Thursday, 2 August 2018

Talian Hayat

PengakuanKu

Assalamualaikum admin & para pembaca.

~ Everyone see me as if I’m a ghost, so shallow, barely living, yet I have a form and breathing ~ E.S @ 2018

“Kau ni aku ajar masuk kali ketiga tak paham-paham lagi?! Khairul tu sekali ajar je dah tangkap,”

Agaknya. Nota tampal tepi printer belum cukup untuk ingatan. Manusia buku seperti aku pengharapannya adalah ketekunan, dan zaman kerja takkan sempat untuk itu.

*hembus nafas*

Tambah nota, checked.

Penampilan kemas, checked.

Muhasabah, checked.

But result is always the same.

Moderate, sampai tahap non-existent. Cara aku bawak diri ke? Was it me being too silent?

Atau aku tak reti buat muka sengal time kena marah? Tak reti buat orang geli hati balik lepas marah aku? Tak reti kirimkan makanan diorang untuk tengahari sebab Khairul dah ambik ‘job’ tu?

It has been months since I was healthy.

Aku dah tak sihat.

Reunion aku tak pegi.

Jiran baru aku senyum-senyum gitu, tutup pintu.

Totally lost in my own mind, tak rasa nak make new contact with anyone.

Dan tambah dengan mak yang tak berapa sihat. Ditahan wad masa aku betul-betul tak ada jalan keluar.

Tak ada duit nak balik.

Kereta rosak.

Boleh jalan dekat-dekat je.

Pulak tu aku satu-satunya on duty that day takde pengganti. Dengan pening nak cari relief officernya macamana. Dengan dimarahnya dengan bapak sebab tak balik cepat, tanpa sempat aku kata apa-apa.

Maka balik lah aku dalam keadaan dimaki hamun jurutol sebab tak dapat bayar, dan dimaki hamun kereta belakang sebab sekejap-sekejap enjin mati.

Tu lah last aku balik rumah semata-mata nak tengokkan mak yang sakit. Lepas tu hati dah mengecil. Tawar dengan kata-kata bapak yang menuduh walaupun 3 hari suntuk dah aku jaga mak.

Setiap penjelasan aku di “K” kan oleh bapak dlm group yang adik-beradik aku boleh baca.

Memang sorang pun tak respect aku dah gara-gara drama public. Macam tu ke yg bapak nak? Malukan aku depan adik beradik?

Was my relationship with God that has problems?

Aku kuarantinkan diri aku sementara. Betulkan kiblat aku.

Menyelak lembaran kitab yang mulai habuk.

Muhasabahkan cemburu aku pada cemerlangnya Khairul.

Muhasabahkan benci bapak pada aku.

Dan muhasabahkan semua orang yang tak senang dengan aku.

Aku hidup dengan tenang selepas tu.

Tenang dengan kerendahan hati.

Redha dengan keadaan aku yang tak cemerlang mana.

Gigih dengan usaha walaupun belum menampakkan hasil yang besar.

Sampai lah satu ketika.

Di kala malam usai pulang dari pejabat dlm keadaan penat dan bingung dengan surat amaran yg diberi oleh pengarah, telefon berdering setelah lama sunyi.

Entah kenapa hati aku lapang waktu tu walaupun masalah tgh menimbun. Tanpa fikir panjang, aku angkat dengan tenang.

“Kau cuba nak lari bapak yaaa??”

Suara yang sungguh aku rindu memetir. Tercucuk hati sayu ini sehingga berdarah.

“Aku call tak angkat-angkat ni apa masalah? Kau nak putus silaturahim dgn keluarga?! ”

Air mata deras laju.

Saat henfon masih di telinga baru lah berbunyi notifikasi voicemail berderu-deru masuk.

“Ni kawasan kampung, pak. Line sini susah dapat.. Dari tadi angah tak terima pun apa2 call dari bapak.”

Bapak mendengus di balik panggilan.

“Kepala hotak kau. Dah tak reti cari fon awam ke call mak call bapak? Tak habis-habis dengan alasan kau. Bapak nak kau balik minggu ni.”

Aku ‘end call’.

Hati seolah sudah kehilangan nyawa.

Dan malam tu aku speed kereta serta merta. Mata yang berkolam sehingga kabur pandangan, dan kereta berkelajuan pelesit.

Kau tahu kan apa akan jadi?

Aku pecut, 200 km/h.

Dengan bunyi telefon membingitkan dari panggilan nombor yg sama (bapak), aku teruskan pecut laju dengan senang tanpa sebijik pun kereta di sisi.

210km/h.

220km/h.

Sehinggalah kedengaran bunyi anjing bergaduh sambil melintas di tengah jalan…

That’s when I finally had to stop.

Aku tak sanggup mati dlm keadaan membunuh hidupan lain walaupun cuma beberapa ekor anjing.

They deserve to live.

But am I, deserve to live too?

My days been critical after that.

Aku tutup henfon.

Aku tak makan tanpa puasa.

Aku hampir berhenti kerja.

Hampir nak lari dari Malaysia.

Hampir nak hilang dari radar nak cari diri aku balik.

But i dont know if i can change things for good alone.

Apa yg aku luahkan tak sampai suku dari masalah. If I vent everything out I know you guys will be wishing me dead.

So i need someone to talk to.

Yg takkan judge diri aku untuk muncul menjadi kawan. Tanpa tontonan rupa, tanpa nama pun tak apa.

Tolong, tolong kejut aku kembali dari ketenatan ini.

Aku tak mahu mati ditikam diri.

– E.S.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.