Assalammualaikum wrwb. This is my 2nd confession attempt (Terima kasih to admin for approving the first one). Jutaan terima kasih klau kali ni pun dapat approval.
Umat Islam ni boleh kata di mana-mana pun sekarang berdepan dengan krisis. Di Middle East, Balkan, China, Sudan, banyak lagi. Di Malaysia ni je Alhamdulillah kita masih boleh hidup aman – tu pun kita teruk dengan krisis moral dan aqidah. Dan lagi teruk bila seolah dah hilang sifat perikemanusiaan.
Yes, sifat perikemanusiaan sesama Muslim pula tu. Tak percaya? Pergi lihat ruangan komen dalam post berkenaan Rohingya. Orang Islam sendiri sokong supaya masyarakat Rohingya dibiarkan mati di sana. Alasannya – sebab di sini ramai Rohingya bermahajaralela. Isu Pasar Selayang, pengemis dibangkitkan sebagai justifikasi.
Ya, dalam mana-mana kaum ada “bad apple” – Kalau kita orang Islam taknak dianggap pengganas just because sebahagian kita jadi pengganas, dan kita Melayu taknak dianggap bangsa pemalas just because sebahagian kita pemalas…adil ke untuk kita generalize semua Rohingya – yang merupakan saudara seagama kita.
Pada mereka yang banyak sangat masa untuk membaca dan membalas komen di post tentang artis bercuti, artis bercinta, artis lempar gadget di muka isteri, artis kahwin di Siam….why not baca komen di post tentang Rohingya. Ya, tak dinafikan kaum Rohingya ni ada yang buat masalah di sini, tapi apa jenis orang Islam yang generalize seluruh kaum dan kemudian menganggap it is okay untuk kaum tu ditindas, dibunuh?
Entah la. Selagi ada antara kita yang malas membaca dan malas mengambil tahu isu-isu semasa…dicampur pula dengan sifat selfish yang nampaknya makin menebal sejak kebelakangan ni…mungkin pembunuhan wanita dan anak-anak kecil pun tak cukup untuk timbulkan simpati di hati yang telah gelap dengan maksiat, hiburan, kemewahan, hedonism dan duniawi.
Mungkin kena tunggu bila Tuhan takdirkan giliran kita pula untuk diancam dijajah ditindas, baru ada rasa kesedaran? Wallahu a’alam.
– Muhammad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment