Assalamualaikum.
Hai semua. Nama aku Ann (bukan nama sebenar). Aku nak share la beberapa pengalaman pahit sepanjang temporary career aku sbg ‘bridesmaid’. Lol
Aku saja nak share sebab aku tahu, nescaya ada antara korang semua yg ada pengalaman sebegini kan? Kemon gais, aku boleh baca fikiran korang tu. Hewhew
1 – Majlis Tunang
Actually aku nak cerita pasal 2 kejadian. First, masa majlis tunang. Gais, aku sgt menghargai kawan2 aku. Sebab bagi aku, kawan2 ni antara org terdekat selain family, bf/gf utk kau mintak tolong incase kalo ada hal2 emergency ke apa kan. So mula2 kawan aku si Jamilah (bukan nama sebenar) jemput aku ke majlis pertunangan beliau. Aku bercadang nak dtg masa hari kejadian je (hari Sabtu), tapi memandangkan dia bersungguh minta aku dtg hari jumaat utk membantu beliau mengemas itu dan ini, maka aku sebulat suara bersetuju dgn cadangan beliau dan lantas aku mengisi borang Cuti Tahunan syarikat. Dgn pantas, bos aku pun approve cuti tersebut dan aku pun berhuhu.
Bila sampai di rumah beliau pada hari Jumaat tu, everything seems normal. Wuuu. Sampai sana dah ptg, aku pun berehat2 dulu setelah di suruh oleh Jamilah sebab dah kepenatan 2 jam lebih dalam kereta. Lagipun malam nak pakai tenaga byk, nak mengemas kan. So relax dulu. Masa aku sampai ptg tu, aku tak jumpa lagi ibu dia sebab katanya ibu dia berehat dalam bilik. Jadi malam tu, baru aku jumpa ibu dia. Masa aku nak bersalaman dgn tegur ibu dia ni, masa tu ibu dia ada kt dapur tgh cuci pinggan. Tapi gaissss, wajah ibu dia masam mencuka. Aku dah cuak dah, apehal ibu dia ni kan. Tapi aku gagahkan hasrat aku, yela mcm tak sedap kan dtg rumah org tapi tak bersalaman dgn tuan rumah. Waktu nak salam tu, aku pun tegur la “Makcik, sihat?” sambil tersenyum. Dia pun berpaling kt aku, nasib baik dia pun senyum. Huhu dia pun jawab la “Ehh sihat je, mintak maaf la dtg rumah Aunty time rumah bersepah, ingatkan bila dah tua ni bolehlah duduk rehat2, ni kita jugak kena buat”. Aku pun telan air liur, gulpppp. Makcik ni cakap pasal sapa ya. Aku ke? Tapi aku berfikiran positif, mungkin dia nak sindir anak2 dia yg tak rajin nak mengemas. Ok2 relax. Aku pun balas la, “Oh takpe makcik, nanti kita kemas sama2 ya lepas makan”.
Ok malam tu lepas makan, kami pun kemas2 rumah. Jiran2 pun dtg bungkus2 goodies. Aku tolong Jamilah kemas bilik utk letak barang hantaran. Dekat pukul 2 pagi jugak aku rasa baru setel mengemas dan decorate bilik tu. Majlis hari Sabtu tu pun semuanya berjalan lancar. Aku tidur kt rumah dia sampai Ahad.
Tiba lah hari Ahad, aku pun nak balik dah. Masa aku nak balik tu, mak dia tanya aku, “Ann ada nak bawak apa2 tak? Ambillah apa2 kt dapur tu, nak bawak kek batik ke apa2 ke. Kerepek nak? Kerepek family tunang Jamilah bawak semalam. Ambillah kt dapur tu. Pilih je nak yg mana KECUALI yg kerepek pisang tu, ayah Jamilah suka”. Gulp. KECUALI? Kenapa kena ada kecuali? Ikhlas ke nak bagi ni, siap ada bersyarat bagai. Aku dah berat hati nak ambil. Macam aku ni menyusahkan org pulak. Tapi dek nak menjaga hati Jamilah, aku pun ambil lah kerepek 2 bungkus. Kerepek apa entah aku pun dah tak ingat. Aku rasa Jamilah tak dgr masa ibu dia ckp mcm ni sebab masa tu dia dah ke dapur. Rasa sebak plak aku time ibu dia ckp mcm tu. Huhu bukan sebab tak dapat ambil kerepek pisang tu, even kerepek tu favourite aku. Tapi, pemberian tu seakan tak ikhlas. Lagipun kerepek pisang tu bukan tak boleh beli lagi kt kedai. Ke kt kedai takde dah jual kerepek pisang? Limited edition ke kerepek pisang tu? Ke aku yg overthinking? Hmmm
2 – Majlis Pernikahan & Resepsi
Ok time ni sebenarnya aku malas nak memenuhi permintaan beliau utk jadi bridesmaid. Since kejadian2 di majlis pertunangan beliau yg masih menghantui hidup aku, haha mcm seram plak, tapi secara seriusnya aku dapat rasa sejarah mungkin berulang. Tapi memandangkan aku dah berkawan dgn dia dah lama, kira kawan kolej, tak sampai hati nak menolak sebab yela hari bahagia beliau kan, lepas tu aku pun nak jumpa balik kawan2 aku yg dah lama sgt tak jumpa. Mcm mini reunion pun ada jugak, maka aku pun cekalkan hati utk menerima permintaan tersebut. So ada lebih kurang 6 org la bridesmaid terdiri daripada geng2 mafia ktorg masa kolej haha. Majlis hari Sabtu, so masing2 sepakat nak ambil cuti Jumaat tu. Sebab semua jauh2, dari Utara, Selatan, KL.
Seronok bukan sebab nak jadi bridesmaid, seronok sebab dapat kumpul balik dgn geng2 melepak ktorg dulu. Excited uolls! So plan dan plan, akhirnya sampai ke hari yg dinantikan. Hari Jumaat tu takde apa sgt la. Tolong packing2 goodies, byk tu x byk sgt, sikit pun tak sikit sgt, boleh tahan la. Lepas maghrib tu ktorg iron baju masing2, yela taknak kelam kabut esok pagi kan. Tup2 tgh iron, kakak dia masuk, dia ckp “Malam ni semua iron baju siap2 eh. Taknak esok kelam kabut nak iron pulak, sebab nanti ktorg kt bawah nak iron pulak”. Semua krik krik krik, ktorg pinjam sekejap je. Memang nak iron semua pun, ktorg ni besar dah, tahu dah apa nak buat. Ok next, sesi berinai. After setel berinai, ada lah tolong kemas2 sikit rumah dia sebab ibu dia mintak tolong. Dekat pukul 2 pagi jugak tidur, aku dah noneng dah. Esok pulak nak bgn pagi sebab dia nikah pagi pukul 8.30 mcm tu. So aku bajet nak bgn pukul 5.30, aku malas berebut bilik air. Jadi takpe lah aku bgn awal sikit. Lepastu pagi tu pukul 6 lebih ibu dia panggil aku turun, aku masa tu tgh bersiap, tolong cuci sikit tupperware2 utk ambil lauk dgn bungkus buah pelam sikit utk sedara mara. Lepas setel, aku naik blk sambung bersiap. Pukul 7 lebih pagi aku turun bawah dah. Sarapan dulu with the geng.
Serius masa hari kejadian memang penat, ktorg pun tak sedap nak duduk2 je, semua memang tolong sehabis baik. Tolong parents dia refill goodies yg dah habis dalam bakul utk tetamu dtg. Goodies tu laju sgt habis, berulang alik ktorg dari dalam rumah ke luar. Nasib sebelum majlis start ktorg makan dulu, kalau tak memang tak sempat. Sampai lah majlis dah pukul 3 lebih ptg, tetamu pun dah tak ramai. Maka pengantin pun berhasrat utk cepatkan photoshoot memandangkan ada antara ktorg yg nak kejar timing bas. Dah beli tiket. Means ktorg terus balik after photoshoot tu. Kemas2 brg ktorg, tup2 tak sempat makan since ibu dia suruh makan dulu before balik. So ktorg pun cepat2 kemas lepastu salam2 semua. Mana yg bawak hadiah tu dah pass dah dekat pengantin.
Lepastu ktorg tgk, takde apa pun nak dibawakan utk ktorg. Well gais, ktorg bukan desperate sgt nak goodies ke apa kan, tapi the way pengantin appreciate kami ni mcm entahla weh. Aku pun takde words nak describe kekecewaan tu. Bukan nak kata tak ikhlas. Tapi tetamu dtg pun dpt goodies, sedara mara pun dpt siap bungkuskan makanan. Sampai kt kami, eh? Takde? Pengantin offer suruh ambil coklat yg dorang bagi utk tetamu. Tapi tu pun sampai ada sorang ni tanya, ktorg nak kena ambil berapa. Adehh. Ahli keluarga lain pun takde sorang tanya, korang dah bawak goodies ke bawak tu ke bawak ni ke. Goodies tu banyak lagi kt dalam rumah, cukup sgt utk kami yg hanya berenam. Bunga telur pun banyak lagi, berlambak. Seharian ktorg penat, bukan berkira bukan tak ikhlas, tapi korang paham tak? Bila korang tolong someone berhempas pulas, at the end, dorang tak appreciate pun pertolongan tu. Wuwuwu
Ok lepas tu move on to photoshoot session. Masing2 muka dah lemau weh, sama dgn aku. Ktorg habiskan sesi ktorg dulu, since ada yg request nak balik dah. Bila dah habis tu, salam2 pengantin, yg si Jamilah je say thanks apa bagai, si lelaki? Aku takde la pulak dgr ucapan bait2 thanks ke terima kasih ke congratulations ke. Tapi kata ada yg dgr dia ckp thanks tapi slow. Ala susah sgt ke nak ckp “terima kasih ya semua”?. Atleast terubat sikit kekecewaan tadi tu kan. Tapi harapan tinggal harapan. Bila dah balik, upload gambar dekat IG, mention jugak pengantin. Haram si lelaki nak reply and say thanks atas pertolongan kami. Haha even masa tunang pun, no magic word I heard from the guy.
Itulah cerita aku boleh share. So aku pun dah serik nak jadi bridesmaid. Apa aku boleh ckp, tak best pun jadi bridesmaid. Rasa tak payah kot bridesmaid bagai tu. Macam buat membe sbg org gaji. Hargai sikit yg dtg jauh2, siap ambil cuti utk dtg ke majlis tu. Kadang2 ada yg ambil kesempatan, buat bridesmaid sebab nak cantikkan gambar je.
Oklah gais, penat dah aku taip ni.
Selamat jalan romeo. Bye2.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment