Assalamualaikum, terima kasih pada admin atas kesudian approve cerita ni.
Sebelum saya mula, saya tak tahu nak letak tajuk apa. Sebab company ni all in 1. Sangat teruk yang pernah saya bekerja. Saya mencari kerja area rumah saya dah 4 bulan menggangur tapi tempoh 4 bulan tu saya isi masa menjadi online seller. Saya dapat tahu, ada kedai kek dekat kawasan rumah saya memerlukan marketing advisor. Tak fikir panjang and selidik terlebih dahulu terus saya apply. Dengan berbekalkan ilmu masa study dahulu dan sedikit pengalaman bekerja .Saya ada basic dan pengatahuan dalam menggunakan psd, ai, sop,kpi. Alhamdulillah. Saya di terima kerja selepas di interview. Masa first time datang interview. Saya tengok kedai kek ni sangat sendu dan terperok. Pekerjanya ada dua orang sahaja. Sorang di dapur dan seorang lagi di hadapan mengahadab laptop. Fikiran time tu positive jea. Niat dan tujuan nak kumpul modal untuk business saya dan bayar pt. So, duit business tak bercampur boleh saving.Gaji saya mintak 1k jea. Sebab saya ada running business kecil kecilan dan atas sebab kedai kek ni biasa dan terperok. Jalan kaki ke rumah pun dalam 8 minit. Transport semua ada. Senang. Itu jea saya pkir.
First day bekerja. Saya datang sangat awal. Terpaksa tunggu mereka bukak kedai lambat 5 minit dari waktunya. Bila saya masuk kedai. Kek yang dipamerkan sangat sikit dan tak tersusun. Tunggu bos untuk brief and task kerja sangat lambat. Hampir 11pagi baru sampai ke kedai. Sepanjang masa tunggu, saya banyak berbual dengan staff buat kek. Mereka banyak bercerita dan berkongsi pengalaman bekerja di situ. Ada nada negative di situ.
First day kerja saya guna personal fb untuk marketkan kedai kek ni di group2. Hasilnya ramai kenalan dan rakan datang. Tapi kebanyakkan mereka hanya walk in dah jenguk sebab tkde banyak pilihan kek.
Setelah brief and diberi task oleh bos. Saya time tu dah nampak cara, dan negative yang diberikan. Laptop tak disediakn. Bila saya tnya laptop dia rosak. Nanti dia baiki. Kemudian dia beri saya hp yang dah rosak. Button suara tkde dan batterynya rosak cepat habis. 2,3 minit kena sentiasa repeat charge. Bos jarang di kedai. Saya banyak bertanya staff dapur masa tu ada 2 orang. Saya explore sendiri tentang kedai,dan banyak buat research. kek yang dijual. Sangat berbeza kpi dengan company lama saya. Yang jauh lebih efficient. Offer letter pun tak diberi. Black and white tkde. Hanya bercakap dengan mulut.
Hari demi hari genap 4 hari bekerja. Apa yang saya nampak kerja bahagia production sangat padat dan banyak sampai saya kena turun padang untuk settle kan.Padahal kerja saya sendiri pun padat. Tapi nak buat macamana. Saya takbole biarkan diorg buat nanti saya punya plan pun tak menepati target.Sampai kerja mop, melayan cust walk in semua saya buat.Saya tolong. Satu, satu saya dengar cerita dari orang luar dan staff dapur tetang kedai ni. Dia cakap pekerja sebelum ni di bahagian saya baru seminggu kerja dah berhenti. Pekerja sebelum sebelum ini pun ramai yang dah berhenti secara mengejut.Sebab tak tahan dengan sikap bos dan puan ibunya. Mereka sendiri pun banyak mengeluh dan mengadu. Banyak hal yang tak baik saya dengar. Dan cara, dia melayan pekerja pun sangat tak professional. Suka ikut emosi. Tak hormat pekerja. Dia expect pekerja dah tahu 100% apa yang perlu dilakukan tanpa perlu sibuk bertanya. Saya check sales bulan lepas semua tak lepas dari Rm300 sehari. Product pun tak banyak. Dan sangat kedekut dalam memberi. Kek yang tak berapa elok pun tetap nak jual. Design dan corak tak menarik. Bila saya suggest design. Bos boleh ckp sini s* bukan kl. Kenapa berfikiran cetek. Sedangkan saingan lain ada antaranya saya kenal mereka punya kek sangat cantik dan affordable. Bos pernah bercerita kat kami. Dia maki pesaing dia kerana kill market dan block pesaing dia. Dia boleh marah. Tengking kami ‘aku dahla takde mood ni’ saya terkejut. Duit sales selalu diorg anak berank keluarkan tiap hari. Saya tak tahu macamana diorg running business.
Esoknya dia bergaduh dengan mak dia yang bekerja sekali sebagai acc. Oh lupa nak bagitau, diorg ni sewa rumah sebelah rumah saya. Baru jea sewa. Saya pun mula2 tak perasan. Bila tengok alamat baru tahu berjiran rupanya. Bajet macam kayaa. Tapi sewa rupanya. Mana tak nya saya ingat kata2 berlagak dia tu. Allah jea yang tahu betapa tak ada adab bercakap dan adab dengan orang tua. Nama lagi berjiran mak saya sendiri pernah dengar diorg bergaduh. Dekat kedai pun bertekak. Ingat kami tak nampak dan tak tau. Lepastu hal personal habis kami pekerja ni kena. Nak bertanya itu ini, nak buat kerja pun tertangguh. Bayangkan saya baru lagi kerja. Banyak benda saya nak kena belajar dan tau. Takkan nak memadai bab harga semua. Kalau ada cust yang wassap dia , dia akn past kan dekat saya atas alasan itu kawan dan kenalan dia taknak bagi discount. ‘saya takkan reply dan layan cust apa apa saya akan past kat pekerja jea’ Amboii. Boss saya dulu dan founder yang friend dgn saya kt fb yang business lagi maju pun tak sombong melangit macamni. Personal fb diorg sendiri penuh dengan benda positive, branding diri dan product. Tapi fb dia terbalik. Zero.
Mak dan anak sama jea perangai. Kecian dekat adik eimi yang baru bekerja seminggu diberhentikan atas alasan tak mencapai apa yang diorg nak. Sebab adik tu cakap akan dapat tawaran spa yang belum tentu dapat. Tapi diorg amik kesempatan berhenti kan adik eimi ni yang naik bas ulang alik jauh tau. Dia orang asli kecian dia. Boleh dia cakap dekat eimi sepatutnya dia tkdapat gaji pun. Ni sebab kecian. Allah..
Akak bahagian production pun dapat gaji lambat. Gaji dia 7 ratus lebih jea! Bayangkan. Dia nak bayar kereta semua mana cukup 7 ratus lebih jea. Dan ikut undang undang mana boleh bagi gaji bawah 1k/9 ratus dah kan? Boleh dikenakan tindakan. Dah langgar peraturan undang2. Tapi. Akak tu tkde choice sebab dia pun baru beli kereta. Saya time tu sangat terkejut dengan apa yang jadi.
Makin menjadi. Saya dengar kedai ni dah lama bukak dari 2013 berpindah randah jea. Ada lah tu problem. Dan ikut logic kalau betul kedai ni bagus sangat dan kukuh sepatutnya dia dah ada pekerja yang tetap lagi2 bahagian production. Akak yang ni pun baru sebulan kerja. Dia cerita masa dia datang iv dulu kedai suram tkde orang tkde pekerja. Bos(anak) dia jea ada. Nampak tak kat situ kukuh diorg macamana. Cakap dengan kami punya berlagak mendabik dada. Allahuakhbar.
Bila saya nampak sendiri jumlah duit yang diorg bagi kat akak tu. Saya terfikir dapat ke gaji 1k kalau macamni gayanya? Situasi saya masa tu rasa diorg ni tak adil sangat. Bila saya teringat kerja lama saya. Saya tk pernah arah sana sini, buat kerja orang sedangkan masa tu saya tengah buat kerja saya. Perkataan tolong tu susah nak jumpa kat sini. Malah dia tukar menjadi arahan. Kena tlg mop,sapu, layan cust ,kerja itu ini. Saya ni jenis lurus. Orang suruh saya buat. Tapi makin lama, saya rasa macam kena anyai jugak. Push saya buat sales, push saya cari agent/vendor biskut raya lah apalah. Saya ingat lagi. Dia punya marah cakap saya buat kerja lambat. Kemudahan laptop, hp pun tak diberi. Hp pun line internet tak ada. Saya nak buat fb ‘live pun guna data internet sendiri. Sebab saya tau itu tugas saya buat kerja. Tak pernah pun berkira. Tp, bila dia berkira dgn saya memang takla. Kalau cust walk in siapa yang ada kat depan? office mana ada ya. Saya ni duk cerok kat kaunter tu ha buat kerja. Tkde aircond sepanjang saya kerja tak pernah bukak aircond dia punya remote pun tkde dah simpan. Bergatung dgn kipas yang ya Allah berpeluj duduk dalam tu. Kalau saya tolong mereka di dapur dia tutup kipas nak jimat. Saya lah akan layan cust walk in. Dari A – Z cust tu beli. Susun kotak kek ke, apa2 hal ke kerja saya dah jadi dibanyakkan bukan seperti yang dikabar indah masa iv dulu.
Dia cakap ‘saya pun sendiri dapat 3 orang vendor biskut raya’ senang jea. Padahal saya dah bagitau saya dapat lebih dari 10 tapi dia sendiri suruh saya cancel dengan vendor tu alasan nak harga murah! Bila saya tanya yang bos dapat ni berapa diorg jual. Dia boleh jawab oh saya tak tahu lagi harga nanti lah diorg bagi sample dulu. Hahaha. Dia suruh orang padahal dia sendiri tak dapat buat. Masa bercakap dia tak bagi langsung saya potong dan explain malah di hentak2 meja.
Genap 2 minggu saya kerja stilk tak dapat laptop. Saya bawak sendiri laptop. Itu pun mak dia suruh saya tutup kalau tak guna. Buang electric katanya. Hp pun saya dah banyak kali mintak tukar battery kalau tak mampu beli fon baru. Camera fon pun saya guna hp sendiri. Nak tangkap nak post kebanyakkan fon sendiri. Kalau saya mengharapkan dengan hp yang di bagi tak siap kerja saya. Tiap masa nak kena charge. Kerja saya bukan duduk jea. Kejap karang buat live, buat video ads, tngkp pict cake. Dah battery jenis 2,3 minit habis lepastu cepat panas macamana nak buat kerja? Saya siap mintak dia power bank senang tapi seen jea. Nak jumpa mmg susah dgn bergaduh dgn mak dia tak balik rumah pergi kl. 4 hari.
Genap 2 minggu saya kerja. Hari itulah saya berhenti atas sebab dia panggil saya naik atas ke office mak dia yang tak macam office. Dia marah saya tak capai target sales Rm500 sehari. Ya sehari! Tapi tak logic nya product dia sendiri tak cecah boleh dapat Rm500 sehari. Yang buat saya marah. Dia cakap diorang tak akan dapat bagi gaji kalau sales macamni. Ikutkan tak dapat apa kalau macamni. Keep cakap saya nak result. Result dia ialah sales. Macamana nak bayar gaji sales macamni. Bila saya tunjuk kat diorg sendiri sales sebelum saya kerja bulan1,2,3,4 tak pernah capai dalam sehari Rm500. Macamana diorg expect saya boleh buat macamtu? Sangat rude bagi saya bila dia cakap saya takkan dapat gaji kalau macamni. Dikrang siap cakap kalau continue macmni kesian dekat company. Boleh pilih nak berhenti atau continue. Of course saya pilih berhenti. Saya dah cukup sabar dengan diorg ni memang saya cakap jea.
Selamni cctv kat sini tak berfungsi ke sampai tak nampak apa yang kami buat. Diorg tetap cakap berdasarakn sales itu jea results. Dia tak kisah saya kerja macamana. Teruk macamana yang diorg nak tengok sales. Dan saya dah get ready masa nak masuk bilik diorg. Sempat record apa yang diorg cakap. Diorang cakap akan bagi gaji bulan depan which mean bulan 5. Dalam 7hb. Itu oun dia cakapa ikutkan tak dapat pun gaji. Allah. Kejam betul orang macamni. Melayu sama melayu. Kerja cina saya dulu first month kerja diorg guide nak buat sales, mana tak tau saya tanya ringan jea mulut diorg nak terangkan. Gaji tetap dapat basic lagi mahal dari gaji kerja kt kedai kek ni . Tetap jugak basic dapat. Sales di kira komisen. product kerja cina saya dulu bagus, berquality, banyak of course boleh buat sales. Tapi kedai ni suka hati ikut sales diorg tanpa pikir undang undang. Quality tak bagus. Paling teruk management teruk.
-Cik N
– Cik N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment