Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca kisah ini (kalau disiarkan la.. kalau tak.. admin jawab la salam tu )
bertepatan dengan tajuk seperti di atas, di sini harini, lebaran yang dinanti sanubari menyanyi.. eh ternyanyi pulak.. maafkan saya ya.. saya sebenarnya nak ceritakan perihal seorang kawan baik yang saya ada. Saya ni ada beberapa kawan baik dari zaman tadika smpai sekarang.. zaman uni sampai sekarang..zaman kerja sampai sekarang walaupon dah tukar profession masing masing kan.. tapi hubungan persahabatan tu masih ada. alhamdulillah di situ. nikmat bersahabat Allah bagi smpai tak terkira lah kiranya. Sungguh pun begitu, kisah ini berkisahkan kawan baik dari zaman belajar, yang beliau ini saya namakan dia sebagai kajol lah.
Kajol ni orang nya sgt lah mementingkan agama dan sgt menutup aurat part tu saya tabik sebab dia sangat menjaga (tudung labuh dan berstokin). kajol ni nak dibandingkan dengan saya, memang jauh beza nya. sebabnya saya jenis menjaga aurat sekadar tutup aurat, solat pun longkang (sekarang alhamdulillah..doakan saya terus istiqamah ya) dan masih berpakaian ketat (zaman belajar ni ) tapi Kajol.. berpakaian longgar kalau sembang bab dewasa dewasa (jujur cakap bab seks lah ) ni sikit.. dia tak nak dengar… yang buat ak salute dengan Kajol ni.. dia asal bandar dan aku asal kampung tapi dia lebih menjaga aurat daripada saya. Alhamdulillah lagi.
Walaupon Kajol ni jenis menjaga aurat tapi dia punya confident level tu tinggi wey. Contoh situasi lah kan, dia ni xpernah bercinta tapi selalu confess kat lelaki yg dia sedap mata memandang tapi waktu belajar tu mgkin bukan rezeki dia utk diterima oleh lelaki2 berkenaan. saya pulak confident level low ya tuhan, tapi saya pernah la cintan cinton monyet ungka badak segala bagai, cuma saya yang di confess oleh lelaki tapi tak ada apa yang nak dibanggakan pun sebab hanya membuang masa dan tak pe lah mgkin ada pengajaran dari setiap yang berlaku atas diri kita kan.
Long story short, Kajol ni pon sampai seru awal dan berkahwin dgn suami dia la kan dengan suami sapa lagi. Jujur cakap saya tak jeles pun malah gembira lagi ada la sebab kawan kita nak kawin kan. Kita pon nak jugak kwin, bukan tak nak,,tapi masa tu fikir mana nak cekau duit byk byk dengan nak tolong mak ayah lagi komitment lagi dan nak joli lagi (adik adik jgn jadi macam ni ek.. joli joli jgak mnabung jangan lupa). Ok back to story, ok, dia da selamat kawin, permulaan nya kat sini lah..dah kawin ni.. Allahu panjang betui setara nak smpai ke permulaan. apo ko bondo la aish.
Bila kajol ni dah kawin, setiap perbualan dalam group wasap mesti berkisar pasal hubungan dalam kelambu. dalam group tu.. masa tu ada sorang dua jek dah kawin termasuk dia, dan lain lain ahli kongsi gelap dalam tu belum kawin. Memula tu boleh layan la lagi apa topik dia nak cerita tu. Bila dah lama lama jadi menyampah, geli dan memalukan. semua bnda nak cerita, itu ini, cara itu cara ini waktu nak ber’insiden’ , lokasi nak ber’insiden’ , dan bagaimana rasa nikmat tu. Allahu…saya dan lain lain kawan ni.. mula dah pm tepi, membawang pasal ketidakgemaran kami pasal topik tu. so.. kami kami ni diam la dalam group tu.. tak lagi menyampuk dalam topik perbincangan panas hot meletop kebabom itu.
Kami pon salah jugak, tak tegur tapi lebih kepada diam je dan saya hilang hormat pada dia yang selama ni saya hormat sbb dia saya nmpak jauh lebih alim daripada sy (smpai skrg la tudung labuh dan berstoking..alhamdulillah). Lepas dari saya dan kawan kawan lain banyak diam ja dalam group wasap, dia pon da kurang keluarkan buku cerita berunsur 18sx dia tu. Pelik la, zaman belajar nak dgr pon taknak, tengok movie ada unsur kissing skit pon toleh kelain.
Tak lama lpas tu ada sorang kawan ni buat makan makan d rumah dia, so kami ni pon pegi la uma kawan ni makan makan nasi beriani kambing, laksa tiga jenis uols laksa sarawak, kedah dan johor. ya tuhan. nikmat sungguh rasa masa tu. Kajol dan suami smpai awal d rumah tu, saya smpai lmbat skit, tak lama lpas sy smpai rumah tu, kawan kawan yang dah lama kt uma tu bgtau saya yang si Kajol ni dia tnya kawan sy yang merangkap tuan rumah tu dgn nada lantang (sejak azali lantang wey, suara ak pon sama lantang kemain, silap haribulan orang ingat begaduh). tau apa soalan dia? ”haaaa, tuan rumah…dah ‘rasmi’ ke sofa baru tu, dapur dah? tak kan dalam bilik je. ” haaa.. terus merah padam muka orang tu depan suami masing masing pulak tu. Aduhai smpai macam tu skali ke soalan peribadi nak di tanya nya.
mungkin bagi saya je kot yang rasa pelik mungkin bagi sesetengah orang normal lah kan. haaa borak la lgi pasal dalam kelambu tu..borakkkkk laaa..borak…!! (marah ke?)haha
Si tuan rumah ni..suami isteri saling berpandangan je la.. nak cakap ape. Tak kan perihal ‘aktiviti’ nak kena share pulak kat khalayak kan. terus si tuan rumah diam. masa saya smpai rumah tu saya layan kan perot je la.. makan makan makan smbil menyampuk sikit sikit smbil suap (makan mana boleh tinggal wey.. sembang2 jgak makan kena layan jugak). lpas tu Kajol sound saya, ”eh rozana diam ja, orang tak kawin pon boleh la sembang bab ni, nantikan rozana akan kawin juga” i was like….? dalam hati cakap, dah kawin nanti pun takde nya nak sharing the caring pasal hal kelambu bagai. hish…….. cerita dia kan, smpai kita tau tahap suami dia tu takat mana dan tahap dia takat mana. smua dia cerita wey.. adui..
lepas tu sorang makhluk ni pun kawin, hari kedua brgelar isteri (hari pertama kan nikah kenduri pastu malam tu kan malam pertama la kunun nya) pengantin baru ni terus di tnya soalan seperti ini ” najihah, sakit tak? sakitkan? tapi lama lama seronok kan? rasa mcm nak lgi tak? ” si najihah ni siap ss wasap tu hantar kat saya. si najihah ni tersound la kajol ni tapi tak la kasar pon biase je la.. ayat lebih kurang mcm ni ‘ kajol, najihah tak suka la perbualan mcm ni, mintak maaf eh, najihah rasa xperlu pun nak sembang pasal ni..” lepas tu, si kajol ni terus mintak maaf kat dalam group wasap tu cakap yang kalau dia ada buat salah trkasar bahasa ke apa ke dan terus klua group xlama lepas tu.
Namun begitu, kami dah jarang bertemu muka da sekarang sebab kurang selesa dengan topik perbualan yang topik asyik bnda tu je. tambahan pula sibuk dengan urusan kerja masing masing kan..
Eh.. hormat la rumahtangga tu yang kita bina bukan macam main pondok pondok, kita bina selamanya smpai syurga kan (insyaAllah) sekarang pon saya da kawin beberapa tahun selepas kajol kawin cuma masih belum dikurniakan cahaya mata (doakan saya yea ) tapi tak pulak dia tanya soklan macam tu masa memula sy kwin dulu.
eh apa tujuan menulis ni eh.. nak ajak membawang ke.. bukan.. sebenarnya tujuan saya menulis ni, adalah untuk suara kan pendapat bodo, noob saya ni saja. Kita ni kalau da kawin, jangan la tunjuk sgt mcm nak menunjuk dalam perihal kelambu kita tu, malu ke ore laaaaaaaaaa, kalau kelambu kita tu koyak ke kain tak ckup ke ape ke.. apa kita buat macam mana apa cara sekalipun hanya kita dan suami je dah la.. explore lah apa cara sekali pon tapi tak perlu kot nak cerita canang sana sni. kesian si suami kita tu, habis kawan kawan isteri tau tahap kestabilan, momenton dan sebagainya dek kerana mulut isterinya sendiri. kita yang mendengar ni pon malu. yelah kita suami melayu semanjung (syukur juga diberi peluang bekeluarga didunia dan harap ke syurga juga hendakNya)
saya bukan pandang sebelah mata pada mereka yang bertudung labuh dan menutup aurat ni, cuma saya rasa kurang hormat bila ada yang macam tu. sebab sy percaya yang mereka ni tidak lah seperti itu, mereka ini sgt mnjaga tatasusila dan sebagainya. Nila setitik je.. semua susu kena buang. huuuuuuuuuu..
saya minta maaf kalau ada tak kena kat mana mana dalam penulisan ke apa ke, terkasar bahasa jiwa bangsa ke, tatabahasa tak betul ke, peribahasa tak ade ke, maafkan saya yer.. saya pon masih bertatih dalam dunia rumahtangga dan duniawi ni.. masih mencari sinar untuk ke ukhrawi juga. terima kasih rajin membaca cerpen murahan ni. semoga kita semua di berikan limpah rezeki dan nikmat dariNya.
Assalamualaikum.
– rozana roslan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment