Saturday, 14 April 2018

Digital Nomad

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Aku sekarang ini bergelar Digital Nomad yang mempunya pendapatan lima angka sebulan. Tiada tempat tinggal tetap dan sentiasa berpindah-randah dari satu negara ke negara yang lain. Tipikal selfie aku ialah lap top di atas peha di tepi pantai bersama air coke. Atau lap top di atas meja bersebelahan buah-buahan dan air kelapa di sebelah kolam renang.

Pada mulanya, aku tidak pernah terfikir akan menjadi seorang Digital Nomad. Apabila cikgu tanya “Apa cita-cita kamu?” Saya pasti membalas “Doktor.” Itu sahaja yang aku tahu. Hampir setiap ahli keluarga aku terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang kedoktoran.

Selepas aku habis SPM, aku menyambung pelajaran A-level dalam bidang kedoktoran dan bakal menyambung pelajaran dalam bidang yang sama. Hari pertama aku menjejak kaki di sana, aku di tempatkan sebilik dengan warga Canada, Africa dan juga dari Itali.

Pada suatu hari, rakan aku yang berasal dari Canada ini dikunjungi oleh sepupunya. Umurnya masih muda baru sahaja memasuki 20an. Katanya dia mempunyai perniagaan sendiri dan sentiasa travel. Mereka berdua rupa-rupanya sudah setahun tidak berjumpa atas kesibukan sepupunya itu. Aku bertanya apa kerja dia. Dia seorang app developer dan photographer. Katanya dia suka-suka sahaja untuk menagkap gambar. Tapi apabila sudah menjadi kerjayanya dia mula belajar membuat application sebagai pendapatan tambahan.

Dari situ aku mula berasa kagum dengan semangat dan positive aura dari dia. Aku mula berjinak-jinak belajar sebagai dalam bidang, computer programming. Mereka ada membuat short-course dan aku senyap-senyap pergi ke situ tanpa pengatahuan ibu dan bapa aku. Tetapi lama-kelamaan pelajaran aku mula merosot. Ibu dan bapa aku mula mempersoalkan keputusan aku. Aku memberi tahu mereka apa yang aku sedang belajar ini. Mereka memberi kata dua. Pelajaran ataupun meneruskan dalam bidang ini.

Pada mulanya aku tidak berani keluar dari bidang kedoktoran kerana ini sahaja yang aku tahu. Tetapi aku merasakan apa yang aku buat ini memberi tekanan yang melampau selepas aku berhenti dalam bidang yang aku minati, computer programming. Aku menukar course secara total. Aku perlu mula dari bawah. Ya, memang sakit. Aku seperti dibuang keluarga. Ibu dan bapa aku masih bertanya khabar tetapi mereka semakin jauh bagi aku. Adik-beradik aku pun sama juga.

Sebaik sahaja tamat pengajian aku, aku masih di situ. Tidak berani untuk travel. Takut duit habis tetapi sepupu kawan aku yang dari Canada sudah pun menjadi rakan baik aku. Kami sama-sama mencari rezeki dengan menggunakan Internet sahaja. Dialah yang banyak membantu aku semasa aku mula-mula mendapatkan income aku. Apa yang aku belajar di dalam kelas aku apply kan dalam kehidupan aku. Sekarang ini aku boleh berada di mana-mana sahaja di dunia ini hanya dengan satu klik dan talian Internet.

– K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.