Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih admin kerana menerima dan memilih post ini untuk dipaparkan. Hari ini 23 Ramadan. Hari Jumaat. Saya sempat menunaikan solat tahajud dan bersahur bersama suami. Selepas solat subuh kami tertidur sebelum suami bgn utk pergi kerja.
Sebelum saya mulakan cerita, sy berharap kita semua dapat beristighfar sebanyak mungkin. Ceritanya pagi tadi sy bermimpi. Mimpi di dalam mimpi. Mimpi tentang hari kiamat. Allahu.. kawan2.. jangan minta untuk lihat hari kiamat.. Ia AMAT DAHSYAT.
Mimpi bermula.. Waktu itu jam pukul 4.15 petang. Sy dan suami berada dalam sebuah rumah flat di KL. Waktu itu langit menjadi gelap. Bukan gelap pekat seperti waktu malam. Tetapi gelap kerana awan hitam seperti awan ribut yang menutupi seluruh langit..
Tiba-tiba saya lihat suami saya lari keluar dari rumah. Tak pedulikan sekeliling. Hatta isteri sendiri. Waktu itu ada gegaran sederhana. Kami ingat ada gempa bumi. Semua org kecoh-kecoh turun bawah cari tempat lapang untuk berkumpul. Kat kl kan banyak bangunan tinggi2.. jadi semua org mundar mandir cari tempat selamat supaya bila bangunan runtuh tak jatuh atas mereka.. Allahu.. Lepas tu org sekeliling bertanya sama sendiri “apa yg berlaku kat bumi ni?” sambil melihat langit dan manusia lain disekeliling…
Ketika itu juga, saya dan beberapa org lain lari sehinggalah kami berada di betul2 tepi kubur orang Islam. Kemudian tiba-tiba langit bergema dgn suara yg amat menakutkan beserta siulan angin yg boleh buat bulu roma terus berdiri.. Allahuakbar.. suara itu suara bacaan surah al-zalzalah.. Iza zulzilatil Ar du zilza laha….
semua org terpinga2.. sibuk dgn nasib diri sendiri, tak cari ahli keluarga dah.. Menggigil ketakutan.. waktu itu saya ternampak ada satu kubur tu berasap dan menggelegak.. kt tepi-tepi kubur tu ada air berwarna putih yg berasap-asap sebab air tu mcm mendidih.. Allahu.. saat itu juga langit masih bergema dgn bacaan surah Al Zalzalah.. ayat demi ayat.. Kami takut Astaghfirullah.. takut sangat2..
Saya terpandang juga kubur2 lain, saya lihat tanahnya bergerak-gerak! Ya Allah.. macam ada benda dalam kubur yang nak keluar.. Tiba-tiba tanah kubur tu pecah lalu keluar sesuatu dari kubur itu, terus terbang naik ke langit.. Saya nampak susuk belakang tubuh manusia yg keluar dr kubur tu..
Saya dan suami terus berlari.. dan tiba-tiba saya terjaga.. saya berada di satu kawasan lain.. waktu siang.. ada ramai wanita di situ.. sy lihat semua wanita memakai baju kurung dan bertudung.. memegang al quran.. dan kelihatan sugul.. saya ternampak kawan saya.. saya duduk sebelah dia.. sy ckp “Syida..semua org dpt mimpi yg sama ke?” selepas itu Syida menjawab dgn riak wajah ketakutan sambil tunduk “Iya”.. sy bertanya “Syida mimpi sampai mana?” kemudian dia jawab “Sampai kamu berdua terbakar” Allahuakbar..
Tiba-tiba saya terjaga kerana suami ingin bersalam dengan saya sebelum pergi kerja… saya menangis dan salam cium tangan suami sambil minta maaf sangat2 pada dia.. Saya rasa betul2 hina.. Moga Allah ampunkan kita semua.. Sy hafal surah Al Alzalzalah tetapi sy tak hafal maknanya..
Ya Allah.. demi Allah apa yg sy ceritakan ini benar2 berlaku.. Terus saya teringat akan maksiat terang-terangan yg berlaku disekeliling saya… Lelaki yang menjadi perempuan.. dan macam-macam lagi.. saya tak tahu mengapa saya mendapat mimpi seperti itu di bulan ramadan. Kawan2 marilah kita sama bertaubat dan menangis mohon ampun pada Allah.. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka..
– Puan N.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment