Monday, 5 February 2018

Kesan Pada Keluarga Yang Tidak Terlihat Oleh Orang Ketiga,

PengakuanKu

Assalamualaikum semua, Aku refer diri aku Cik Bunga ya. Aku harap pengalaman dan cerita aku ini boleh menjadi iktabar pada semua. Ambil yang positif. Yang negatif itu datang dari diri aku sendiri.

Aku cuma keluarga biasa. Punya ibu bapa dan 5 beradik. Aku anak kedua. Abang dan adik bawah aku dah kahwin. Ada anak dan keluarga masing-masing dah. Cerita bermula dari bapak aku nikah lagi seorang. Umur 60 tahun dan dah punya cucu pun. Di situ lar segala-galanya berubah.

Mak aku? Hari-hari berendam air mata. Aku je lar insan yang mendengar semua nya sebab abang dan adik aku dah tak duduk sebumbung. Semua duduk luar sendiri dengan keluarga sendiri. Aku sampai sekarang tak boleh percaya bapak sanggup buat macam tu pada mak, pada kami semua. Angan-angan mak untuk impikan menjalani hari tua dengan bapak sampai ke hujung nyawa hancur macam tu je gara-gara orang ketiga. Mak dan bapak pula orang surau. Jadi AJK surau lagi tu. Solat berjemaah kat surau tak pernah tinggal. Tak pernah tinggal tazkirah dekat surau.

Aku cuma syak dia kenal dengan janda tu melalui reunion. Sebab mak kenal janda tu. Kawan bapak masa universiti dulu. Bapak dah banyak berubah. Sekarang nie tazkirah pun dah tak pergi dah, 10 minit azan dah berkumandang, baru tergopoh-gopoh ambil wudhuk. Mengaji tak pernah tinggal. Bapak nikah pun diam2. Tapi sixth sense seorang isteri ni kuat. Buat kaum lelaki, tak usah tipu bini hangpa. Kalau tak tunjuk depan mata, Allah beri petunjuk melalui mimpi. Itu yang mak aku dapat. Bapak asyik spend time dengan phone sampai 1 2 pagi. Password phone pun dah tukar,

Kami anak-anak? Sangat-sangat lar terkesan. Cuma ktrg decide tak nak bagitahu lagi pada 2 orang adik bawah yang masih lagi belajar. Takut terjejas study diaorang. We are deeply disappointed bapak nikah lain. Alasan bapak, dia nak bimbing perempuan tu. Aku memang tak boleh blah orang guna kan agama untuk alasan2 macam ni. Perempuan tu pun sama umur dengan bapak. Kubur dah panggil mari. Nak dibimbing apa lagi dari suami orang? Pergi lar cari sendiri ilmu agama yang bersepah di masjid berdekatan rumah anda.

Mak lagi kecewa. Sebab selama ni, mak banyak support bapak. Semua yang ada di rumah ni pun dibeli guna duit mak. Duit belanja pun tak diberi. Cuma kalau mak minta untuk beli barang-barang dapur, baru lar bagi, Tapi mana pernah cukup. Barang-barang mahal sekarang. Kadang mak top up sendiri pun tak pernah minta bapak bayar balik. Bapak buat business sendiri. Mak belikan bapak kereta mewah supaya client yakin nak berbisnes dengan bapak. Kereta itu lar yang bapak bawa janda tu ke hulu ke hilir. Sekolah anak-anak, selama ni mak yang bayar. Kereta anak-anak, selama ni mak juga yang bayar. Nama bapak dalam senarai AKPK. Makna nya bapak dah memang tak boleh ambil loan lagi. Semua loan atas nama mak. Bapak tak bayar, bank kejar mak. Mak kerja bagai nak rak sampai mak betul-betul jatuh sakit and minor stroke sebab stress sangat.

Kami? Dah tak boleh duduk semeja makan dengan bapak. Dah tak boleh bergurau senda and have adult discussion dengan bapak. Bapak kata kami anak-anak tak tahu bersyukur. Dia penat lelah mencari duit besar kan anak-anak. Bapak berkira dengan kami segala yang bapak beri. Bapak ungkit dia bayar untuk wedding abang dan adik. Bapak ungkit dia bayar downpayment kereta aku. Bapak ungkit dia cakap dia cuma ada RM10 je dalam poket hanya untuk besar kan anak2. Bapak ungkit dia kena bayar bil api air yang tinggi. Bapak ungkit kami pi bercuti dengan kawan2 guna duit elaun yang dia bagi setiap bulan. Bapak ungkit yang kami ni cari dia bila dah tak ada duit.

Aku ni rasa macam segala yang bapak bagi pada kami jadi tak halal dah. Segala duit dan makanan yang disuap oleh bapak, dah jadi tak halal. Mak aku depressed. Mak aku rasa segala pengorbanan yang dia buat untuk suami dan anak-anak tak dihargai. Kanser mak datang kembali. And soon after, she passed away. Tapi mak sempat tukar segala harta yang dia ada, simpan pada EPF dan waris kan kami adik-beradik. Dengan amanat, pandai-pandai kami lar untuk bahagi kan sama rata antara 5 beradik. Mak cuma nak make sure satu sen pun tak kan jatuh pada tangan janda tu.

Aku? Dah bapak aku ungkit semua, aku simpan duit sendiri untuk nikah. Aku buat kecil-kecilan je setakat yang aku mampu. Jemputan 150 orang. Buat di masjid je. Tak de lar bapak nak ungkit lagi kan kalau wedding aku pun dia kena keluar duit. Tapi bapak tetap wali aku. Majlis pernikahan aku adalah antara yang paling sedih dalam sejarah hidup aku. Bagi pasangan lain, ia adalah moment paling bahagia. Tapi bagi aku, aku sedih mak tak ada di sisi. Preparation semua, makcik-makcik aku banyak bantu. Maklum lar, nak urus majlis sendri tanpa bantuan mak, mana lar aku reti.

Aku sebak habis sepanjang majlis nikah terkenangkan mak. Mak tak dapat tengok anak perempuan dia nikah. Lepas habis akad, bapak orang pertama yang aku salam. Aku dah nangis dah masa tu, Tak boleh tahan lagi air mata. Aku cakap “Bapak, sampai di sini saja tanggungan bapak pada kakak. Halal kan makan minum kakak selama 30 tahun ni. Ampun kan segala dosa kakak. I wish u all the happiness in the world”. Sambil berpelukan macam tu, bapak cuma mampu cakap I’m sorry. Dah sedara-sedara lain pun menangis sama tengok drama kami. Aku sampai sekarang tak ada simpanan sangat pun. Bayar balik pada bapak lagi, Bayar persekolahan adik aku yang 2 orang tu lagi. Harap kan suami je yang menyimpan duit.

Sampai ke akhir hayat mak masih mengharap bapak akan tinggalkan janda tu dan kembali semula pada kami. Mak masih sayangkan bapak. Ni kalau kawan aku, aku dah suruh kawan aku tinggalkan laki dia. Aku dah menyumpah2 laki dia. Tapi ini mak aku. Tak kan aku nak menyumpah bapak sendiri, Dosa besar tu.

Kepada bapak, I really wish you could find all the happiness in the world. Semoga mak menanti bapak di syurga nanti sebagai ketua bidadari bapak.

Kepada abang dan adik2 lelaki aku, sebelum korang terfikir nak ada affair, ingat lar balik pada mak. Jadi kan pengajaran. Apa yang berlaku dalam family kita, jangan diulang lagi.

Kepada adik perempuan aku, jangan lar dikau memilih suami orang sebagai pasangan hidup. Bersepah lagi lelaki bujang atau duda kat Malaysia ni. Kau nak cari luar Malaysia pun aku restu. Semoga kau pulang dari Mesir sebagai tahfizah. Semoga kau boleh tarik mak dan bapak ke syurga bersama kerana kakak kau ni masih lagi banyak dosa yang tak terhapus.

Kepada orang ketiga di luar sana, dengar lah dan baca lah isi hati ini. Semoga mata anda terbuka dan waras dalam membuat keputusan. Jangan kerana ingin mengecapi bahagi sendiri, kebahagiaan orang lain kau sanggup hancur kan, Bukan seorang tetapi 6 orang sekaligus.

Dengan air mata, aku tutup confession aku, Assalamualaikum semua.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.