Assalamualaikum dan terima kasih kepada pihak IIUM Confessions kerana menyiarkan artikel ini, yang saya anggap penting untuk dikongsi bersama para pembaca setia page ini.
Aku seorang graduan perubatan dari Timur Tengah iaitu Mesir. Artikel kali ini, bukan untuk membincangkan mengenai betapa tidak kompetannya para graduan perubatan dari Mesir atau patutkah para lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke sana dalam bidang perubatan, tetapi lebih kepada ingin berkongsi bagaimana pendidikan tidak formal yang aku belajar dekat Mesir dahulu membantu aku stay survive dan menjana lebih daripada RM5000 sebulan semasa menganggur sebelum dipanggil untuk memberikan khidmat kepada masyarakat sebagai HO.
Mesir, satu negara yang penuh dengan ujian, kehidupan di sana tidak seindah dan tidak semudah yang ditayang dekat IG mahupun di FB. Pelbagai ujian dan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari membuatkan aku lebih kuat dari segi mental dan juga fizikal, bijak mencari peluang yang ada. Semasa di tahun 2 lagi aku dah mula berniaga import dan eksport pelbagai barangan daripada Mesir ke Malaysia dan sebaliknya.
Mungkin bagi orang lain, bisnes sebegini agak leceh dan berisiko namun dengan hasil yang diperoleh, walaupun tidak banyak tetapi mencukupi, daripada langsung tiada hasil. Sempat juga lah merasa tiket return ‘free’ Mesir ke Malaysia dan juga merasa First Class Qatar Airways. Zaman tu tak fikir untuk kumpul duit daripada bisnes yang dijalankan cuma lebih kepada untuk balik ke Malaysia secara percuma dan untuk menampung perbelanjaan untuk bercuti di sekitar Mesir.
Nampak seronok kan ? Tapi, biasalah kalau orang bisnes dia tak cerita dari A sampai Z, mereka hanya cerita part part yang seronok sahaja, duka lara simpan rapi. Tapi untuk kes import eksport aku nak berkongsi sedikit antara masalah yang dihadapi. Secara kasarnya aku perlu uruskan pasal kargo, kastam, delivery dekat Malaysia dan juga memberikan update kepada buyer dan seller. Bila berusan dengan clients, memang selalu hadapi masalah cancel last minute. Kita dah settle semua pasal kargo, tup-tup dapat notis mereka tak boleh nak proceed. Tu belum lagi cerita yang lagi parah, kita ambil order, beli siap siap dan dah hantar ke Malaysia, tetiba buyer tak jadi beli. Menangis tak berlagu.
Masalah dengan pak arab pula, mereka suka sangat duit kopi, memang kena prepare siap siap duit kopi ni. Tapi, sebenarnya ada baik dan buruk pasal duit kopi ni. Yang baiknya kalau barang yang tak sepatutnya lepas, boleh lepas. Aku bagi contoh limit bagasi kapal terbang ialah 46kg, kalau ko nak bawa 56-60kg pun lepas, asalkan bagi duit kopi. Kalau nak bayar extra baggage fees mungkin cecah ratus ratus USD untuk international flight. Tapi sekarang ini tak tahu lah, mungkin mereka dan strict.
Okay berbalik kepada kisah utama yang aku ingin berkongsi di artikel kali ini ialah bagaimana aku berjaya menjana melebihi RM5000 sebulan setelah kembalinya ke Malaysia. Aku sendiri pun tak jangka boleh capai banyak ni, sebab pada awalnya aku cuma merancang untuk bekerja sebagai receptionist di hotel sekitar Kota Bharu. Rata-rata mereka tawarkan gaji sekitar RM1000, belum ditolak KWSP. Nasib tak menyebelahi walaupun hampir 5 buah hotel yang aku hantar resume, satu pun tak call untuk panggilan IV. Bila aku follow up, rupanya mereka tak berapa nak orang yang kerja part-time dan juga melihat sijil aku sebagai graduan perubatan, mereka cakap tunggu ja panggilan HO nanti, beberapa bulan lagi ja pun.
Nak dijadikan rezeki, ada job fair sempena kedatangan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan. Aku ada apply kerja dekat beberapa syarikat yang rata-ratanya sebagai consultant. Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai Financial Consultant di bawah satu agensi AIA. Walaupun tiada gaji basic yang diberikan oleh agensi tersebut, tetapi memandangkan aku memiliki ijazah, jadi bos di agensi tersebut mendaftarkan aku dibawah program SL1M. Boleh dikira bertuah juga la pasal allowance yang diberikan adalah sebanyak RM1500 sebulan. Dekat sini pun nampak bagaimana cantiknya Allah susun perjalanan hidup kita. Kadang kala Dia tak bagi yang kita minta, tapi Dia bagi yang lebih baik lagi, wajib sentiasa bersangka baik. Sebagai mana yang kita semua tahu, program SL1M ni hanya selama 7 bulan, 1 bulan training dan 6 bulan di host office. Kalau ikutkan plannya, insya Allah sebelum habis program SL1M ni dah dipanggil untuk kerja sebagai HO.
Kiranya dengan allowance RM1500 tu, boleh hidup dengan selesa dah la kalau nak dibandingkan dengan kos sara hidup di Kota Bharu, tambah tambah jika tiada komitmen lain. Tapi, bila dan masuk kerja di agensi tersebut, rupanya banyak lagi peluang lain untuk buat duit tepi yang bos (Dato’ A) ajar dan lorongkan jalan. Memang bertuah dapat bos yang jenis suka bisnes, satu kepala. Memandangkan syarikat ini adalah agensi kepada AIA Public Takaful, selepas kerja seminggu dua di office tersebut, rasa berminat untuk menjadi agen atau bahasa mereka ialah Life Planner.
Aku rasa pilihan untuk menjadi Life Planner adalah keputusan yang tepat, kerana disebabkan keputusan yang aku buat ini, sangat sangat membantu aku improvekan diri. Dulu, memang rasa tak berkeyakinan untuk bagi talk atau nak jumpa orang ramai, dari zaman sekolah hingga habis universiti sekalipun, asyik mengelak dan menolak kalau kena bagi talk. Walaupun income dari clients yang mencarum tidaklah banyak sekitar RM200-300 sebulan, namun aku yakin dalam masa beberapa bulan lagi, boleh capai hingga RM1000 sebulan. Yang seronoknya komisen itu akan terus dapat selama 6 tahun. Sekali kerja, makan 6 tahun.
Tak sampai sebulan berada di agensi tersebut, bos dah beri kepercayaan untuk uruskan sistem perbaharui insurans dan road tax kereta. Kalau nak diikutkan, ini bukanlah bisnes utama di syarikat tersebut, tetapi bisnes ini sangat rancak, hampir setiap hari ada saja client baru. Dari sini lah sebenarnya aku mampu menjana duit tambahan sekitar RM100-200 sehari. Bos akan bagi komisen untuk setiap insurans kereta yang berjaya diperbahrui (Bisnes tanpa modal). Tapi terus terang nak bagitau, nak create pendapatan tambahan sebanyak ini, wajib kena pandai marketing, sama ada melalui FB Ads, atau IG dan yang paling penting muka kena tebal, tak boleh malu malu. Kalau bisness apa pun perkara utama yang kena fokus ialah marketing. Walau sehebat mana servis kita, produk kita, jika tak sampai kepada prospek memang bisnes kita tu tak boleh pergi jauh.
Okay dah setakat tu sahaja artikel kali ini, dan sebagai penutup aku nak tekankan bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan ada benda yang kita tak boleh kawal. Oleh itu, buat apa susah susah pening kepala duk pikir panjang pasal benda yang kita tak boleh kawal. Sebagai contoh, aku tak boleh kawal bila next intake HO, tapi aku yang boleh kawal ialah bagaimana berusaha untuk menjana income. Memang tak dinafikan peluang pekerjaan amat susah sekarang ini, namun jika kita berusaha insya Allah ada jalannya. Dengan keadaan sekarang jangan terlalu memilih kerja walaupun sijil akademik kita memang tinggi dan percaya kepada kebolehan diri. Kalau setakat nak cari income untuk sara diri, aku yakin, kita semua boleh lakukannya. Dah berhenti merungut, dan mula berusaha ! Terima kasih
– Qim
– Qim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment