Aku dah kahwin 6tahun lepas. Kahwin kat luar negara masa study. Masa aku kahwin mak ayah aku dan mak ayah mertua tak ada di sisi. Perkahwinan kami sederhana.
Aku kenal suami masa sama2 study kat sana. Disebabkan nak jimat budget, kami tak balik Malaysia pun. Lepas kenal, suami ajak kahwin guna orang tengah, parents sesama parents berjumpa dan bersetuju, kami bertunang 3 bulan dan kahwin.
Maksudnya,aku kahwin dalam keadaan tak pernah pergi dan jumpa mak ayah mertua aku dan begitu juga suami aku. Hanya bersembang dalam phone sahaja.
Rezeki Allah, kami dikurniakan anak sulung masa belajar. Aku bunting pelamin. Kami balik Malaysia masa anak sulung aku berumur 5 bulan. Bila balik Malaysia, sampai di KLIA kami disambut oleh keluarga aku sebab aku berasal dari selangor. Suami aku orang utara.
Family aku sederhana. Mak aku suri rumah dan mak aku sangat pembersih dan cerewet. Sifat tu ada lah turun kat aku sikit2. Dari kecik memang mak ayah aku didik adik beradik aku tak kira laki atau perempuan untuk buat kerja rumah. Dari sapu ruang tamu, kemas bilik tidur, kerja dapur sampailah cuci tandas. Mak aku siap pesan kat aku kalau nak tau orang tu rajin dan pembersih atau sebaliknya, tengok dapur dan tandas. Kalau bersih, maka pembersih la orang tu. Dan benda tu memang aku pegang sampai sekarang.
Pendek cerita, lepas beberapa minggi duduk rumah mak aku, aku anal beranak pun nak balik rumah mertua. Mak ayah aku hantar naik kereta sebab husband aku tak tahu jalan ke utara dari KL. Haha.
Cuma sebelum sampai tu mak aku pesan kat aku kalau pergi rumah mak mertua aku, aku jangan terkejut dan kena cuba sesuaikan diri. Aku tanya la kenapa? Mak aku kata wait and see..suspen dah aku nihh.
Sampai kat rumah mertua, aku tak berapa terkejut cuma rumah agak kampung nak dibandingkan dengan rumah aku kat selangor.Aku pun rumah kampung jugak tapi kampung kat selangor ni moden sikit.
Aku tak sangka jugak suami aku duduk kat ceruk kampung sebab muka dia macam orang bandar huhu cuma aku dah boleh agak sebab dia tak terer ebglish macam aku. Mertua aku takde kereta rupanya. Ada motor je. Gaya hidup memang sangat kampung.
Mula2 aku tak percaya sangat suspen mak aku. Aku tengok macam okay je..sebelum mak ayah aku balik, masa salam mak ayah aku, ayah aku tanya mak aku, aku boleh ke duduk sini huhu aku tak faham kenapa diorang risau. Sebab aku dah biasa hiduo senang kot.
Tapi lama2 aku duduk umah mertua aku, baru aku tahu apa yang mak aku maksudnya. Rupanya cara hidup diorang lain sangat dengan family aku. Yelah, orang kampung, adik beradik ramai. Hanya ayah mertua yang kerja tu pun gaji tak sampai seribu nak tanggung anak 7 orang, isteri dan mak pada ayah mertua.
Pernah satu hari ayah mertua beli durian. Untuk makan tengah hari mak mertua buat pulut durian makan dengan santan. Seumur hidup aku tak pernah makan pulut durian dan aku memang tak makan pulut sebab angin. Aku ingat lepastu ada la makan nasik ke ..rupanya takde…kebulurlah aku sampai malam..malam pulak makan mee rebus je tu pun sebelum makan mak mertua dah bahagi siap2 dalam pinggan bagi cukup semua orang..takde la menambah
..aku rasa sangat sedih dan rasa nak balik rumah je..teringat masakan mak aku yang sedap2..bila aku balik malaysia bercuti apa2 yang aku request mesti mak aku masakkan huhu
Lagi satu kejutan bila nak pergi mana2 kena naik motor. Aku bukan tak pernah naik motor malah masuk umur 16tahun je aku memang dah ambik lesen motor siap2 dan lepas spm je ambik lesen lereta siap2. Semua adik beradik aku macam tu. Tapi aku jadi sedih bila terkenangkan anak aku yang 5 bulan tu kena naik motor kekadang naik motor tetiba hujan huhu bila aku mengeluh kat suami mak mertua aku mesti cakap alah mak dari dulu anak kecik2 gi mana pun naik motor.
Bila dah macam tu,balik selangor dan balik semula ke rumah mak mertua,aku pinjam kereta ayah aku. Nasib baik ayah aku ada dua kereta huhu suami aku pulak takde lesen kereta tapi pandai je drive kereta. Terpaksalah aku yang drive.
Suami rasa kesian aku terpaksa lalui semua ni tapi aku redha.
Lagi satu kejutan, macam aku cakap tadi aku dibesarkan dalam keadaan rumah aku kemas dan bersih..tapi rumah mak mertua aku sebaliknya..rumah luas je tapi tak kemas lebih2 lagi tandas dan dapur. Tandas bau hancing, dapur pulak kotor. Adik2 suami ramai lelaki, bila makan ke minum ke tinggal je kat dapur tak berbasuh. Pinggan berlonggok2 kat dapur. Mula2 aku rajin la jugak basuh sebab tak boleh sangat tengok kotor2 ni..tapi lama2 aku letih dan marah. Diorang bukan kecik lagi. Aku mengadu kat suami dan suami tegur adik beradik dia tapi sekejap je diorg basuh pinggan lepastu tak buat dah. Lama2 setiap kali aku merengus, suami aku laaaa yang basuh pinggan dan kemas dapur.
Rumah pulak bersepah. Kalau kat rumah aku, setiap pagi mak aku akan sapu dan mop lantai. Pastu cuci toilet pastu buang sampah. Tapi kat rumah mertua tak bersapu pun. Mop lagilah tak nampak gaya. Mak mertua pulak pakai selipar dalam rumah. Kalau mak aku memang pantang la orang pakai selipar dalam rumah sebab bila pakai selipar memang tak rasa la lantai rumah berhabuk ke, berpasir ke, melekit ke.
Mula2 aku rajin la jugak merutinkan diri aku tolong kemas rumah tapi tak sampai petang, rumah dah bersepah balik. Aduiii…lama2 aku letihhhh…
Bila aku balik selangor je alu rasa sangat tenang. Mak aku akan sediakan bilik yang bersih, cadar baru, bilik bersih, lantai licin. Sampai aku rasa takbak dah balik rumah mertua tapi apakan daya suami nak duduk rumah mertua.
Aku tak tahu nak tegur mak mertua aku ke..aku nak rajin ke atau aku nak malas sebab letih..
Ada cadangan tak?
– Menantu Mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment