Wednesday, 8 August 2018

Unsafe School III

PengakuanKu

Bismillahirahmanirahim

Harap admin sudi postkan demi tauladan ibu bapa lain di zaman sekarang.

Confession saya hari ini adalah perkara yang betul betul terjadi hari ini… saya ada whatsapp PK HEM sama ada dia ada nasihat cikgu cina yang mengajar anak saya ora sekolah untuk minta maaf, tapi PK HEM cakap jangan bermain dengan api… dan since masih belum ada permohonan maaf walau saya sendiri sudah minta maaf demi untuk anak saya Sebab saya fikir win win situation tapi rupanya bukan dua pihak yang nak berdamai rupanya pihak saya sahaja.

Saya ada minta nasihat dari PPD dan PPD cakap diaorang kena buat sisasatan … hari ni PPD buat siasatan dan resultnya hampa… mereka cakap kami salah faham dan tak berasas kerana Pembantu murid beri tahu tak pernah ada rotan di dalam kelas …

Tapi mana datang birat mana datang bila murid murid bagi tahu cikgu rotan?

Maka saya terdiam dan terkedu dan lemah bila tempat yang saya harapkan rupanya sebumbung dengan sekolah….

Belum tamat kes itu,, kerani sekolah pulak kupas bawang pada adik ipar saya sampai berkait bapak mertua….

Saya jaga maruah keluarga saya jaga maruah sekolah… saya tak serang sekolah saya pergi cara baik tapi banyak pihak manipulasikan kebaikan saya…. paling menyedihkan bila kerani sekolah kata saya sakit mental… kerana saya pergi sekolah seorang tanpa bawa suami sedangkan suami saya kerja kalau cuti susah ganggu kerja dan saya boleh urus sendiri… kerani cakap saya sakit sebab PK HEM bagitahu dia orang cerita lain tapi dari saya diaorang dengar lain…..
Saya juga di persalahkan….

Baru saya faham perasaan kes murid bunuh diri kerana handphone.. rupanya dia malu kiri kanan dia di provok… dan saya rasa perkara yang sama malu… murung dan tak lalu makan…..

Pada ibu bapa di luar sana…. sekiranya anak anda mengadu sesuatu hal berkaitan sekolah…. anda diamkan dan beri kekuatan pada anak… jangan sesekali pergi sekolah untuk tanya atau apa apa pon… at the end anda akan di provok , di manipulasi dan di fitnah….

Saya dah tak ada kekuatan nak menaip … doakan la segala yang berlaku hari ini berlalu dengan baik dan beri kekuatan pada saya…

Saya rasa murung yang teramat……..

Saya terfikir apa yang saya lalui ibarat cerita yang Akhsya Kumar berlakon yang dia selamatkan keluarga miskin yang laki dia mati di hospital tapi pihak hospital lakukan propaganda….

Doakan saya dapat atasi kemurungan saya kerana saya tak henti henti fikir apa yang kerani tu cakap pasal saya malah dia hina saya dalam media Sosial…

Pada anak mak… maafkan mak kerana perjuangan mak untuk pembelaan kami terhenti di sini ……

Pada anak anak mak yang lain maaf sebab hari ni walau korang demam mak terpaksa abaikan sebab mak dah tak mampu berdiri …

Mak sedih. Walau kita di pihak benar tapi kita disalahkan…

Pada pendidik dan pentadbir jadi lah khalifah yang jujur dan amanah…..

– mak

– Mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.