Assalamualaikum, aku Akak Membebel yang admin pernah publish kan kisah tenang pelanggan stesen minyak dua bulan lepas. Harini aku nak cakap jugak pasal trend ibu-ibu moden yang aku rasa semakin melampau. Kebanyakannya aku nengok masyarakat Facebook dan masyarakat Facebook yang baru guna Instagram. Apa aku akan cakap mungkin akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak tapi ambil lah buat pengajaran.
1. Breast Pump.
Situasi : *gambar breast pump*
Caption : baru beli breast pump baru! Mudah, cepat dan sangat membantu untuk golongan ibu bekerja seperti saya.
Kak, kau tahu tak yang kalau pun kau cuma letak gambar mesin buat pam kau punya breast tu, kau ingat imaginasi manusia takat nengok gambar tu je ke? Dalam friend list tu kan bercampur bergaul lelaki, perempuan, khunsa dan spiesis sajat. Lagi-lagi lelaki ni diorang boleh bayangkan kau tu tengah pam benda tu, tahu? Kalau yang nengok tu anak-anak lelaki bujang, dan mungkin yang ada di bawah umur, jangan pernah salahkan budak itu sendiri kalau dia lancang suka nengok breast orang dekat public sebab salah satu penyumbangnya adalah kau. Aku yang perempuan ni pun segan nak nengok apa kau update kak. Rasa malu. Bagai nak semua orang tahu yang kau seorang ibu menyusukan badan.
2. Breast Feeding
Ni lah punca aku nak membebel sebab pagi tadi aku bukak FB, aku terbaca akak ni buat status malam tadi berbunyi begini (aku ubah sikit ayat dia sebab ayat dia panjang sangat dan aku dah tak ingat):
“bayangkan kau nak melipat baju, tapi anak kau nak menyusu. Jadi aku buat dua-dua, melipat baju sambil breast feeding anak. #breastfeeding
Telan air liur aku baca cik kak oiiiiiiiiii. Malu tak boleh nak kata apa. Terus rasa bersalah kat arwah atok moyang kita dulu yang berjuang mempertahankan tanah air dan Tunku Abdul Rahman yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu sebab diorang berjuang demi kita untuk menjadi tamadun dunia tapi masyarakat kita masih kurang akal untuk menjadi sebuah tamadun. Tu belum rasa bersalah kat Nabi yang memperjuangkan Islam demi umatnya tapi umatnya mensia-siakan apa yang diperjuangkan itu. Dia suruh orang “Bayangkan”, aku yang baca ni pun dah terbayang apatah lagi pihak yang bertentangan jantina. Ada orang yang tak boleh kawal nafsu hanya kerana imaginasi. Breast tu kan salah satu aset nafsu lelaki, fikir dulu sebelum post apa-apa kat laman sosial. Tak perlu rasanya nak cerita kat semua orang yang kau tu menyusukan anak guna susu badan. Tak perlu bagi tahu langsung pun takpe. Cukup amik gambar anak kau membesar kalau kau rasa satu hari tak post kat laman sosial tentang anak tu kau boleh mati.
3. Susu Banyak
Situasi : *gambar breast pump botol banyak-banyak*
Status/caption: susu ni banyak sangat tak berhenti keluar. Anak pun dah tak larat nak menelan. Cuba bagi idea nak buat apa.
atau
“susu saya sikit sangat lah keluar, boleh tolong suggest tak apa saya boleh buat untuk tambah susu?”
Ni macam aku cakap seperti point-point sebelum ni, imaginasi seorang manusia tidak pernah lari dalam hal ini, macam-macam dia boleh bayangkan dengan hanya kau sebut perkataan ‘Breast’ tu baik yang buruk kepada yang maha dahsyat. Tapi ada lagi satu jenis manusia yang boleh terkesan dengan keadaan ini iaitu ibu-ibu yang tidak diberi rezeki dan kesempatan untuk menyusukan badan untuk anaknya. Walaupun dia kelihatan redha dengan ketentuan yang diberikan, tapi mesti hati tu tercuit rasa “bestnya dia, dapat susukan anak dia.” Mesti dia rasa down sekejap. Rasa macam dia adalah ibu paling worst sebab tak dapat bagi anak dia breastfeeding. Beringatlah kita sesama manusia, tak semua manusia beruntung seperti kita. Ada yang sensitif bila sebut pasal breast feeding sebab dia memang tak mampu nak beri. Dia rasa bersalah dengan diri dia sendiri, suami dia, anak dia. Dan mungkin akan rasa malu dengan orang-orang yang tahu keadaan dia terutama bila berkumpul ipar duai. Bersyukur dengan apa yang Allah beri. Boleh je Google senyap-senyap benda ni, tak perlu masuk media sosial atau tanya mak nenek kau yang lebiih arif pasal hal ni. Atau bertanya dalam group dan forum yang memang khas tentang benda ni.
4. Breast Feeding in Public
Aku ingatkan isu ni belum habis, tapi ada lagi. Ada lagi yang tanpa segan silu tarik baju kat bangku di shopping mall. Alaaaaahai kak, setiap mall sekarang dah ada bilik khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Bilik tu selalunya dekat dengan tandas. Memang khas untuk golongan ibu BF ni. Kau nak menyusukan bermacam gaya pun tak apa. Pastikan sentiasa bawak nursing cover, mana lah tahu emergency anak tu tiba-tiba kebulur kan. Tapi walaupun ada nursing cover, pergilah ke tempat yang tertutup sikit, jangan sembarangan ye kak… Kalau boleh jangan bagi orang nampak, orang tak tahu lagi bagus.
5. Rumah Orang
Aku ambil contoh apa yang berlaku di rumah aku je pada musim raya baru-baru ni. Sedara lebih kurang 2 pupu datang beraya, ramai lah sebanyak 6 kereta. Salah seorang menantu ada baby 5 bulan yang merengek-rengek. Aku ajak dia masuk dalam bilik sebab ramai orang kat ruang tamu, tapi dia menolak cakap tak apa. Kat sini boleh je, lepastu dia pusing mengadap dinding dan terus tarik baju dia. Aku masa tu rasa nak heret je dia masuk bilik. Dah tengah macam tu aku ajak lagi tapi dia tak nak. Akhirnya aku pinjam nursing cover kakak ipar aku untuk bagi kat dia. Eii aku sebagai tuan rumah ni pun malu tau. Laki dia buat tak tahu je, ada ke patut? Agak-agak lah weh.. Wujudkan sikit rasa malu dengan orang sekeliling. Walaupun sedara mara sendiri dan walaupun orang tahu kau buat apa, tapi malu oiii orang nengok. Segan tahu tak?
6. Suami
Kat sini bagi aku suami main peranan penting. Kalau bini tu jenis lupa diri kalau boleh nak tunjuk semua orang dia tengah menyusukan anak, kau nasihat lah bini kau. Cakap elok-elok. Bebel-bebel sikit. Air muka kau sendiri kena jaga jugak. Bila orang nengok bini kau buat gitu takkan kau tak ada rasa malu? Orang jadikan bini kau modal berimaginasi. Benda boleh settle. Kalau bini kau jenis bini abang fadhil pastu tak dengar cakap, kau kurung dia dalam rumah. Jangan bagi keluar.
Aku tahu apa aku cakap kat atas ni semua pun sedikit sebanyak sel-sel otak korang ni behubung membuat sedikit gambaran, untuk itu aku minta maaf. Kepada yang tersentuh ke terasa ke tercuit ke pun aku minta maaf. Semoga kita sama-sama ambil yang baik dan tinggalkan yang keruh. Kalau ada salah silap, tegurlah aku. Terima kasih.
– Akak Membebel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment