Friday, 18 August 2017

Korupsi PT3

PengakuanKu

Pertama sekali, saya harap identiti saya dirahsiakan.

Saya ingin beritakan mengenai politik dalaman dalam bidang pendidikan. Baru-baru ini seorang penulis, Abdul Mutalib ada meluahkan mengenai guru-guru yang tidak berani bersuara menentang pengetua. Ramai guru yang melenting. Apa yang saya ceritakan ini mungkin akan menambah panas hati guru-guru, namun saya harap semua pihak dapat membaca dengan hati yang terbuka.

Semua sedia maklum pentaksiran Sejarah dan Geografi PT3 dibuat berdasarkan kerja kursus, bukan ujian bertulis. PT3 dilaksanakan di peringkat sekolah dan dinilai oleh guru-guru sekolah.

Saya maklum banyak sekolah yang tidak telus mentaksir kerana mengejar bilangan A. Matlamat menghalalkan cara. Mungkin itu prinsip mereka. Ya, tidak semua sekolah, tidak semua pengetua begitu. Tapi sayangnya pengetua yang tidak bertanggungjawab ini mencalar rasa hormat kami terhadap institusi ilmu.

Di sekolah kawasan saya sendiri, pengetua membolehkan pelajar target sekolah mengulang membuat kerja kursus di rumah (langgar syarat) dan dibuat di luar tempoh pelaksaan (langgar syarat). Malah guru sendiri dipaksa membantu pelajar menyiapkan kerja selayaknya. Kenapa pelajar mengulang? Bahan bukti untuk layak A sekiranya dipantau. Tiada siapa akan tahu pelajar langgar syarat melainkan guru-guru yang terlibat. Malang sekali guru-guru suka bergosip. Gosipnya tersebar.

Hanya pelajar target yang tidak dapat A diubah markah dapat A. Pelajar lain? Ahhh bukannya membantu markah sekolah. Biarkan. Saya berpendapat, kerja kursus boleh diulang, tetapi bukalah peluang mengulang itu kepada mana-mana pelajar yang ingin mengulang. Yang tidak mahu berusaha itu, terpulanglah kepada dirinya sendiri.

Anak-anak balik bercerita keluh-kesah. Kenapa dia boleh dapat A? Padan muka siapa suruh tak belajar hingga jadi pelajar target. Anak-anak kecewa kenapa merek bersungguh membuat kerja kursus tapi dapat B. Mulanya mereka redha. Tetapi kerana sipolan yang target sekolah dapat gred rendah ditukar A, anak-anak mula fed up. Eh sudah tahu markah? Ya sudah dimaklumkan. Malah dipaparkan.

Saya bertanya kenapa guru-guru tidak mempertikaikan keputusan sekolah dalam kes ketidakadilan ini. Jawapan guru-guru, “Cakap kami ini bagaikan angin lalu. Apa pengetua nak buat, dia tetap buat.”

Saya terpaksa berfikir, kenapa tidak semua guru sahaja yang berkeras menegakkan ketidakadilan. Kenapa guru-guru tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa? Saya berada di tahap mempertikaikan para guru. Ya saya tidak faham keadaan mereka. Saya tidak faham kenapa guru-guru hanya mampu bergosip semata-mata.

Adakah kerana kerja kursus ini melibatkan subjek yang remeh bagi mereka? Adakah mereka takut markah prestasi rendah kerana melawan pengetua?

Patutkah perkara ini berlaku dalam institusi pendidikan? Kalau berlaku penipuan dalam institusi berkaitan wang, kita semua rakyat jelata sudah maklum lagi muak. Tapi kenapa korupsi perlu berlaku hanya sekadar demi gred kerja kursus?

Adakah begitu teruk sistem negara ini sehingga korup di peringkat kerja kursus?

– Ibu Kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.