Thursday, 24 November 2016

Hati dan Hidayah

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tq admin kalau confession ni disiarkan. Aku bukanlah seorang student IIUM, tapi salah seorang penuntut sebuah universiti tempatan, 30an, bekerja, sudah berkahwin dan dikurniakan seorang putera usianya dekat setahun. Banyak kali juga pertimbangkan nk tulis confession ni atau tidak, kalau bermanfaat dan boleh memberikan kesedaran pd orang lain apa salahnya. Masing2 pernah buat salah, tapi jangan pernah putus asa berdoa dan berubah ke arah kebaikan.

Aku dibesarkan dlm sebuah keluarga sederhana, dr form 1 aku dihantar ke sekolah berasrama penuh. Macam yg korang tau dekat boarding school apa2 pun kau akan buat dengan kawan kau. 5 tahun kat sekolah berasrama membuatkan aku kenal dengan mcm2 kawan dan secara tidak langsung mempengaruhi perangai aku. Boleh dikatakan aku berkawan dengan kwn2 yang aku kategorikan sbg nakal, so fly outing tak pergi prep buli junior memang dah biasa. Dalam nakal2 pun result PMR aku agak cemerlang dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, tp aku tolak sebab kawan2 aku ni lah. Teruskan persekolahan kat sekolah yang sama. Kemuncak kenakalan aku bila form 4 kawan2 aku ni planning utk outing sampai bermalam kt luar, dengan budak lelaki dari luar. Masa ni kami masing2 ada handphone so mmg boleh contact dgn kawan dkt luar. Aku tak tahu sangat plan ni sampailah hari kejadian. Aku tak dapat join disebabkan hal tertentu. Disebabkan kes tu aku kena soal siasat juga atas alasan bersubahat tapi tak sampai dibuang sekolah atau asrama.

Lepas kejadian tu aku tak insaf juga, still berkawan dengan kwn2 aku. Mungkin aku jenis senang pickup apa yang cikgu ajar, aku keluar dari sekolah tu dengan result SPM yang agak baik. Melalui kawan aku ni juga aku berkenalan dengan seorang lelaki aku namakan F. Mula kenal F ni agak baik, lepas SPM tu ada lah aku buat macam2 part time utk cari income selain tunggu tawaran mana2. Sepanjang perkenalan F ni tak pernah kantoi curang ke dengan aku, membuatkan aku percaya bulat2 pada F ni. Tu kesilapan terbesar aku, terlalu percaya dan terlalu memberi. Aku tak dapat hidu pun sebenarnya F ni mat dadah. Kalau keluar memang aku akan naik motor dengan F, satu hari tu lepas kami pergi makan aku macam separuh sedar, aku ikut je F ni bawa aku pergi rumah sewa dia. Masa tu memang tak boleh undur dah, aku macam sedar apa F buat dekat aku tapi aku merelakan. Lepas kejadian tu, F hantar aku macam biasa balik rumah dan lepas tu juga aku buat macam tak ada apa2 yang berlaku. Jahil sangat rasa masa ni!! Aku tak bagitahu sesiapa pun pasal ni.

Tak lama lepas tu aku dapat tawaran Asasi, kawan2 yang aku kenal memang baik2 tapi aku still teruskan hubungan dengan F ni. Masa kat Asasi ni aku belajar tak tinggal solat plus amalan2 lain. Sampai satu hari ni aku macam tersedar betapa aku sebenarnya dah jauh. Aku tak menangis, tapi aku banyak termenung. Sms call dari F ni memang aku tak layan dah sampai F ni senyap sendiri. Aku rasa bersyukur sangat, maybe Tuhan tu nak bagi peringatan dan mungkin juga sebab doa mak aku. Disebabkan aku selalu jauh dari mak aku, mak aku cakap dia sentiasa doakan aku sentiasa dekat jalan yg betul. Aku tak berapa faham sgt maksud mak aku, tapi aku selalu ya kan sahaja. Bila rasa diri aku tenang tak termenung dah, aku mula motivate diri aku sendiri, agak berat masa ni sebab mustahil kau nak cerita dekat orang lain apa yg jadi dekat kau, aku simpan sendiri sampai menangis dan sampai aku tekad takkan ulang benda yang sama.

Berjaya habiskan asasi aku ke universiti tempatan. Alhamdulillah 4 tahun berjaya aku habiskan. Memang 4 tahun pergaulan aku dengan lelaki memang terhad sangat2. Aku jadi macam trauma dengan apa yang dah jadi. Dulu aku solat tak tinggal, mengaji tapi pemakaian agak bebas, boleh kata tak tutup aurat dengan sempurna even aku pakai tudung. Dekat u ni lah aku belajar tutup aurat. Mula2 kawan aku bg stokin, aku macam kau sindir aku ke apa, haha..Tapi lama2 dari seluar jeans ketat aku pakai skirt ke jubah, dress ke, dari tudung selempang ak mula pin tengah ke tutup dada. Semua ambil masa, 4 tahun jugakla. Kena kuat sesiapa yg nak berubah, ambil masa selama mana yang korang selesa, at the same time ada progression. Buatlah even korang rasa terpaksa.

Hati memang dah agak tertutup dengan lelaki. Lepas study aku kerja, kerja memang tak fikir benda lain la, fikir nak tolong family dan aku pun masih teringat lagi mistake yang pernah aku buat. Sampai umur aku mencecah 30 mak aku dah bg hint untuk mendirikan rumah tangga. Katanya aku asyik fikir pasal family kerja sampai tak fikir pasal diri sendiri. Aku serahkan pada mak aku untuk cari calon semua. Last2 mak aku kenalkan dengan anak kawan dy, muda 3 tahun dari aku. Aku ambil keputusan untuk kenal hati budi lelaki ni baru ambil keputusan utk berkahwin. Setahun perkenalan kami berkahwin. Awal perkahwinan diuji juga oleh orang2 yang dengki. Ada beberapa perempuan yg mengadu pernah buat benda tak elok dengan suami aku sebelum ni. Tapi aku tak cepat melatah, aku slow talk dan selesaikan mslh tu. Mungkin masing2 ada sisi gelap masa lampau tapi masing2 cuba nak ubah keadaan dan perbaiki kesilapan yg dah berlaku. Doakan kami bahagia dan kuat hadapi ujian akan datang.

Satu perasaan yang buat aku tersedar tu mungkin peringatan kepada aku. Mungkin tak semua orang akan dapat tapi tak mustahil. Bila masa kau betul2 tersedar dengan kesilapan yg kau buat, jangan sia-siakan, berusaha utk diri kau sendiri masa depan kau. Bila aku tengok anak aku yang baru pandai bertatih ni aku jadi takut, rasa berat tanggungjawab nak besarkan dia dlm persekitaran sekarang. Aku nak pastikan dy tak buat kesilapan yang mana aku pernah buat dulu. Buat korang kt luar sana, pintu kesedaran tu sentiasa terbuka. Ambillah masa tapi jangan mengalah. Hope aku pun akan kuat untuk masa2 akan datang.

– Miss take

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.