg duit ciput2 baru nak up ni pulak yg lupa diri. Aishhh…
Keempat, barulah Kecantikan. Apa? Kau igt sharifah syed ni kacak bergaya sgt lah? Sb muka acah2 arab sikit. Allah hai… Cantik tu memang wajib kat muka je ke? Habis kalau tak cantik muka, mendara smpai ke tua? Cinta tu mmg wujud utk org cantik2 hensem2 je ke? Awak awak… Kalau cinta tu pandang pada paras rupa, Nora Danish dgn Fasha Sanda tu tak janda tau.. Cantik yg Nabi tekankan disini ialah kecantikan akhlak, hati, jiwa yg bersih, sopan santun, lemah lembut, hormat org tua, jaga adab, jaga aurat, etc. Dah kalau ko cantik, tp perangai mengalahkan setan, setan pun boleh letak jawatan tau! Biar cantik dalaman, bru terpancak cantiknya tu di wajah. Sb tu org selalu cakap, “Dia taklaa lawa tp ada nur di wajah..” haa gitu! Paham?!
So aku nak kasi jelas, bahawasanya, jgn laa pandang syed sharifah ni tinggi sgt.. Tak pergi mana pun.. Ke tanah juga akhirnya. Pada makcik pakcik syed sharifah yg hebohhh nak menjodohkan anak2 dgn keturunan sedara mara sndiri tu, pada aku, kasi can laa they all cari jodoh diorg sndiri. Inshaa Allah selagi mana 4 kriteria ni dipegang dan diikut, inshaa Allah they all jmpe rusuk yg btol.
Pless laa jgn kata pilihan mak ayah tu tepat. Kadang2 pilihan mak ayah ni boleh bawak anak ke dua haluan. Syurga atau neraka. Lebih2 kalau anak die perempuan, die memandai carikan calon menantu lelaki sekali tak selidik, main percaya je konon ada syed, terus jalan.. Tak pasal2 yg syed ni rupanya ada penyakit 3 serangkai (judi, arak, pempuan).. Byk daa terjadi, ada je ni haa EXAMPLE die dlm kalangan sedara mara aku.. ni zaman skrg.. Bukan zaman dulu2 .. Topeng byk jual kt kedai2 mehh.. Tinggal nak sarung je kat muka bile nak pegi rumah pak mak mentua. So sila laa behave!!
Ok da.. Aku tahu ramai kjap lagi akan kecam confession aku tapi takpe.. Aku memang da turn on notification siap2 utk baca komen korg.. Aku just sampaikan apa yg tersimpan lama kat ati aku.. Sb aku meluat dgn sedara mara yg hebohhhhhhhh konon2 da ada nama kat SURGAA tu.. Salam sayang buat semua yg bakal komen..
Tu shja. Bye
– Sharifah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment