assalamualaikum, saat aku menulis entry ini, suamiku sedang nyenyak tidur di sebelah. letih buat kerja rumah agaknya. menjaga isteri yang baru hari ke tiga berpantang selepas kami kehilangan cahaya mata kami yg pertama.
aku seorang penjawat awam yg berkerja di sebuah institusi kesihatan. aku sangat bersyukur kerana first posting aku adalah kampung halaman aku sendiri. aku baru berkahwin awal disember yg lalu. aku tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata. bagi aku, kalau rezeki awal, dapat lah anak awal.
selepas 2 bulan, aku dapati kitaran haid aku lambat. seminggu, dan menginjak ke minggu kedua. aku dah muka rasa gembira, namun setelah beberapa kali aku buat ujian UPT, garisan merah ada dua tapi taklah terang mana. aku jadi takut untuk gembira sebab kakak aku pernah kata, UPT double line ada dua makna.1) pregnant 2) cyst. lalu aku pun pergi ke klinik swasta untuk scan rahim aku, dan alhamdulillah dr mengesahkan aku hamil 4 minggu. usia kandungan aku masih baru dan aku tak berani hebohkan hal ini pada umum.
pengalaman buruk aku bermula di sini,
orang di sekelilingku mula membawang, kerap kali mereka tanya aku “ dah period ke?” “ berapa hari dah lewat period?” “ akak rasa kau mengandung ni..” semua nya aku diamkan dan senyum. aku paling junior disitu, nak tak nak aku kena respond soalan mereka sedikit sebanyak namun aku belum dedahkan lagi aku hamil.
atas nasihat dr, aku pun pergi buka buku pink (buku ibu mengandung) dan aku terima nasihat bahawa aku tidak boleh buat kerja berat, angkat barang berat. pekerjaan aku memerlukan aku mengangkat beberapa brg yang memang berat dan aku rasa aku perlu inform kepada ahli group aku mengenai kehamilan aku.
dalam group aku, ada 5 org semuanya termasuk diri aku. salah seorang dr mereka aku namakan kak X, kak X juga hamil namun dah melepasi trimester pertama. dulu, pada awal kehamilan kak X, aku jaga dia, aku tak bagi dia buat kerja berat, angkat benda berat dan aku sanggup drive kereta dia waktu dia nak rehat sbb aku kesian kat dia bawa perut.
namun, bila sampai turn aku, aku beritahu kak X mngenai kehamilan aku, kak X seakan-akan tak suka. dia sering kali perli aku ketika kami sedang mengangkat barang untuk ke destinasi pekerjaan kami. (aku hanya angkat barang yang ringan), dia punya ayat, “ ash tu takpayah la nak angkat barang sangat. kan pregnant, kak x takpalah angkat, perut dah besar”
waktu tu aku relax lagi, aku buat taktahu je sebab malas nak ambil port. lepas tu, waktu gap kerja, aku borak dengan staf aku lagi seorang, aku cakap aku teringin nak makan kerabu tapi 3 buah kedai aku pergi, semua kerabu dah habis. jadia ku minta suami aku berhenti tepi jalan untuk cari buah betik muda,sebab aku nk buat kerabu sendiri, kami jumpa last2 tapi kami tak berani petik buah betik tu sebab takut tak dihalalkan oleh tuan punya pokok. aku tengah seronok story dekat staf aku, dia menyampuk “ ash, kalau mengandung ni jangan mengada ngada sangat ya. makan saja apa ada depan mata. kak X x pernah minta nak makan macam-macam sepanjang pregnant anak-anak sebelum ni”
WHAT??????? mengada???
kerabu memang kegemaran aku, walau aku x hamil, aku memang confirm akan makan kerabu tu at elast seminggu sekali.
lagi cerita kak X,
aku dengan suami ada niat, kalau kami tahu saja aku hamil, kami berdua nak saving lebih. untuk akikah anak hari ketujuh, selaras dengan sunnah nabi. kak X pula lepas dengar plan aku dan suami, dia bagu ayat,
“jangan berharap sangat. macam m-macam boleh jadi lagi tu dekat kandungan kau”
i was like…. kak X, boleh tak cakap benda yang positif? benda yang elok. sebab aku kalau dengar je orang nak buat benda baik, orang pregnant,aku berani sumpah aku doakan kebaikan dan kemudahan sepanjang pregnancy journey mereka. tapi kak X? cakap yang bukan-bukan pula pada aku. memang aku kecewa waktu tu. aku bukan tak berharap, berharap juga. siapa tak berharap, first baby. seronok sangat tapi takda lah 24/7 aku asik cakap pasal bayi. aku sorok diam-diam rasa gembira aku. balik rumah aku dan suami berangan puas-puas. biar kami dua je tahu. tapi kak x? cakap aku mengada, cakap dkt aku jangan berharap. hmmm…
hari aku buka buku pink, aku beritahu hanya pada ahli group aku sebab aku ambil cuti nak balik kampung dan aku share dgn mereka dengan harapan mereka boleh faham kandungan aku baru lagi. dalam 5 orang, semua faham kecuali kak X. dia cakap “ awalnya buka buku. tak takut gugur kah?”
zap..aku tersentap.aku buka buku atas nasihat dr. dr cakap aku first baby, mesti buka buku awal, utk tahu penjagaan selanjutnya. tapi kak X ni tak faham. malah dia macam cemburu, dia sengaja hebahkan kehamilan aku pada satu bangunan tempat kerja aku, termasuk pemandu, bahawa aku hamil. orang sekeliling aku mula ucap tahniah dan aku rasa dijaga, disayangi.apa mereka makan, mesti mereka offer pada aku. takut aku mengidam .
dalam kegembiraan aku, kak X san kehamilannya dilupakan. ditambah pula dengan berita kak x tak dapat pulang awal sejam kerana jarak tempat kerja rumah kak X dan tmpt kerja kami terlalu dekat. manakala jarak tmpt kerja aku lebih jauh dan aku boleh pulang awal JIKA kandungan aku melebihi usia 5 bulan. arahan kerua jabatan kami begitu dan titik. tiada lagi soalan. kak x berkali kali ulang ayat “ash takpa lah balik awal.rumah ash jauh. kak x ni meluat la. benci la . x adil la buat syarat rumah dekat x boleh balik awal”
aku diam.malas layan. takut kandungan aku terjejas.
malam jumaat, minggu yang sama, aku rasa ada sesuatu keluar dr kemaluanku. biasanya keputihan akibat terlalu penat bekerja. mula-mula aku ignore kan saja,tiba-tiba tergerak hati kecil aku untuk check seluar dalam, ternyata ada darah warna coklat. satu garis. dalam bahasa perubatan, mereka panggil “spotting”, untuk kandungan bawah 12 minggu, spotting adalah normal. aku pun relax dan tidur. esok hari berjalan seperti biasa namun rasa cuak dalam diri aku menebal. jadi aku x buat sebarang kerja rumah. jam 11 pagi, aku rasa ada benda keluar lagi dr kemaluan aku, dan aku ligat, darah merah. laju aku capai kunci kereta dan buku pink aku. aku ke kecemasan hospital berhampiran. aku menagis kuat sewaktu perjalanan aku ke sana, sambil berdia agar tuhan selamatkan kandungan aku yg akan genap 8 minggu hari ini.
sampai disana, aku dimasukkan ke zon kuning, bayi aku di scan, namun wajah dr penuh kekeliruan.
“puan, ini bayi puan (sambil menunjuk ke skrin ultra sound), bentuk kantung bayi yang normal adalah bukat, namun kes puan, kantung bayi dan leper, bentuk dah tak cantik. bayi ini ,minta maaf cakap, mungkin akan mengalami keguguran”
aku warded dan telah diperiksa bukaan rahim aku.pemeriksaan menggunakan alat bernama : spekulum. demi Tuhan yg Maha Esa, sakitnya rasa alat itu ketika dimasukkan kedaalam utk periksa pontu rahimku itu, tiada gambarannya.sakit teramat sangat hinagga terangkat punggungku. 3 kali aku diperiksa selepas aku beritahu dr terdapat ketulan darah keluar dari badanku.dan ketiga-tiganya masih menunjukkan pintu rahimku tertutup rapat.
jam 11pm, aku dah nak tidur, tiba-tiba aku rasa nak buang air kecil, waktu itulah, keluar seketul darah. menyerupai darah ikan.bila kita tekan, darah tu tak lecah. sah, memang janin sudah keluar. tanggal 7.04.2018.sedih hancur hati aku. bila aku angkat sendiri darah itu, dan masukkan ke dalam plastik.dlm hati aku “ini anak aku.kesian anak aku keluar macam ni”
berderai jatuh air mata aku waktu itu. memikirkan suami ku yang hari-hari pulang kerja selepas 1 jam travel, akan cari “mana anak abah” “anak abah sihat?”, macam mana aku nak beritahu suami aku. kenapa ini semua berlaku lada aku?
selama ini aku hanga baca di sosial media mengenai keguguran, berpantang selepas keguguran. apa yang keluar dari bibirku “ kesiannya dia. berpantang tanpa anak disisi. mesti sakit rasa hati dia” sekarang, sedar atau tidak sedar, aku pun mengalami hal yang sama.
aku seakan-akan tak boleh terima hal ini berlaku. hati aku memang mentah-mentah salah kan kak X yang sering mendoakan perkara buruk pada aku. terngiang-ngiang ayat keluar dari mukut kak X pada aku. aku tahu ni semua bukan kuasa kak X,dan jauh di satu sudut hati aku,aku tahu ini semua ujian dari Allah, ada hikmah disebalik apa sahaja yang berlaku
buat mereka yang berada diluar sana, aku harap jangan lah lemparkan kata-kata tidak membina pada mereka yang berkongsi berita gembira. doakan mereka bahagia. doakan yang baik-baik sahaja. bagi aku, kata-kata kak x sgt mengganggu aku. sangat mengganggu proses recovery dalaman dan jiwa aku. jangan jd seperti kak X,yg bagi aku, dia cemburu perhatian yang dia dapat sudah beralih pada aku. jangan begitu . cemburu tak membawa apa-apa untung.
sekarang, aku hari ketiga berpantang tanpa anak disisi,
doakan aku agar dapat hamil kembali,
agar aku dapat beri zuriat buat suami
buat bayiku, selamat bermain-main di syurga.
– ash
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment