Bila sebut pasal hantaran, laju je lelaki-lelaki Melayu ni akan sebut, ikut agama jangan diikut adat yang menyusahkan..
Tapi bila sebut pasal kerja rumah, laju juga diorang akan sebut, tu kan kerja perempuan. Kenapa ye?
Rileks2x… ni bukan post untuk bash mana-mana jantina. Tapi ni post nak cerita 2 benda yg selalu jadi polemik dalam masyarakat kita- hal kerja rumah dan hantaran.
Aku tergerak nak tulis ni sebab aku dah kena block dengan sorang ustaz ni kat facebook bila aku pertikai kenyataan dia yang kerja rumah adalah kewajiban perempuan. Aku just cakap berpandukan pendapat yang mashyur dalam imam mazhab yang 4 tu. Memang ada juga pendapat yang kata ia perlu berdasarkan uruf/kebiasaan dalam masyarakat. Aku tak nafikan memang uruf dalam masyarakat kita suatu ketika dulu kerja rumah tu tugas perempuan. Sesuai la dengan tugas lelaki suatu ketika dulu yang bekerja keras membanting tulang di luar rumah seperti berkebun, mengembala, memburu, masuk hutan, potong kayu.
Tapi jangan lupa yang uruf tu boleh bertukar. Lihat pula realiti pada hari ini. Bila suami isteri sama-sama bekerja, sama-sama penat mencari nafkah di luar rumah, wajarkah jika pulang ke rumah seorang boleh goyang kaki, seorang lagi perlu menguruskan pelbagai urusan yg tak kan pernah selesai sampai lewat malam.
Lepas tu tak habis-habis nak guna alasan isteri wajib taat pada suami. Kalau guna alasan tu, tugas mencari nafkah pun boleh menjadi wajib pada isteri sekiranya diarahkan suami. Common sense pun boleh faham yang benda tu tak betul.
Tapi bila aku kata kerja rumah bukan kewajiban isteri, secara automatik aku dituduh feminis, liberal, terikut acuan barat, konon aku tuntut equality jantina pula. Aduii! Tu la masalah pemikiran binary, pemikiran yang cuma nampak sama ada 1 atau 0, sama ada hitam atau putih.
Bila aku kata kerja rumah bukan kewajiban isteri, tak bermakna aku sokong yang kerja rumah tanggungjawab lelaki. Aku sendiri ada ayah, abang dan adik lelaki. Mana keadilannya jika suami yang perlu mencari nafkah, suami juga yang perlu membereskan segala kerja rumah. Isteri pula tugasnya hanya di katil. Dengar pun dah tahu berat sebelah. Perempuan2 terlebih moden je yang percaya benda ni. Golongan yang salah guna agama untuk kepentingan diri.
Bagi aku Islam tak pernah tetapkan secara mutlak kerja rumah ni tanggungjawab siapa. Kalau pakai hadis Rasullah bahagikan tugas pada Ali dan Fatimah, tu cuma galakan agama bukan hukum.
Kalau korang yang perempuan ni rasa kerka rumah ni bukan kerja korang, jangan lupa yang Fatimah r.a sendiri sampai sakit-sakit tangan uli gandum dan memasak.
Kalau yang lelaki pula asyik nak cakap kerja rumah tanggungjawab perempuan, jangan lupa yang Nabi Muhammad s.a.w sendiri menolong isterinya dengan kerja-kerja rumah.
Tolong menolong, tu paling baik. Tak ada siapa yang jadi hamba tak ada siapa yang jadi raja dalam rumah tangga tak kira dalam situasi isteri bekerja atau tak. Jangan asyik nak bertelagah hal hukum sedangkan rumah tangga tu ladang pahala.
Dan lagi satu pasal hantaran. Aku sendiri sebagai perempuan tak setuju dengan hantaran yang telalu tinggi hingga membebankan pihak lelaki. Tapi tak bermakna korang kena lawan mak bapak korang pula sebab mati-mati nak tegakkan benda ni. Ingat, dorang dah lama terdedah dengan budaya hantaran, bukan senang kita sebagai seorang anak nak cuba ubah pemikiran diorang. Kalau nak ubah, ubah bila korang dah ada family sendiri nanti. Lagi pula bagi aku hantaran ni pun dibuat ada sebabnya. Tu salah satu tanda komitmen laki tu nak menjadikan perempuan tu isteri, serta kesanggupan dia untuk bagi nafkah nanti.
Ok katakan family perempuan letak 10k sebagai hantaran. Pihak lelaki pula bila dah habis korek pun cuma sanggup 7k. Diorang kena fikir majlis tempat sendiri dan hidup lepas kahwin kan. Bagi aku buat pinjaman untuk kahwin, atau lambatkan nikah untuk kumpul duit bukan cara yang paling baik. So cadangan aku, apa kata korang perempuan ni sendiri yang suka rela tambahkan 3k kasi cukup. Lagi pula perempuan zaman sekarang ni banyaknya bekerjaya kan. Tapi semua ni atas persetujuan korang berdua je la, jangan sampai orang lain tahu. Kata nak hidup sama-sama, kenalah saling bantu membantu dari awal lagi pun kan.
So tu je la yang aku nak tulis kali ni. Kalau ada yang salah tolong betulkan. Kalau pendapat aku tak sesuai dengan korang, abaikan la. Tak salah ikut adat yg tak menyalahi agama. Tapi jangan hanya guna agama untuk kepentingan diri semata
– dyda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment