Salam semua pembaca IIUM. Terima kasih admin kalau cerita ni disiarkan.
Aku tak pandai sangat nak mengarang ayat cantik tapi aku akan cuba supaya pembaca faham dan boleh faham apa yang aku rasa sekali.
Aku baru kahwin tahun lepas dan sekarang menetap di **a** bersama suami. Ok cerita dia bermula mcm ni. Masa mula-mula kahwin, aku tak perasan aktiviti peminta sedekah ni. Mcm contohnya pagi Sabtu, ada orang bagi salam. Husband aku pun keluar la pegi tgk siapa yang bagi salam. Aku duduk diam je dalam bilik. Kitorg duduk rumah satu tingkat area kampung mcm tu la. Mcm satu lorong ada rumah lain yg sama sama kongsi tanah. Lepastu lepas husband aku masuk bilik balik dia kata org mintak sedekah dtg dan dia kata dia mmg biasa bagi orang tu. Sebelum ni rumah yg kitorg duduk tu, parents husband duduk tp skrg parents dia upgrade duduk rumah lain. So aku pun ok je dia nak bg duit kt org tu.
Then aku discover org tu mintak jugak duit dkt parents in law aku. So boleh byg tak sebenarnya byk dia dapat. Drpd ayah husband aku pun dia dpt. Drpd husband aku pun dia dpt sbb rumah lain lain kan. Lepastu dahla mcm org desperate. Bila bapak mertua aku takde pun dia insist jugak nak duit dan mak mertua aku tak bekerja. Aku pun tak bekerja so aku selalu dtg rumah mak mertua aku waktu siang berborak dgn dia sbb tu aku boleh tahu dia dtg jugak mintak duit kt rumah parents in law aku.
Lepastu ada satu malam tu lebih kurang pukul 11 malam, org ni dtg ketuk2 pintu dan tingkap bilik mcm org gila, bg salam byk kali. Aku marah la aku rasa melampau sebab malam malam pun dtg rumah orang. Mestila dia tau ada org dkt rumah sebab nampak kan lampu bilik terbuka. Nasib baik kitorg tak tdo lagi. Husband aku tak keluar time malam tu sebab dia takde cash pun nak bg. Then esok pagi dalam pukul 7 mcm tu org ni dtg lagi ketuk pintu dan tingkap mcm biasa. Tabiat mengetuk tingkap ni pun dah dikira melampau sebenarnya. Cukupla sekadar mengetuk pintu. Lepas dia tengok satu kete takde, jadi aku rasa dia pun tahu yg husband aku takde kt rumah sebab biasa dkt depan rumah parking dua kereta. So dia pun pegi la.
Lepastu lama senyap dia takde dtg. Tiga minggu sebelum raya dia dtg lagi. Dah la marah aku kt dia sbb ketuk pintu tingkap rumah org malam malam pun tak habis lg. Sibuk lg dtg mintak duit. Dua minggu berturut turut dia dtg mintak duit. Aku rasa makin melampau sebab aku tgh pregnant dan byk nak buat persediaan untuk bersalin dan anak. Dahla nak raya time tu. Husband aku dah mcm menanggung dia pulak. Malam tu aku gaduh la dgn husband aku. Aku tak puas hati. Sbb aku rasa dia lebihkan org tu. Ok problem solve kitorg pun berbaik sbb aku dah brain wash husband aku haha.
Then baru-baru ni org tu dtg lagi pada waktu malam. Kali ni dalam pukul 8 malam mcm tu. Hari tu husband aku puasa sunat so makan mandi solat semua lambat sikit la. Pukul 8 baru nak solat. Nak masuk rakaat kedua, org tu dtg bg salam ketuk pintu tingkap mcm biasa. Byk kali dia bg salam. Patutnya bg salam tiga kali, tak berjawab, faham sendiri la. Angkat kaki, blah. Yg paling aku bengang dan takleh terima tersangat2 melampau, dia cuba nk bukak pintu sliding door rumah tu (nasib baik berkunci) dan dia berjaya umpil tingkap bilik kitorg. Kitorg time tu dah solat rakaat terakhir sikit lagi nak bg salam masa dia umpil tingkap tu. Aku bgn terus batal solat aku, aku jerit sekuat hati “TUTUP TINGKAP TU! TUTUP! MELAMPAU KAU NI!”
Aku menggigil gila lepas aku jerit tu sebab aku rasa keselamatan aku sangat terancam. Berani nya dia org luar umpil tingkap rumah org. Sungguh tak beradab. Cuba bayangkan, kalau la dia sedar yg dia tu dah buat salah dan ada some sense dgn apa yg dia dah buat. Sepatutnya dia tunggu laki aku kuar rumah dan dia patut minta maaf. Dia dgn pengecutnya tak beradabnya kurang hajarnya, dia start motor terus blah.
Lepastu aku amik masa kejap tenangkan diri beristighfar dan kitorg solat semula berjemaah. Tp lepas solat pun kitorg dua org still speechless tak tau mcm mana nk bertindak. Then aku ckp dgn husband aku, “Kita buat report polis”. Husband aku taknak, dia biasa la, terlalu baik sbb tu org tu pun pijak kepala dia. Husband aku cakap “Lupakan, abg pun takkan bg duit dkt dia lagi”. So case closed.
Kesimpulannya, kita kesian dgn org mcm ni tp dia balas bg ta**. Harap je pakai kopiah dtg bwk anak so husband aku selalu rasa kesian. Tp mmg betul pakaian langsung tak melambangkan keperibadian. Terima kasih kerana membaca.
– Hanis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment