salam semua. aku -alamdanmanusia- confessor cerita “ayah ‘hero’ aku?”…terima kasih untuk doa doa kalian. kepada yang komen kenapa ayah aku jadi begitu? sebab didikan? maaf…aku terpaksa nafikan. ayah aku anak yatim. ayahnya meninggal sejak usia dia 7 tahun. ayah aku berpegang pada perinsip “kita suami jangan bantu isteri. kita lelaki. kalau isteri nak suruh bantu, lebih baik tak perlu kahwin” nasihat ayah saudaranya. maka jadilah suami seperti ayah aku. seperti aku duga, pasti ada yang bertanya tentang mak aku. kenapa mak aku bertahan?? sinopsis ringkas; mak aku berkenalan dengan ayah aku ja terus tertarik sebab ayah aku hensem kata mak aku. walaupun datuk aku menentang sebab ayah aku takda kerja tetap, mak aku teruskan juga kahwin dengan ayah aku. mak aku ni jatuh kategori anak orang mempunyai banyak harta. ayah aku pernah kata “aku kahwin dengan mak kau sebab datuk kau banyak harta”..bercinta ala romeo dan juliet..lucu juga bila mak aku kenangkan dan cerita pada kami..jadi aku rasa korang dah boleh dapat point pertama kenapa mak aku sanggup bertahan..
mak aku bersalinkan anak sulung seorang diri, bersalinkan anak anak semua sendiri la senang cerita. sara anak sendiri. ayah aku kadang-kadang hulur duit yuran dan buku. itupun kadang-kadang. hulur duit untuk beli baju raya. haa…ini antara kebaikkan ayah aku..bab baju raya memang kami sentiasa ada baju baru..duit belanja sekolah, belanja rumah, bil utilities dan sebagainya…semua mak aku. mak aku tanam sayur buat cari income lebih, jual nasi lemak la, MLM la…mak aku bersusah hantar kami ke pusat tuisyen sebab nak anak berjaya. pandai dan bekerjaya..tunggu kami habis tuisyen tu mak aku tidur dalam kereta bawah lampu jalan sebab rumah jauh. ayah aku tidur kat rumah. pergi kerja pun ikut suka dia. pergi kerja pun asal thumb print sebab dia kata nak ambil pencen je..
setabah mana mak aku yang aku kata tabah sangat ni?? ayah aku pernah letak parang dekat leher dua kali sebab minta duit tapi mak aku tak bagi. end up ayah aku tetak sofa. ayah aku pernah baling cerek panas hampir nak kena mak aku sebab tanak dengar cakap dia. mak aku di larang menziarahi datuk aku. mak aku sentiasa kena tengking, jerit, jerkah dengan ayah aku walaupun salah kecil-kecil. mak aku pernah kena tampar kepala sebab buat sesuatu tapi tersalah susun depan mata aku. masa tu aku sekolah menengah. aku diam sebab ayah aku kalau marah, memang dia akan belasah anak yang lawan dia sampai lunyai. bab duit semua mak aku. mak aku pernah menangis sebab kenangkan nasib kenapa dia dah sehabis baik cuba jadi isteri solehah tapi dapat suami macam ayah aku. mak aku menangis masa aku tengah drive. apa aku mampu buat?
dengar…..dengar….dengar….then ayah aku buat perangai ada perempuan lain. Mak aku sampai kurus makan hati. Puas dan berbuih mulut adik beradik aku yang perempuan nasihat mak aku suruh cerai dengan ayah, tapi mak tak mahu. Mak tak mahu nanti adik adik kahwin ayah tak ada. Dia bertahan sampai kami semua kahwin. Sekarang, dia kata “biarlah mak bertahan..dah di hujung usia”..ayah aku? asal anak buat salah je mesti dia akan cakap “semua ni salah mak korang tak pandai didik” wohaaa…apa korang rasa?? sekarang kami dah besar, selagi kami boleh elak bersembang dengan ayah aku, kami akan elak.
bila kami kahwin, semua mak uruskan. bila adik beradik perempuan nak kahwin semua diorang urus sendiri. pergi jumpa imam sendiri, tok kadi sendiri. ada yang bakal suami uruskan sendiri. ayah aku?? macam biasa, suruh itu ini kemudian dia blah. tinggal la mak aku terkontang kanting tebalkan muka pergi menghadap sesiapa yang patut. kami adik beradik lelaki masa tu tinggal di jauh..perjalanan dua kapal terbang…kami cuma mampu bantu hari kenduri..urusan dokumen, terpaksa mak aku uruskan dengan adik beradik perempuan aku.
ayah aku tak pernah pergi masjid, tak kenal jiran, tak kenal sesiapa di kawasan rumah aku jadi macam mana dia nak uruskan bab nikah. belanja kahwin? semua kami sendiri dengan bantuan mak aku. Elok lepas kenduri, ayah aku pun cerita la kat kawan kawan dia yang kenduri ni dia la yang buat..kami diam je..senyum… mak aku berkorban tenaga dan masa jaga nenek aku (mak ayah aku) yang lumpuh. ayah aku tak ambil tahu. nak beli kuih untuk nenek aku pun ayah aku minta duit dengan mak aku alasan sebab mak aku makan sama. itu belum hari hari mak aku kena maki sebab mak aku salah bantu angkat nenek aku. mak aku bukanlah kuat sangat nak angkat nenek. mak aku la yang masak, yang suap makan, tukar diapers, pasang kelambu.
mak aku ibarat bidadari turun dari syurga walaupun kadang-kadang aku boleh sakit jiwa bersembang dengan mak aku (mak aku ni suka mengusik sampai kau sakit hati). bila aku tengok muka mak aku, jelas keletihan dia dalam kehidupan. rambut yang terkeluar dari tudung yang dia pakai buatkan aku terfikir, dia tak pernah berhias untuk kepuasan diri padahal mak aku adalah wanita paling cantik dalam kalangan adik beradik. Tengok pakaian dia aku sedih dia tak pernah beli pakaian ganti sudah bertahun demi menyara kami. sampai sekarang kami berkeluarga, mak aku masih tanya kami “duit cukup tak?” walaupun gaji kami masing masing 5K ke atas…bila kami beli sesuatu untuk dia, dia akan tolak “tak payah. mak pun ada duit”. kami sebolehnya cuba lengkapkan keperluan. belikan apa yang kurang, gantikan apa yang rosak sebab kami tahu ayah takkan pernah belanja sesen pun untuk rumah mak.
dia mak aku. dia syurga aku..mak aku pesan “inilah kehidupan. tidak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. dalam rumahtangga resepi untuk bertahan lama adalah kesabaran”. Aku harap semua urusan mak aku mudah. dan aku doa tempat mak aku di syurga atas semua sengsara dan pengorbanan dia.
– -alamdanmanusia-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment