Assalamualaikum dan hai..
Nama aku Didi (nickname sosial media). Aku nak kongsi sedikit kisah aku sepanjang bergelar anak perantau kat bumi utara ini. Aku berasal dari selatan tanah air (tolong jangan kecam aku eh, hehe). Aku merupakan pelajar tahun akhir di sebuah IPT di utara. Kiranya dah masuk 2 tahun menjadi perantau kat sini. Sebelum masuk ke IPT ni, aku memang tak pernah berjauhan dengan keluarga sebab aku bersekolah sehingga tingkatan 6 sebelum ditawarkan untuk sambung belajar di bumi utara ini. Masa mula-mula nak terima tawaran ni, macam-macam dugaan aku dapat. Tapi dipendekkan cerita, aku terima tawaran ni 2 minggu sebelum tarikh daftar masuk pelajar baru. Fuhh.. Dia punya kalut tu tak payah cerita laa. Hahaha.
Masa awal semester 1 dulu, aku kira senang laa nak berkawan. Senang nak mencari & buat kawan baru sebab selalunya aku yang akan mulakan perbualan dulu. Hahaha. Nak buat macam mana, tu je laa cara aku nak hilangkan “homesick” kat keluarga. Dalam berkawan tu, aku kira agak rapat jugak laa dengan geng lelaki yang ambil jurusan sama dengan aku. Bukan apa, masa tu tak berapa kenal sangat geng perempuan. Semua jenis baik-baik semacam je. Aku ni pula nakal sikit. Bab mengusik tu nombor 1. Hahaha. Dari sini aku laa belajar macam-macam benda baru. Tempat-tempat makan best, kedai barang murah, dengan tempat lepak best.
Masuk semester 2 pulak, awal-awal semester lagi dah dapat berita kena tukar bilik dan blok hadapan. Sebelum ni, aku duduk dekat blok belakang, dekat dengan cafe, tapi jauh laa nak ke “bus stop”. Maka dengan gagah perkasanya, aku pun angkut laa segala benda kotak, beg barang aku dari blok belakang ke blok depan seorang diri. Masa semester 1 tu, bilik aku aras 2, stor pulak kat aras 3. Jenuh jugak laa nak ulang alik turun naik nak angkut barang. Bermula semester 2 hingga kini, aku duduk aras 3. Kau bayangkan laa daripada blok belakang, stor aras 3, turun bawah, lepas tu angkut barang tu semua pergi blok depan, naik pulak tingkat 3. Serius weh masa tu tak kuat emosi. Nak menangis pun ada. Orang lain semua ada orang tolong angkatkan, naik kereta bagai semua. Aku angkat semua guna kudrat sendiri. Kawan semua sibuk kemas barang sendiri. Tapi aku sempat je tolong diaorang kemas, angkut barang diaorang. Hahaha. Takpelaa, “sado” sikit tangan banyak buat kerja.
Naik semester 3 dengan 4 tak banyak sangat aku nak cerita, tapi biar aku ringkaskan jelaa eh ceritanya? Dalam 2 semester ni, aku banyak belajar kenal perangai kawan-kawan aku. Yang jenis mempergunakan, yang jenis kaki gossip, kaki jalan, kaki lepak, kaki habuk pun tak ada. Hahaha. Macam jenis-jenis perangai. Tapi jenis aku ni, aku berkawan je dengan semua selagi tak bawak ke jalan-jalan yang tak elok. Lagi satu, aku ni pulak bukan jenis kaki wayang. Sepanjang umur hidup aku, baru 3 kali aku pergi wayang weh. Hahaha. Ni pun sebab aku rasa serba salah pulak kawan-kawan aku dah ajak jauh-jauh, tapi aku seorang je tak masuk. Mengucap panjang weh rasa bersalah bila masuk pawagam tu sebab sepanjang aku duduk bawah jagaan mak ayah aku, mana laa pernah aku pergi wayang. Setakat pergi mall, jalan-jalan cari makan je. Hahaha. Tapi bila aku dah masuk sekali pawagam tu, okay laa “not bad” sebab aku suka tengok orang-orang sekeliling aku gembira walaupun aku kurang gembira sebab diaorang tak nak bagi aku tengok cerita yang aku minat. Ciss. Hahaha.
Sekarang pulak dah masuk semester 5, aku pun dah mula sibuk nak urus pasal “final year project” (FYP). Semester depan pulak mungkin semester terakhir aku sebelum masuk “mood praktikal”. Berbaki lagi 3 bulan je. Teringat perbualan dengan seorang kawan baik aku kat sini, “Weh, naik cuti midsem nanti kita ada lagi 3 bulan je sebelum masuk semester 6, lepas tu praktikal, lepas tu masing-masing balik negeri masing-masing. Kalau jumpa lagi pun, masa konvo nanti. Panjang umur jumpa lagi bila nak tunang, kahwin. Masa masing-masing dah kerja dah susah nak jumpa macam sekarang”. Sedih tu memang tak dinafikan laa sebab belajar ni satu proses nak mematangkan kita sebelum masuk alam pekerjaan.
Tapi serius weh, tak dinafikan aku dah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan tempat ni. Jatuh cinta dengan orang-orangnya, budayanya walaupun gaya bahasa orang sini nampak macam kasar, tapi bagi aku itu cara diaorang nak kekalkan budaya sendiri. Makanan kat sini pun semua best-best sebab sempadan dengan Thailand dan negeri 3 P serangkai. Aku rancang nak buat praktikal kat sini, tapi tu semua bergantung pada keluarga aku. Doakan aku yang baik-baik eh korang yang baca post ni, semoga aku dapat habiskan pengajian aku yang berbaki lagi setahun setengah ni, dapat sambung praktikal kat negeri bertuah ni, dan dapat jodoh kat negeri ni jugak. (eh.. eh.. hahaha tak berharap pun sebenarnya sebab tujuan utama aku nak belajar, cari pengalaman baru) soal jodoh ni aku serah semuanya kat Allah sebab bukan tak ada yang sangkut, tapi semuanya jenis memilih. Perempuan sekarang pun ramai yang cantik-cantik, sampai tergugat jugak aku sebab aku ni biasa-biasa je tak ada pun bergaya, bermake-up bagai. Hahaha. Cukup calit bedak, lipstik je.
Nasihat aku, bagi yang berpeluang nak sambung belajar atau tengah belajar tu, carilah pengalaman hidup tu sebanyak mungkin. Tak kisah laa pahit ke manis, itu semua proses belajar. Proses nak mematangkan kita sebab nanti nak dekat tahun akhir, bila kau “throwback” balik, mesti boleh gelak, menangis seorang diri. Hahaha.
Okay, rasanya itu je kut untuk perkongsian aku yang tak seberapa. Semoga yang baik-baik untuk kalian semua, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah (bolehlaa belanja aku yang masih belajar lagi ni, hehehe) dan mendapat keberkatan hidup. ;) Maaf kalau ada ayat aku yang salah ke, atau kalian kurang faham. Aku tak reti sangat nak mengarang ayat berpuitis. Hehehe. Bye. Assalamualaikum~
– Didi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment