Monday, 10 July 2017

Isteri Mangsa Domestic Violence

PengakuanKu

Salam

Terima kasih jika confession aku diterima. Aku mohon maaf awal-awal sebab confession aku panjang. Aku ambil keputusan untuk share kat sini sebab mak aku suruh . Dia kaki layan iium confession.

Kisah aku bermula masa belajar di universiti. Universiti mana tu rahsia. Masa masuk universiti tu tahun 2009. tahun pertama aktif persatuan sebab senior2 semua banyak bagi semangat suruh join program mereka. Aku pun join. Mula2 dalam persatuan tu jadi balaci. Senior suruh buat ni buat itu, turutkan saja. Yang penting senior kenal and senang nak minta tolong diorang anytime.

Masa aktif persatuan aku kenal dengam seorang member tahun 1 jugak. Nama dia Arina. Ramai ke kawan2 aku tahun satu dalam persatuan tu. Tapi Arina yg paling rapat dengan aku sebab dia satu negeri dengan aku. Orang Selangor. So kami memang ngam lah. Berkepit je.

Aku jarang ada kelas pagi. Banyak kelas aku mula pukul 11. Tapi disebabkan Arina ada tutorial pukul 8pg, aku lepas subuh terus siap2 nak pergi kawasan kampus. Sebab nak teman Arina ke kelas. Kalau aku atau dia balik lewat,salah seorang akan tunggu sampai kuliah habis. Malam2 kami akan pergi meeting sama2 jalan kaki. Kalau tak ada meeting kami akan keluar jalan kaki pergi makan. Kalau tak keluar mana2. Masing2 stay bilik. Tak keluar.

Aku anak orang sederhana je, masuk hujung semester selalu akan kering lah poket aku. Masa tu lah akan banyak lepak kat bilik sebab makan biskut kering or masak maggi cup. Tapi Ariana tahu keadaan aku. Masa hujung2 sem dia akan beli makanan kat luar asrama atau cafe dalam kampus then jumpa aku kat cafe asrama dia. Kami makan sama2. Kadang2 berdua,kadang2 berempat sebab roommates dia pun ada.

Dia ada motor. Mak ayah dia ni kira kerja sedap lah. Bapak dia pengetua sekolah. Mak dia ketua jururawat. Dia pula anak kedua dari tiga beradik. Nak compare dengan aku anak sulung dari enam orang .

Motor dia tu selalu ada dengan aku. Masa tu tahun satu semester kedua. Dia kata, “kau pegang motor ni. Jangan asyik jalan kaki malam2. Kalau aku nak pakai aku bagitahu”

So bila hujung minggu kebanyakan cafe tutup. Aku lah yg akan pergi bungkus nasi bajet untuk makan. Dia akan turun kat cafe asrama tunggu aku. Kadang2 roommates dia follow sekali.

Aku dengam dia makin rapat. Conversation kiteorang pun dah tak ada pasal persatuan je. Lebih dari tu. Kiteorang banyak share masalah masing2 sampai berputik rasa sayang between us. Aku dengan dia declare as couple masa cuti semester tahun 1.

Kami selalu contact by sms je. Masa tu zaman sms 1sen. Memang syok lah cuti sem aku. Dapat text dengan Arina. Rasa sayang tu makin kuat saban hari.

Naik tahun kedua, kitrorang dah steady. Couple pun still ramai tak syak. Sebab ingat kawan2 je macam tahun 1. Hehe. Sampai lah lama-lama tu ramai yg tahu. Fon aku guna wallpaper gambar dia.

Semua berjalan dengan baik. Kami lalui hidup di kampus macam orang lain jugak. Arina student engineering. Aku budak mass comm. Kadang2 aku punya busy macam orang gila. Selalu aku rasa down , homesick bla bla bla. Dia pun sama stress macam2 hal. Tapi kami berdua saling motivasikan diri satu sama lain. Kalau aku rasa susah. Dia ada untuk aku. Masa dia rasa susah aku ada untuk dia.

Tahun 3 tahun akhir kami. Masing2 sibuk FYP. Both of us ada masalah kewangan sebab banyak duit habis. Pernah seminggu tu aku dengan Arina ada rm7 dan rm3 dalam beg duit. Kami kumpulkan sama jadi rm10. Kami beli maggi untuk stok makanan. Malam lepas maghrib aku akan start moto ambil maggi kat asrama dia. Dia tunggu kat bawah. Esok masa jalan pergi kelas aku bagi bekas yg dah basuh untuk aku ambil malam tu pulak.

Pendek kata, susah senang kat kampus buatkan kami berdua lebih kuat dan sayang kami lebih utuh sebab saling bergantung antara satu sama lain.
Masa konvokesyen, aku kenalkan mak ayah aku kat Arina. Arina pun sama kenalkan aku kat mak ayah dia. So masa tu lah officially jumoa family masing2. Bayangkan lah kat tempat kecoh bising orang bergambar tu lah kami jumpa family. Haha.

Ngam ngam 3 bulan lepas konvo aku dapat kerja kat syarikat akhbar. Kena posting kat JB masa tu. Arina jadi pembantu engineer kat office pakcik dia di Kajang.

Kami jarang jumpa sejak tu sebab komitmen kerja dan jarak yg jauh. Selalunya on call je lah . Masa office hour kalau tak sibuk kami text. Macam tu lah hari2 sampai dekat setahun aku kerja. Kami jumpa dalam 2 kali je. Tu pun sebab abang dia kahwin dan satu lagi sebab kenduri ayah dia bersara.

Masa kami jauh tu aku kenal dengan seorang pekerja media juga. Tapi bukan conpany aku lah. Company lain. Jumpa kat event. Dia tegur aku dulu minta gambar bagi dia. Aku pun layan. Lepas tu asyik text. Nama dia Ika. Budak Kluang. Aku text dengan dia. Banyak kali juga masa lunch hour keluar makan sekali. Semua tu Arina tak tahu. Dia yakin aku kat JB tak buat hal. Aku pula hujunh minggu keluar dengan Ika. Malam2 lepas kerja pun keluar juga dengan dia. Lepak tepi laut je sambil borak. Tapi sebab borak tu lah aku jadi ada hati kat Ika. Aku rasa macam tersuka tanpa sengaja kat Ika. Aku mula ignored kat Arina. Buat tak tahu bila dia called. Dia text aku berpuluh kali pun aku balas lewat. Macam tak ada hati gila2 kat dia. Masa tu aku fikir nak kat Ika je.

Lama-lama Arina dah syak aku ada orang lain. Dia ajak jumpa kat KL. Aku marah sebab senang2 nak suruh aku naik KL. Tahu2 hujung minggu tu dia dah sampai JB nak jumpa aku. Masa jumpa tu kami memang talk seriously pasal relationship kami berdua. Dia sehabis habisan pujuk hati aku. Masa tu aku dah rasa kasihan dan menyesal juga. Tapi hati aku tepis tepis sebab aku nak sangat kat Ika. Akhirnya aku buat keputusan untuk pisah dengan Arina.

Start dari haritu dia asyik sms aku marah2. Aku tak balas satu pun. Dia text aku sumpah aku macam2. Aku pun terkejut sebab dia tak macam tu. Aku tahu dia sangat2 nak marah aku. Member2 aku kat universiti dulu pun banyak contact aku tanya betul ke tak aku dengan Arina dah berpisah. Penat aku nak jawab yg aku dah tak ada apa2 dengan Arina.

Kat facebook pun sama, hampir setiap jam dia update status perli aku. Update status ayat sedih. Lagi sedih. Aku tahu sangat status tu untuk aku. Member2 aku pun ramai komen perli aku kat situ. Last2 aku unfriend dan block dia.

Tenang aku masa tu sebab tak perlu tengok status dia yang menyakitkan hati aku tu. Aku bahagia dengan Ika. Saban hari keluar. Makan. Siar-siar. Sedar tak sedar dah nak masuk hujung 2012. Bermakna dah dekat setahun aku pisah dengan Arina. Tup tup aku dengar dari member aku kat universiti dulu yg Arina nak kahwin. Aku pun mula tu macam terkejut. Hari tu bukan main naik angin aku ada perempuan lain. Dia pun ada spare juga. Aku pula yg text maki dia lepas tahu dia nak kahwin. Dia tak reply pun.

Kawan kawan aku ramai ajak pergo rumah dia masa wedding dia tu. Aku awal2 lagi tolak malas nak pergi. “Takde masa” tu jawapan aku.

Lepas si Arina dah sah kahwin. A few week after, aku minta izin Ika nak jumpa mak ayah dia. Dia tanya nak jumpa sebab apa? Aku jawablah merisik. Dia setuju. Kami pun bertunang. Tapi tak sampai pun 4 bulan bertunang, mak dia called aku kata anak dia nak minta putus. Aku tanya sebab apa dia kata anak dia tak ready. What??

Aku pun terpaksa putuskan sebab Ika beriya-ia nak aku pisah dengan dia. Tak lama lepas tu kantoi bukan sebab tak ready tapi nak kahwin dengan melayi arab JB umur dekat 60. Melayu Arab kaya. Dah kahwin terus berhenti kerje. Dasar perempuan betul minah tu.

Lepas kejadian tu aku bawa diri fokus kat kerja je. Cari berita. Sibuk dengan isu semasa. Event sana sini. Hujung 2013 aku dapat balik selangor. Naik pangkat sekali. Alhamdulillah. Aku pun tak ada masa nak fikir jodoh ke apa. Kerja memanjang. Balik kerja tengah pagi buta. Tak ada masa nak cari pengganti.

Sampai lah satu hari, aku off day. Melepak dengam kain pelikay depan tv sambil layam FB. Aku nampak beberapa kawan2 persatuan aku universiti dulu main tag2 satu sama lain. Tag pula check in kat hospital. Aku macam pelik lah. Siapa sakit? Aku called seorang kawan aku nama Apiz.

Apiz bagitahu aku yg Arija kena tahan ICU dah 2malam. Aku tanya eksiden ke? Kata Apiz dia kena pukul dengam suami dia. Terkejut aku dengar berita tu. Cepat2 aku pergi ke hospital. Otw nak ke hospital tu. Mulut aku tak berhenti doa supaya aku sempat jumpat Arina dan minta maaf dengan dia. Masa tu aku rasa menyesal. Aku sampai rasa pelik kenapa aku rasa terkilan sangat2. Bukan aku yg pukul dia. Laki dia. Kenapa aku rasa sungguh2 bersalah?

Sampai kat hospital. ICU oenuh sebab ramai juga keluarga pesakit lain yg datang. Kawan2 universiti aku pun ramai yg datang. Ada dr Penang pun turun nak tengok Arina. Masa tengah ramai bersesak tu aku tarik kawan baik Arina, diana. Aku tanya dia kenapa dengan Arina.

Diana kata Arina kena dera dengan laki dia. Mula2 kahwin lagi tapi ji yg oaling teruk sampai kena operation buang limpa. Hidung patah. Dua tulang rusuh patah. Sebelum ni pergi klinik macam tu je. Yang ni paling teruk. Aku terkejut. Aku tanya mana laki dia? Diana kata tak dapat dikesan. Tapi mak ayah mertua Arina sedang bersiap sedia nak buru mamat tu untu bawa ke balai polis . Aku tanya diana lagi, macam mana Arina boleh kahwin dengan lelaki tu.

Diana kata laki tu makcik dia yg kenalkan sebab baik katanya. Pastu masa tu Arina tengah sakit hati dengan akum so dia terima. Masa mereka bertunang Diana pernah je keluar melepak sama2 dengan Arina dan laki tu. Tapi tak sangka laki tu panas baran dan kaki pukul.

Aku terdiam. Aku minta kebenaran dengan ayah Arina untuk masuk melawat dia. Masa aku masuk ICU aku dah cam mana satu Arina. Hati aku terpukul hebat. Aku nampak dia terbaring layu dengan macam macam wayar atas badan atas muka. Mata bengkak. Pipi berjahit. Makin kurus. Semakin kecil tubuhnya. Menggigil kaki aku nak melangkah dekat ke katil Arina. Seribu satu kenangam aku dengan arina menerpa fikiran aku masa tu.

Mata aku rasa berkaca. Aku menangis. Laju air mata ni turun. Masa tu aku tahu, semua ini berpunda daripada aku. Kalau tidak aku yang permainkan hubungan kami dulu. Mesti Arina tak jadi macam ni. Mesti dia tidak akan berkahwin dengan suami dia yang entah dari mana tu. Mesti dia tak akan terbaring macam tu. Aku berdiri terpaku depan katil Arina. Aku rasa sangat bersalah. Aku tak mampu nak berdepan dengan dia. Aku terus undur diri.

Esoknya aku minta cuti seminggu untuk ulang alik ke hospital melawat Arina. Jarak rumaj dengan hospital tak jauh pun. Dekat je. Kurang satu jam. Aku hari2 melawat Arina yg koma di ICU. Aku bacakan yassin. Solat hajat disebelah dia. Menangis tak payah cakap. Menyesal dan sesalan yang amat sangat. Aku minta maaf dengan mak ayah dia sebab buat dia macam tu. Mak ayah dia redha dengan apa yg jadi. Hari keempat Arina koma, suami dia dapat dikesan. Keluarga suami dia dan keluarga Arina berpakat untuk menceraikan Arina dan membawa jantan tu ke pihak polis.

Aku bawa ibu aku melawat Arina beberapa hari lepas tu. Arina masih belum bangun. Mak aku menangis tengok Arina sebab tu dulu calin menantu pilihan dia. Bila tengok keadaan Arina macam tu dia rasa sangat sebak. Masa balik rumah, tak habis habis mulut dia marah aku sebab buat Arina jadi macam tu.

Sepanjang tempoh Arina di ICU aku jadi tak keruan. Nak kerja pun tak tenang. Aku asyik diserang rasa bersalah. Rasa terkilan. Macam3 ada. Aku ambil keputusan untuk nikahi Arina lepas arina habis eddah. Keluarga Arina setuju.

17hari di ICU, arina akhirnya sedar dan dipindahkan wad. Lepas dapat tahu dia dah keluar wad aku jadi serba salah untuk melawat dia. Aku takut,malu dan sedih untuk berhadapan dengan Arina. Tapi mak aku bersungguh nak aku berjumpa dengan dia. Aku ikutkan juga hajat mak aku. Sampai kat hospital, ayah dan mak dia sambut aku baik. Arina dengar je nama aku terus paling hadap dinding. Tak nak lansung tengok aku. Aku kata kat mak aku yg aku tunggu di bawah. Saje aku cakap kuat sikit nak bagi dia dengar.

Lepas tu setiap hari aku keluar awal nak pergi hospital. Hari2 juga dia paling muka kat dinding. Tapi aku duduk juga berbual dengan mak ayah dia. Sampai lah hari keempat/kelima baru lah aku masuk bilik dia. Dia tengah bersandar kat katil dan pandang ke bawah. Aku rasa nak menangis sebab tak sangka dia tak berpaling dah. Mak ayah dia cepat2 keluar bagi aku dengam Arina berdua.

Masa tu aku ters duduk sebelah dia. Alu tak tunggu lama. Aku terus minta maaf. Dia tunduk menangis. Aku pun sama nangis. Pedih hati ni kami je tahu. Arina kata dia malu berhadapan dengan aku dalam keadaan macam tu. Aku terus kata aku lagi rasa terhina sebab buat dia macam tu. Aku yakin kan dia suruh maafkan aku dan terima aku balik. Aku nekad nak kajwin dengam dia. Nak jaga dia dunia akhirat.

Aku teman dia di hospital hampir setiap hari masa melawat. Aku akan belikan makanan yg sesuai. Biah buahan yg dia suka. Air yg dia suka. Aku akan bawa ke hospital makan dengan dia. Teringat zaman kami belajar dulu. Sampai lah dia keluat daei hospital 3minggu lepas tu. Aku tak jumpa dia dan hubungin dia sebab hormatkan dia dalam eddah. Aku call mak ayah dia je. Takpun mak aku yg pergi tengok dia dengan bapak aku.

Lepas dia tamat eddah, kami buat persiapan nak nikah. Majlis kami ala kadar je sebab Arina masih tak kuat dan tak sihat. Alhdulillah 7.7 2014 kami nikah. Malam lepas maghrib di rumah keluarga Arina. Kami jemput saudara terdekat dan rakan2 belajar sahaja. Majlis yg sangat ringkas.

Apa yg aku perasan, lepas kejadian tu Arina jadi sangat pendiam. Tanya satu jawap sepatah. Tak macam dulu, sama2 rancak bercakap. Aku lah yg banyak mulakan perbualan. Masa balik kerja aku terus cari dia sebab nak suap makan. Dia boleh je makan sendiri tapi dia masih tak kuat. Aku tak bagi dia kerja dah. Sebab dia memang tak ada kudrat sangat masa tu. Malam2 nak tidur aku lah jadi saksi tengok badan isteri aku banyak bekas2 lebam dan luka. Ada yg parut kekal. Masa tidur isteri aku banyak kali mengigau. Mula2 kahwin dia mengigau panggil mak ayah dia. Lepas tu panggil aku. Menjerit jerit panggil aku dalam tidur. Mengigau dia tu sampai menangis. Aku akan peluk dia. Dia akan terbangun dan cakao jangam pukul dia.

Masa tu lagi lah laku rasa bersalah. Apa lah bodoh babi sangat aku biarkan dia dulu. Sampai jadi macam tu isteri aku. Pernah dia nampak aku solat subuh dalam gelap. Lepas solat aku bangun nak buka baju melayu. Dia kat katil dah nampak ketakutan gila. Bila aku pergi dekat dia nak tenangkan dia. Lagi kuat dia jerit ketakutan. Aku terpaksa bagitahu nama aku berkali kali sampai dia tersedar dari trauma dia. Berbulan aku nak tolong dia recover trauma dia.

Aku banyak berkorban masa tu sebab orang tak paham keadaan dia. Jiran2 dengan dia jerit. Orang kata aku kahwin dengam orang meroyan. Aku sakit hati gila. Tapi aku tak kisah janji Arina tak tahu. Sampai lah dia okay sikit dari trauma tu. Dia banyak mengaji dan berzikir. Masa tu dia dah sedikit tenang tapi kerap juga mengigau.

Evem dia dah tenang, badan dia tak berapa kuat lagi. Dia selalu mengadu sakit kat dada. Kepala sakit. Aku selalu bawa dia jumpa doktor tiap tiap kali dia mengadu. 7bulan lepas kahwin, Arina mengamdung 3 minggu. Kami berdua happy macam nak rak. Siap post gambar doktor sekali dalam FB aku. Haha. Nak kata kami happy nak dapat anak bersama.

Tapi masa dia pregnant, keadaan dia makin teruk. Dia mengadu sakit di banyak bahagian. Hampir dua kali satubhari bawa dia jumpa doktorasa kamdungam umur 6 bulan dia dah kena tahan hospital sebab badan lemah.

Doktor bagitahu aku yg Arina ada paru paru yg rosak disebabkan luka dalaman. Mungkin sebab dipukul jantan tak guna tu. Sebab tu dia semakin lemah dan rasa tak bermaya. Aku tabah terima berita tu. Tak henti aku doakan supaya anak aku dan arina selamat.

Sampailah masa arina nak lahirkan anak kami, badan dia dah makin lemah. Dia selalu minta aku usap pinggang nya kerana dia rasa sangat lenguh. Masa arina dalam bilik bersalin aku di luar. Aku tak habis habis memohon keajaiban allah untuk isteri dan anak aku.

Alhamdulillah lepas hampir satu jam kat dalam tu Arina selamat lahirkan bayi kami. Lelaki. Seminggu juga Arina di hospital anak aku pula mak arina bawa balik ke rumah.

Lepas seminggi Arina boleh balik ke rumah kami. Mak ayah kami pun turut tinggal bersama di rumah sebab nak jaga arina berpantang. Masa nak kami umur 3 bulan arina makin lemah sampai batul berdarah. Aku masa tu lah orang paling runsing di dunia. Anak masih kecil. Isteri sedang sakit teruk. Aku tak pernah putus asa memesan kepada arina untuk terus kuat dan lihat anak kami membersar. Dia tak pernah merungut lagi selepas itu. Jika sakit oum dia tetap bertahan.

Tapi apakan daya, allah lebih menyayangi dia. Arina pergi meninggalkan aku dan anak aku, Faiq masa usia Faiq 4 bulan lebih. Aku memang marah dengan pemergian dia. Aku tuntut kematian dia dengan keadilan. Kes dera dia dipanggil semula. Aku sangat marah juga dengan Tuhan kerana ambil dia masa usia perkahwinan kami yang singkat. Tapi lama kelamaan aku redha juga dengan pemergian Arini disebabkan satu janji yg telah kami buat.

Arini berjanji untuk menunggu aku dan Faiq di syurga. Bila pum saat aku akan ke sana, dia tetap akan tunggu. Demi janji tu aku jadi semakin bersemangat untuk hidup dengan Faiq. Aku bersyukur sebab Arina hadiahkan aku dengan seorang putera ini. Setiap hari aku akan melepaskam rindu aku apabila terpandang wajah Faiq yg seakan dengam ibu dia. Mata dia ada Arina. Sejuk hati aku memandang wajah kecil itu.

Kini, setiap kali jumaat. Sebeluk bergerak ke rumah ibu mertua aku. Aku akan singgah ke pusara Arina membawa Faiq bersama. Dia akan duduk bermain dengam nisan ibunya. Aku pula membersihkan kubur dan bacaan yassin untuk isteri yg dirindui.

Aku kini lebih alert dengan kes penderaan. Aku akan semtiasa turun padang mencari mangsa2 dera dan keganasan rumah tangga untuk dilaporkan. Aku sentiasa berdoa agar tidak ada seorang wanita pun yanh aku kenali memerima nasib yg sama dengan isteriku. Aku juga mendoakan supaya mana2 lelaki tidak menjadi seperti jantan syaitan itu. Moga Faiq juga membesar menjadi lelaki soleh acuan agama seperti yg diamanahkan oleh Arina.

Doakan perjalanan hidup saya sebagai bapa tunggal untuk.membesarkan Faiq menjadi anak yg soleh. Agar Arina bangga dengan kami berdua bila kami bertemu dan kembali berkumpul semula di sana.

Aamin

– Sekudus Ilahi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.