Assalamualaikum.. Aku dulu budak nakal.. Dari zaman sekolah sampai zaman universiti, perangai nakal aku tak pernah berubah.. Nakal tu sampai terbawak-bawak sampai habis belajar, sampai alam pekerjaan..
Nak di jadikan cerita, selepas tamat pengajian di universiti, member-member dah dapat kerja, tapi aku ni, susah bebenor nak dapat kerja.. Interview dah berpuluh kali, resume dah beratus kali submit, tapi tak dapat-dapat kerjanya.. Last-last aku putuskan nak kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan je dulu..
Di sebabkan aku takde kerja tetap, awek aku tinggalkan aku ikut jantan lain.. Ibarat jatuh di timpa tangga.. Dah la kerja tetap takde, kena tinggal dengan awek pulak.. Malam tu aku frust sangat, sampai rokok sekotak aku habiskan malam tu sampai semput-semput.. Tiba-tiba aku terfikir, apa punca aku jadi macam ni? Ke sebab aku dah terlalu jauh dengan Allah? Sebab tu Dia tegur aku macam ni? Lama aku berfikir salah silap aku sebelum ni kat Allah, kat family aku.. Tiba-tiba aku sebak.. Bukan sebak sebab frust putus cinta lagi, tapi sebak kenangkan perangai aku dulu..
Aku berazam, “Ya Allah, aku nak berubah!”
Esoknya, Nak di jadikan cerita, ada seorang brader bawak lori tiba-tiba singgah kat pondok pengawal aku, datang nyembang dengan aku.. Asalnya aku tanak melayan sangat dia, sebab nampak macam kaki sembang je, last-last dia bercerita kelebihan ramadhan kat aku.. Dia pesan jugak kat aku, “Terawih jangan tinggal, lepas terawih doa apa yang kau nak.. Benda ni pernah jadi kat aku dulu.. Dulu aku nak kerja, nak kereta, semua yang aku nak, aku dah dapat sekarang..”
Tibe-tibe hati aku tersentap dengan cerita dia.. So, aku jadi terasa nak cuba apa yang dia nasihat aku tu.. Ramadhan tahun 2014 tu, terawih aku tak tinggal walau malas macam mana sekalipun, aku gagahkan jugak pergi masjid surau, tiap-tiap kali lepas terawih aku doa, “Ya Allah, berikan aku pekerjaan tetap..” Doa tu je aku ulang tiap-tiap malam lepas terawih..
Paginya pulak, sebelum masuk kerja, aku buat solat sunat dhuha.. Aku tergerak nak buat solat dhuha sebab aku terbaca dalam facebook cakap dhuha ni magnet rezeki, so aku nak cuba lah..
Tiap-tiap hari sepanjang ramadhan, ada waktu terluang je, aku baca Quran.. Memang Quran aku bimbit tiap-tiap masa mana-mana pun aku pergi.. Ada masa terluang, aku mengaji.. Dan ramadhan tahun tu jugak, aku berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran..
Sampai member-member kerja aku pun terkejut dengan perubahan drastik aku.. Aku pun terkejut.. haha.. Masa hari terakhir ramadhan, aku menangis tiba-tiba, dalam hati aku, aku cakap, “Ya Allah, matikan aku, aku rindu untuk bertemu denganMu..” Memang sepanjang perubahan ni, aku terasa tenang teramat..
Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.. Raya ketiga, selepas aku selesai solat zohor, aku dapat satu call, “Assalamualaikum.. Ni En.dot dot dot ke? Permohonan encik telah berjaya.. Encik boleh melapor diri pada tarikh sekian sekian..” Allahuakhbar.. Menangis aku.. Aku masuk balik masjid, aku sujud syukur lama-lama..
Satu je nasihat aku, jaga hubungan kau dengan Allah, Allah akan jaga kau, permudahkan urusan kau.. Percayalah..
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment