Sunday, 2 October 2016

Tekanan Hidup Mengais

PengakuanKu

Aku dah bekerja hampir 5 tahun. Ada waktu aku rasa selesa, ada waktu aku rasa jatuh gila-gila. Tapi kali ini aku cerita sebab aku baru sahaja berkahwin dan cabarannya lebih dahsyat daripada zaman bujang dahulu. Tapi hari ini aku terpaksa mengais, cari duit lebih sikit untuk makan dan isi minyak. Kemudian buat kerja lain untuk dapatkan upah tampung belanja akan datang.

PUNCA

Syarikat aku bekerja sedang mengalami masalah kewangan. Disebabkan itu, pembayarang gaji dibuat secara ansur-ansur, sikit demi sedikit. Tapi alhamdulillah setakat ini syarikat memang tengah struggle untuk cukupkan gaji staf sebelum tiba bulan baru. Jadi apa masalahnya kalau cukup?

Bila korang dah keluar dan dah bekerja, berkahwin, tinggal dan hidup di Kuala Lumpur, masa tu baru korang akan rasa peritnya hidup. Susahnya nak sustain dan survive sebagai seorang lelaki dan suami.

Bila syarikat bayar gaji lambat, sebenarnya hal itu akan memberi kesan kepada orang yang bekerja di dalam syarikat tersebut. Ya, semua terkesan. Aku cakap macam ni sebab kali ini dah bulan ke-3 gaji dibayar lambat. Kalau sebulan mungkin boleh tahan lagi. Tapi kalau dah 3 bulan berturut-turut, ada kesan domino dekat sini.

KOMITMEN BULANAN

First aku nak bagitau yang aku bukanlah seorang yang boros. Komitmen bulanan ini adalah yang paling “perlu”. Setiap bulan aku akan bayar duit sewa rumah, bil api, bil internet rumah (aku tak pakai data plan), bil air dan kereta. Itu sahaja. Aku takda langgan benda-benda hiburan macam Astro, Netflix dan entah apa-apa lagi yang jadi trend sekarang. Aku hanya commit untuk keperluan aku sahaja.

Dekat sini masalahnya. Gaji aku dibayar sikit-sikit. Bukan sekaligus. Dapat gaji, aku terus bayar komitmen bulanan. Dapat, bayar. Alhamdulillah biasanya takda masalah kecuali kereta. Bukan tak bayar, tapi paling lambat bayar sebab nak tunggu gaji. Kena dapatkan gaji baru aku boleh bayar. Selagi tak dapat, selagi tu aku tak bayar. Korang pun tahu apa akibat bila korang tak bayar komitmen kereta ni. Oh ya, kereta aku bukan kereta import ke apa. Kereta rakyat jelata, Perodua je.

KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG

Korang pernah dengar kan istilah hidup mengais ni. Korang kerja, dapat upah, baru boleh beli sesuatu. Ini yang aku rasa. Duit gaji yang sikit tu dah habis dekat komitmen (banyak lagi gaji aku wei, cuma takda kat tangan je!). Bila aku dah kering, macam-macam benda aku buat. Dekat sinilah baru aku push diri aku untuk buat macam2. Banyak benda aku buat, tapi satu je yang boleh sustain – aku jadi Uber driver.

Bayangkan, untuk beli sarapan, aku terpaksa bawak uber dahulu untuk dapatkan duit cash, kemudian dengan duit itulah aku beli sarapan. Aku terpaksa dapatkan income lebih sikit sebab nak cover duit minyak sekali. Masa tu aku baru rasa, susahnya nak dapatkan RM5, susahnya nak dapatkan RM10 apatah lagi RM20. Selama ni aku kurang bersyukur sebab dah terlalu selesa :(

DUIT SIMPANAN

Mana pergi duit simpanan aku? Habis. Habis sebab dah dibelanjakan untuk perkahwinan. Ada la tinggal sikit, dalam RM280. Pengajaran buat korang yang nak kahwin, ingat ni, jangan jadi macam aku. Duit belanja lepas kahwin tu wajib ada. Bukan nak bagi lepas majlis kahwin sahaja. Alhamdulillah aku takda hutang apa-apa untuk majlis kahwin.

Aku cuma nak sampaikan, duit simpanan ini boleh jadi duit kecemasan korang. Aku sekarang tengah kencemasan. Tapi duit kecemasan aku pun dah takda. Bulan aku nak kahwin hari tu, masa tu lah baru terjadinya masalah gaji lambat ni. Habis lari semua perancangan kewangan. Sebab income tak menentu. Sakit beb.

KESAN DOMINO

Bila gaji lambat bayar, aku terpaksa cari jalan untuk dapatkan duit untuk cover belanja. Ini kesan dia yang aku nampak :

1 – Produktiviti kerja kurang – sebab aku terpaksa buat kerja lain)

2 – Masalah dalam keluarga – kadang2 tak boleh balik kampung, sebab kos tak cukup)

3 – Tekanan diri, stress – aku terpaksa kerah badan siang malam untuk kerja dapatkan upah. Ditambah dengan masalah-masalah lain lagi, memang akan jadi stress gila. Kerja ofis aku masih kena buat. Banyak mana pun, itu amanah (tapi gaji lambat!). Kerja2 lain pun terpaksa buat.

4 – Hutang dengan orang – aku paling tak suka ini, tapi ada keadaan sampai terpaksa! tapi Alhamdulillah, aku dah takde hutang dengan orang. komitmen dan hutang, keutamaan yang tinggi.

Aku rasa takat ni dulu lah. Sekarang ni pun tengah ngadap kerja. Kerja tak pernah habis beb! tapi kalau tak susah, duit tak masuk. Kepada para lelaki dan pemuda, ingatlah, ada waktu kita senang, ada waktu kita jatuh. Waktu jatuh ini anggaplah ia ujian dari Allah taala, dan jadikan pengajaran untuk tempuh hidup akan datang. Kita lelaki, pemimpin keluarga, orang yang bertanggungjawab dalam macam2 hal.

Kalau dah rasa susah sangat, down gila-gila, ingatlah bahawa ada kehidupan selepas kematian. Aku berpesan untuk diri aku juga, moga sama-sama kita ingat balik tujuan hidup kita atas dunia.

– The Man Who Sold The World

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.