Hai semua. Cerita ni panjang.
Aku taktahu nak mulakan macam mana. Tapi, aku rasa putus asa. Aku bukanlah student yang cemerlang. Malah, biasa biasa saja. SPM pun hanya 1A. Subjek sains tulen yg aku amek pun dpt D. Oleh sebab aku bekas budak SMA. Boleh laa sambung STAM. Itu pun sebab ayah yang suruh. Ikutkan hati ni memberontak takmahu! Akhirnya awal Jan tahun ni result STAM pun keluar. Aku dpt Jayyid je. Tapi tu pun da syukur da alhamdulillah. Mohon laa upu dan akhirnya tak dapat. Rayuan pun takdapat. Even kos lelong di uni pun aku takdapat. Kau nampak tak betapa minimanya result aku? Tapi, Takpelah. Mungkin ada rezeki Allah nak beri kat tempat lain.
Dan awal Jan tu jugak aku dapat tawaran nursing kat kolej swasta dgn jaminan kerja. Ayah kata kat aku pergi je. Tapi aku bagi beribu banyak alasan, tak minat suntik org la taknak cuci berak orang laa (pemikiran cetek). Da kalau taknak, mcm mcm alasan aku bagi. Aku takbuat istikharah pun masa tu. Allahu sombong sangat aku masa tu dengan Allah. Aku kata takpe UPU dpt nnt. Tp itulah org kata da ada peluang jangan tolak. Kita takkan dapat peluang yg sama lagi nnt. Haaa kan da, yang dikejar takdapat yang dikendong berciciran. Bila fikir fikir balik, kekesalan tu ada.
Sampaikan ayah fed up dengan aku, suruh masuk itu taknak ini taknak. Sampai ayah langsung taknak amik tahu lagi pasal aku. Bayangkan, sampai mcm tu sekali ayah fed up dengan aku. Masa tu rasa macam sedih sangat. Apa nak jadi, jadilah. End at last, kakak kakak aku semua backup aku semata mata nak pujuk balik hati ayah supaya fikirkan masa depan aku. Terharu sangat bila dengar maktok cerita kakak kakak backup aku.
Saya ada lima beradik. Tiga kakak dan sorang adik. Kakak aku engineer tapi da meninggal dua tahun lepas. Dua lagi kakak aku tengah belajar di sebuah UA tempatan yg terkemuka. Tapi aku? Disebabkan result aku yg hanya cukup cukup makan, aku tak layak untuk menyambung di UA. Tapi, aku tak salahkan takdir. Cuma aku rasa down yg teramat sangat. Kakak semua masuk Uni. Tapi aku? Uni pon takdapat. :(
Tapi aku bersyukur, ayah ibu takpernah nak membezakan kitorang. Walaupun kdg2 ada tanpa mereka sedar, tak apelah. Aku tak simpan dlm hati.
Ayah bagi aku semangat lagi dan lagi. Ayah kata ulang laa SPM subjek sains tulen and addmath tu. Hati memberontak lagi. Taknak! Tapi ikut je rentak ayah. Ayah la yg daftar kan spm apa semua ulang alik pejabat semua. Ayah kata awak taknampak masa depan, at least kalau awak dpt credit semua tu masa depan cerah sikit. And on the same day saya tanya ayah “Ayah, kalau adik tak dpt credit empat subjek tu macam mana?” Tahu apa jawapan ayah? Dia cuma cakap macam ni je. “Awak da usahakan, kalau ada rezeki inshaa Allah.” Ayah siap sanggup ambil private tutor lagi untuk empat empat subjek tu. Yela, nama pun priv tutor bukannya murah nak bayar. Kami pun bukan keluarga kaya raya, cuma alhamdulillah bersyukur.
Aku dpt tawaran lagi kos syariah undang2 dkt kolej swasta. Tapi ayah kata kat aku, takpayah pergi laa fokus je spm yg awk nak repeat tu. Okay. Sedih lagi. :( tapi tulah, keberkatan dalam hidup, kita taknampak kan?
Hari hari aku doa, supaya Allah bukakkan jalan untuk aku, tapi aku tahu Allah da tunjukkan jalan, tapi aku sombong. Takpandang pun jalan yg Dia tunjuk. Berlagak.
Tapi bila fikirkan balik, kita taknampak masa depan, dan aku sendiri hampir berputus asa dengan Allah. Dan aku pun bukanlah baik mana, tapi nak cakap dhuha, tahajjud tu alhamdulillah selalu juga buat. Tapi nak buat macam mana kan, rezeki Allah nak bagi tu kita taknampak dan taktahu. Aku hanya mampu berdoa dan teruskan bersabar. Doakan aku supaya dipermudah semua urusan aku. Dpt sambung kat malaysia ni pun da cukup baik da. Yelah mana tahu doa korang makbulkan. :)
Apa yang aku kesal, mentaliti org org sekeliling kita ni bila dengar takdapat uni/poli ja budak bodoh. Asal masuk kolej je budak bodoh. Why why? Asal dpt kos lelong je terus ditakutkan dengan takde kerja la kalau amek kos tu. Bla bla bla.
Rasa macam nak tanam diri ni dalam tanah sebab kawan kawan semua dapat masuk uni even kos lelong. Tapi aku? Korang doakan jelah Allah tempatkan aku kat tempat baik baik. Takpayah ngumpat aku itu ini. Aku doakan yang baik baik untuk korang.
Rezeki Allah yang beri. So jangan risau. Selagi kita hidup, teruskan lah menuntut ilmu. Semoga Allah redha.
Untuk kakak kakak aku, terima kasih selalu bagi semangat. Selalu ada dengan adik. Even, adik takpernah luah apa yg adik rasa dengan korang. Sebab adik tahu korang takkan faham apa yg adik rasa sebab adik bukan pelajar cemerlang mcm korang. Tapi rupanya, adik silap. Korang la kakak terbaik adik. Selalu korbankan mcm mcm sanggup mohon itu ini untuk adik. Yg paling penting, takpernah biarkan adik terus terusan rasa down. Semoga berjaya kakak2!
Buat adik adik di luar sana, jangan pernah berputus harap dari rahmat Allah. Kita takkan tahu apa yg Allah rancangkan untuk kita. Just do the best, Allah will do the rest. :) dan Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka diberi petunjuk.”
(2:186)
– Blueberi manis. :)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment