Thanks admin kalau sudi siar confession ni.Aku cuma rasa terpanggil nak menulis and share pengalaman aku kerja dengan foreign worker..a.k.a pendatang asing..
Aku seorang perempuan berusia 20-an yang bekerja dengan satu kilang dekat utara.Tempat aku bekerja sekarang adalah tempat aku dapat kerja tetap pertama aku selepas beberapa bulan aku tanam anggur dengan jayanya hehe.Jadi sangat excited nak start kerja bila dapat tawaran, aku masih ingat first day aku kerja punya awal aku bangun pagi. Aku dapat tawaran kerja melalui panggilan telefon jadi hari pertama aku kerja adalah hari pertama aku tengok sendiri company aku. Dan kawasan kilang ni terpencil jadi kuarters pekerja asing memang area kilang aku.
Sampai dekat kilang…aku kena culture shock.Sebabnya aku adalah sebahagian dari populasi 5 persen perempuan yang kerja bahagian ofis dan 90 persen lagi adalah foreign workers.Masuk aje kawasan production berpuluh mata fokus dekat aku.Aku ni jenis manusia yang boleh dikatakan sepanjang hayat mostly berkawan dengan perempuan aje..bila masuk tempat kerja penuh lelaki dan ramai foreign worker macam patah semangat aku, tapi aku gagahkan jugak sebab susah sangat nak kerja zaman sekarang.
Oh ya bila aku cakap foreign worker bukan ala2 orang putih tu, maksudnya majoriti sini bangla,nepal ,myanmar.Aku mengaku typical mindset aku pada diorang ni waktu tu,foreign worker banyak datangkan masalah je.Gatal,bawak masalah jenayah,jadi memang aku jadi susah sangat nak tegur foreign worker ni.Senyum pun tak pandang apatah lagi.Bila fikir balik Nauzubillah berdosa sangat aku buruk sangka macam tu.
Anyway,macam aku ada mention,aku tergolong dalam populasi 5 persen wanita kat sini.Memang loner sangat,jadi awal2 tu aku make friend dengan kakak Indon.Buat kawan sembang.Lama aku jd kawan dia sebelum dia ajak pergi rumah dia yang macam rumah ala2 orang buat kontrak tu.
Bila aku pergi rumah dia..serius aku rasa aku patut banyak2 bersyukur sebab even taraf hidup kat Malaysia ni boleh tahan tinggi,tapi rumah aku ada air bersih.Ada elektrik.Ada proper tandas dan bilik air.Rumah tu dipisahkan dengan tirai kain sebagai partition atau bilik.Dengan bilik air yang (sorry) korek tanah sebagai lubang tandas.Aku insaf,betapa orang luar susah2 cari rezeki sanggup duduk berhimpit macam tu.
Selepas beberapa bulan baru aku start tegur foreign worker lelaki yang dah tahu cakap bahasa melayu sikit2.Aku dengar cerita macam mana dia harung laut nak sampai sini.Kemudian slowly aku start bercakap dengan semua foreign worker kat bahagian production tu.Kesimpulan aku tak adalah foreign worker ni macam typical mindset aku..in fact dari bab kerja aku impressed sebab lagi rajin dari anak tempatan.Dan diorang jugak manusia biasa..aku rasa bersalah sebab pernah sangka buruk dan terpengaruh dengan orang yang selalu pandang enteng dekat foreign worker ni. Aku rasa seronok dalam masa aku bekerja,kadang2 aku dapat sharing contohnya aku sebagai wanita muslimah bertudung tak boleh bebas kena sentuh and pegang.Sebab ada yang datang dari betul2 kampung dari negara dia orang yang tak pernah jumpa Muslim bertudung macam aku,apatah lagi aware dengan apa yang ditegah dalam pegangan agama aku.Even kalau dia orang ada buat makan besar ke,dia orang jemput geng office siap kata kami tak ada masak khinzir tak ada minum arak.Tapi aku tak makan la hehe cuma tunjuk muka meraikan aje if bukan perayaan berbentuk keagamaan.
Tapi still,aku masih jaga border aku dengan dia orang,sebab kalau terlalu baik pun tak boleh,takut salah tafsir.Impression pada foreign worker yang berubah,kalau dulu aku macam geli nak ada dekat dengan diorang,sekarang sometimes aku yang kena buli haha sebab aku belajar dari manager aku untuk tengok dia orang dari ihsan seorang manusia.Semoga Tuhan ampunkan jugak dosa sangka buruk aku,dan aku harap kalau confession aku tersiar,semoga dapat iktibar jugak pada orang lain yang punya mindset sama yang pernah aku ada.Untuk pandang mereka sebagai makhluk Tuhan yang sama mencari rezeki kat tempat orang di bumi yang sama.Untuk kita ambil pengajaran apa perasaan kita kalau orang dari negara yang lebih superior dari kita,pandang kita macam pendatang juga.
-Icha-
– Icha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment