Tuesday, 4 September 2018

Lead Your Boss, Follow Your Subordinates

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera ahli confession sekalian.

Saya N, pernah jadi ketua di sektor swasta dan sekarang sebagai seorang ketua kecik yang mempunyai ketua besar di sebuah jabatan sektor kerajaan. (Saya guna term ketua la ye, tak nak ada yang bergaduh kat komen pasal boss vs leader pula nanti.)

Kalau confession sebelum ni cerita masalah yang dihadapi oleh boss dengan beban yang dipertanggungjawabkan, saya nak confess tentang anak buah (subordinates) saya di pejabat ini yang sangat menyenangkan hati.

Anak buah saya tak ramai, dalam 15 orang terdiri daripada pelbagai skim – N, J dan S. Alhamdulillah, even rezeki naik pangkat lambat, tapi saya bersyukur dikurniakan anak buah dan ketua besar yang memudahkan kerja dan hari-hari saya.

Walaupun ada ketua besar, tetapi kebanyakan operasi pejabat diuruskan sepenuhnya oleh saya. Bukan sebab gila kuasa, tapi bab tu nanti saya selit sikit kemudian. So, macam mana nak dapat anak buah yang memudahkan kerja?

1. Kurangkan micromanage. Memang kehadiran dan keberadaan di pejabat itu penting, tapi siapkan kerja tepat pada masanya adalah lebih penting lagi. Takde halangan untuk online facebook atau instagram di pejabat tapi dengan syarat kerja semua dah siap. Boleh keluar minum pagi tapi bila diperlukan, ketua call, mesti angkat telefon dan masuk balik pejabat. Saya juga takde masalah kalau Technician nak datang ke pejabat dengan tshirt berkolar sebab faham cuaca panas bila buat lawatan tapak, tapi waktu program/ mesyuarat pastikan lengkap berpakaian formal. Jadi, mereka tidak akan rasa terkongkong dan happy untuk datang bekerja.

2. Walaupun tidak micromanage, tapi dalam masa yang sama, kita masih perlu beri contoh yang baik kepada anak buah. Tetap punch card awal sebelum waktu bekerja, rehat, solat dan makan dalam tempoh sejam (1-2 ptg), ikut etika berpakaian yang ditetapkan pekeliling, tidak curi tulang etc. So, secara tak langsung anak buah akan rasa segan dan ikut cara kita. Sekurang-kurangnya, kita tak rasa kekok nak tegur kesalahan mereka sebab kita dah tunjuk contoh yang baik.

3. Trust your subordinates. Kerja memang banyak, kalau kita nak buat seorang, sampai malam pun tak siap. So, delegate kerja yang bersesuaian kepada anak buah ikut kebolehan dan potensi masing-masing. Walaupun tugas kerani lebih kepada urusan fail, tapi saya beri peluang untuk dia draf surat dan memo pejabat. Kakitangan yang ada kelulusan/ capability tinggi, saya bagi peluang untuk sediakan minit mesyuarat dan siapkan laporan. Jadi, mereka akan rasa seronok bila dapat siapkan kerja yang mencabar. Even, bila mereka datang mengadu ada masalah, saya akan tanya balik, “So awak rasa apa yang patut dibuat untuk selesaikan masalah ni?” Bagi peluang mereka tonjolkan potensi dan selesaikan masalah sendiri.

4. Wujudkan suasana pejabat yang menyeronokkan. Subscribe Njoi, letak TV, Playstation dan meja pingpong di pejabat tapi dalam bilik yang berkunci. Buka hanya lepas waktu kerja. Celebrate birthday anak buah tiap bulan. Bila selalu sangat meeting kat office, saya belanja dan ajak anak buah untuk meeting di Starbucks atau kafe berdekatan pula. Sekali sekala kita perlukan suasana berbeza untuk hilangkan bosan bekerja.

5. Appreciate in public but confront in private. Bagi kredit, recognize their achievement, sebut nama mereka dalam meeting kalau kerja sempurna, jangan pujian dapat kat kita sorang je. Dalam masa sama, ambil tanggungjawab kalau anak buah dipersalahkan orang atasan, defend mereka, jangan kita pula salahkan mereka juga. Tapi balik nanti, panggil la masuk pejabat dan tegur secara baik. Biasa kalau dah tegur, marah pun tak jalan, guna je reverse psychology. So saya akan guna ayat, “Saya rasa nak bagi Anugerah Khidmat Cemerlang kat awak tahun ni. Tapi awak kena la buat kerja laju sikit. Boleh tak?” Biasanya berhasil cara ni.

6. Dan untuk anak buah yang rasa tertindas dengan ketua, tak salah untuk kita tegur ketua kita. Tegur secara baik dengan rasa hormat. Macam saya cerita di awal tadi, saya juga ada masalah ketua yang lepas tangan (masa memula dulu tapi sekarang dah okay). Apa yang saya buat, bila ketua minta saya wakilkan dia pergi meeting, saya bagi option untuk dia siapkan kerja saya yang pending, dan biasanya dia mengalah dan pilih untuk hadir meeting tu. Selain mendidik anak buah, kita juga boleh mendidik ketua pelan-pelan, libatkan dalam decision making, lama-lama dia cuba ambil tanggungjawab sepenuhnya.

Walaupun begitu, tak semua cara ni boleh apply kat semua tempat. Kena sesuaikan ikut kebijaksanaan ketua dan keperluan kerja. Belajar facilitation skills, negotiation skills dan paling penting, leadership skills. Kesan daripada apa yang saya buat selama lima tahun ni, anak buah happy untuk buat kerja, malah tak pernah berkira bila kena kerja lebih sampai hujung minggu. Sebabkan kita busy, kadang mereka yang ingatkan kerja-kerja kita. Even ada yang offer diri untuk bantu siapkan kerja-kerja kita. Masalah MIA, MC dan EL pun jarang-jarang ada bila mereka rasa seronok nak datang kerja.

Setiap masalah, ada penyelesaiannya. Ketua tu manusia, anak buah pun manusia juga. Kalau kita layan orang baik, orang pun akan layan kita baik. Banyakkan berdoa pada Allah untuk permudahkan urusan anak buah kita, urusan kita, dan saya harap semua yang baca ni juga boleh doakan semoga semua penjawat awam dipermudahkan urusan dan ikhlas dalam bekerja. Untuk semua anak buah kat pejabat yang saya sayang, terima kasih mewarnai hari-hari saya dengan karenah awak semua.

– Cik N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tipu Daya Dunia

PengakuanKu

Assalamualaikum & salam sejahtera buat warga pembaca.. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan coretan yang tidak seberapa ini.. Saya lelaki, berusia 30 tahun.. Kisah ini berkisar tentang pengalaman hidup.. Saya merupakan anak sulung daripada 9 orang beradik.. Ayah bekerja kampung sahaja manakala ibu seorang suri rumah sepenuh masa.. Para pembaca boleh bayangkan la betapa besarnya tanggungjawab seorang anak sulung yang mempunyai 9 orang adik beradik kan..

Saya & adik yang lain dibesarkan dengan baik oleh orang tua.. Diberi didikan di sekolah, tidak lupa juga didikan islam seperti dihantar mengaji Al-Quran & sebagainya.. Budaya biasa apabila dibesarkan dalam suasana kampung, akan disuruh untuk mengaji Al-Quran selepas maghrib.. Itu waktu kecil dahulu la.. Masuk sekolah menengah, saya dihantar oleh orang tua ke SMKA.. Tinggallah saya di asrama selama 5 tahun iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.. SMKA, memang sangat ditekankan perkara asas sebagai muslim iaitu solat berjemaah, mengaji Al-quran & sebagainya.. Alhamdulillah..

Tetapi biasala jiwa remaja.. Mesti ada perangai nakal dia.. Ponteng solat jemaah, ponteng prep, hehe.. Tetapi walaupun ponteng, tidak la sampai ke pengetahuan orang tua.. Ponteng jemaah, bukan bermaksud tidak solat tetapi solat sendiri dalam dorm.. Prestasi dalam akademik di sekolah menengah, tidak memberansangkan.. Pencapaian dalam PMR & SPM tidak begitu baik.. Dalam akademik, tidak banyak perkara manis yang boleh dikenangkan tetapi dari segi pengalaman seperti berkawan memang meninggalkan pengalaman yang sangat manis..

Saya memilih untuk menyambung pengajian ke tingkatan 6.. Kiranya saya berazam untuk masuk ke universiti walau dengan apa cara sekalipun.. Tahajud semua saya buat & alhamdulillah saya dapat ke universiti dengan kos pendidikan.. Kos pendidikan adalah kos yang sangat diidamkan la oleh calon STPM.. Dengan kata lainnya, kos yang rare, hehe.. Belajarla saya dalam kos pendidikan.. Rupa-rupanya, menjadi seorang guru ni bukannya indah pun.. Apabila kita belajar dalam bidang tersebut, barulah kita dapat rasa bagaimana tugas seorang guru ni.. Menghasilkan produk iaitu manusia yang seimbang ini bukannya semudah seperti sebuah kilang yang menghasilkan produk makanan..

Disinilah bermula konflik dalam perjalanan hidup saya.. Saya turun naik pejabat, berjumpa dengan orang ini orang itu untuk tukar kos tapi akhirnya saya kecewa.. Saya tidak dapat tukar kos.. Dari kos pendidikan ke kos bukan pendidikan, senang sahaja untuk tukar tapi saya pula berasa sayang.. Tu sebab saya usaha untuk tukar kos pendidikan juga tapi major lain.. Malangnya, tidak dapat.. Waktu ini saya down.. Kawan-kawan satu kos mula memandang saya ini sebagai seorang yang bermasaalah.. Mereka mula menjauhkan diri.. Waktu ini saya mula kenal siapa kawan yang sebenarnya..

Nak pulang ke kampung dengan tidak habis belajar begini, apa pula orang tua kata.. Jadi, saya usaha juga walaupn extend beberapa sem.. Waktu ini juga adalah waktu yang sangat mencabar bagi saya.. Belajar dengan tiada sokongan pinjaman, nak harapkan orang tua bukannya mereka ada wang.. Jadi, ada masa lapang saya kerja part time sebagai housekeeping kat sebuah hotel.. Saya dapat habiskan pengajian saya tetapi saya tidak mahu jadi guru.. Sekarang saya bekerja di negeri kelahiran.. Walaupn bukan bergelar seorang guru, saya dapat bekerja tetap.. Walaupun kerja saya bukan sebagai kakitangan kerajaan tetapi kerja saya halal.. Tidak menyusahkan orang tua & mampu untuk menyimpan 400 hingga 500 sebulan.. Waktu kerja saya pun office hours..

Sebenarnya, saya selesa hidup bujang.. Tetapi lumrah kehidupan, kita merancang, Allah juga sebaik baik perancang.. Sekarang saya telah menjadi tunangan orang & tidak lama lagi akan bergelar suami.. Pada awalnya saya pun tidak faham kenapa secepat ini proses tersebut.. Dikala saya selesa bujang, datang perkara begini dalam hidup.. Saya memikirkan perkahwinan bukan sesuatu yang senang.. Awal-awal dulu, memberontak juga sendiri..

Tetapi saya selalu positifkan diri dengan menanamkan dalam diri ini adalah perancangan yang terbaik dari Allah.. Dan saya harus ingat, dunia ini bukan untuk bersenang senang.. Rasulullah diutuskan bukan untuk mengajar hambanya terlalu selesa dengan dunia.. Dunia ini sebagai persinggahan untuk beramal & akhirat sebagai tempat berehat serta menuai hasil.. Ya, tidak dapat dinafikan tipu daya dunia ini sangat hebat.. Orang berkereta baharu, kita mahu berkereta baharu.. Kalau bujang, mungkin dapat buat begitu.. Kalau dah kahwin, kena fikirla yang lebih utama.. Itu sebab saya selesa hidup bujang, hehe..

Moral of the story, sesiapa yang menolak untuk berkahwin kerana takut menjejaskan keselesaan anda ketika bujang, fikirkanla dengan sebaiknya.. Hidup ini bukan tempat untuk selesa dan berkahwin adalah sunnah terbesar.. Berpenat-penatlah di dunia, mudah-mudahan kita dapat keselesaan di akhirat.. Sesungguhnya sekecil-kecil amalan kita di dunia, nescaya akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.. Tepuk dada, tanya diri.. Semoga kita semua dirahmati & diredhai oleh Allah S. W. T..

– Manusia Puteh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 3 September 2018

Kasih Mak Ayah

PengakuanKu

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Syukur pada Allah tahun ini aku terpilih untuk menjadi tetamu Allah dengan cara yang tidak dijangka dan salah satu sebab kenapa Allah pilih aku adalah restu dari mak dan ayah aku, ya aku yakin dan tersangat yakin,kenapa??nanti aku cerita kenapa dan mengapa. Untuk pegetahuan korang umur ak muda lagi awal 20an xleh bg tau terus sebab kawan aku ramai yang suka baca confession iium ni,nanti kantoi..haha

Dalam kehidupan kita ini Allah telah janjikan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan sebaliknya cepat atau lambat sahaja yang penting kita sebagai hamba kena yakin,macam aku nak kata aku ni seorang hamba yang baik atau seorang anak yang baik memang tak tapi setiap hari aku cuba menjadi ke arah itu, Sebagai anak setiap hari aku fikir macam mana nak bahagiakan mak dan ayah aku sementara dorang masih lagi bernafas lagi dan ketakutan fikir bila dorang tiada lagi adalah sesuatu yang aku takuti dan aku sentiasa doa semoga Allah panjangkan umur mereka dan beri aku peluang untuk bahagia kan mereka selagi aku terdaya dan beri aku kekuatan bila masa itu tiba..aaminn.

Korang mesti pernah dengar kan restu ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa?bagi aku restu itu bukan hanya bila kau nak buat sesuatu kau baru bagi tahu mak kau atau ayah kau doakan,iya itu salah satu punca tetapi bagi aku tidak! Kalau kau nak sesuatu kau kena letak darjat mereka selepas tuhan yang kau sembah dan rasulnya,dari aku mula merasa alam perkerjaan aku sentiasa fikir dan dahulukan mak dan ayah aku waima makan atau membeli belah aku akan fikir,eh mak dengan ayah makan apa ya dekat kampung, eh kalau ak beli ini ok ke atau mahal sangat sebab mak dan ayah belum beli apa apa lagi tidak apalah beli mak dan ayah punya dulu…Semua benda aku akan fikir mak dan ayah mak dan ayah. Kalau boleh aku akan fikir dia orang dahulu.

Haji.

Korang tanya sesiapa pun ummat islam dalam dunia ini hajat dia orang mesti nak naik haji atau naik umrah, dan aku salah sorang daripadanya dari dulu aku doa pada Allah,semoga beri aku rezeki yang banyak supaya aku dapat hantar mak dan ayah aku tunaikan hajat naik haji atau umrah dan aku tidak sanggka aku jamputan aku lagi cepat dari mak dan ayah aku, sedih campur gembira dan korang bayang kan perasaan sedih aku macam mana, pagi sebelum aku berangkat ke tanah suci aku meraung sakan dalam dakapan mak dan ayah aku aku cakap “mak ayah halalkan setiap titik susu rezeki yang orang makan,mintak maaf kalau ada kata kata yang selama orang hidup buat mak dan ayah terguris hati dan maaf mak dan ayah sebab orang pegi makkah dahulu dari mak dan ayah” mereka kata apa korang tahu?anak mak dan ayah tiada dosa kalau ada pun mak dan ayah sentiasa maafkan dan jangan cakap macam itu Allah dah takdirkan macam itu mak dan ayah bangga dengan kejayaan kamu. Lama wei aku peluk mak dan ayah aku sambil meraung sampaikan mak aku cakap dah lah tu karang terlepas flight pulak…hehe

Aku buat confession ni bukan apa,sebab aku nak kongsi rahsia aku dan aku nak setiap orang yang masih ada mak dan ayah buat sehabis baik untuk gembirakan mereka dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan restu dan doa mereka memang betul doa mak dan ayah itu tiada hijab dan makbul cepat. Buat yang sudah tiada mak dan ayah jangan lupa doakan mereka dan jangan sedih sebab tiada mak dan ayah didunia ni waima mereka dah tiada mampu melihat anak anak mereka sedih. Al-Fatihah

Banyak sebenarnya kisah kisah ajaib yang terjadi sebab doa restu mak dan ayah aku nak cerita tapi cukuplah sikit aku bagi sebab panjang panjang sangat korang suruh aku lukis pulak nanti..haha

Sekian terima kasih

Moya

– Moya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cahaya Yang Berteraburan

PengakuanKu

Assalamualaikum. Dah lama aku nak confess di sini. Tapi takut kalau ada yang mengecam kalau apa yang aku tulis tak betul. Tapi takpelah. Aku akan redha dengan apa jua hasilnya nanti. Hahaha.

Confession ni tak panjang sangat. Cuma nak bercerita tentang apa yang pernah terjadi pada aku dan mungkin boleh ambil pengajaran. Macam mana cantiknya Allah aturkan setiap perkara yang terjadi. Maaf kalau bahasa beterabur. Hehe.

Masa kecik dulu, aku pernah nak jadi lelaki sebab aku bosan dengan jantina aku. Aku kasar, suka hiphop. Suka bboy. Suka rap. Kalau ada borang nak kena isi, bahagian jantina tu aku akan letak tomboy. Hahaha. Lepas kena marah baru aku ubah balik tulis perempuan. Lama-lama aku cuba berfikir yang apa yang aku fikirkan tu salah.

Dah boleh terima diri perempuan. Tapi rasa bosan dengan Islam pulak (Astaghfirullah…. Yang ni tak tau nak cakap macam mana rasa bersalah taip benda ni ). Sebab bagi aku waktu tu, Islam banyak sangat peraturan nak kena ikut. Pakai tudung pun terpaksa. Memang tak ada sape paksa (tapi family selalu menggalakkan dengan cara berhemah dan hikmah. Tapi tak paksa marah-marah. Tak pernah). Dengan cara didikan macamtu, aku terfikir untuk pakai tudung. Bukan kerana Allah. Tapi takut ayah berdosa sebab anak dia tak pakai tudung. Lagi satu malu dengan diri sendiri sebab adik beradik perempuan lain semuanya bertudung.

Lepas dah pakai tudung, aurat aku tak jaga lagi. Dah lama-lama tu tiba-tiba aku ada masalah kulit yang buatkan aku terpaksa cari sarung lengan. Tutup lengan bukan kerana Allah, tapi sebab malu dengan kulit nanti orang ejek-ejek sebab tak cantik. Tapi orang tak pernah cakap apa pun. Aku je yang fikir bukan-bukan. Tapi on off aku pakai. Masa kulit dah okay, aku bukak je.

Ditakdirkan dah sekolah menenagh tu ada seorang kawan ni datang mintak pendapat aku pasal dia nak tutup aurat. Jahatnya aku depan dia aku sokong betul, belakang dia aku bercerita dengan kawan lain. Dan dia terdengar, nampak muka dia sedih sebab dia percaya aku, tapi aku gelakkan dia dekat belakang. Hanya kerana dia nak tutup aurat dengan sempurna! Jahat kan aku? Tapi dia tetap buat, nekad dia nak tutup aurat. Dan aku pun istoqamah pakai sarung lengan balik. Bukan kerana Allah, tapi sebab nak ikut dia.

Dah pakai tudung, sarung lengan.. Aku mula pakai stoking dan tudung labuh sebab ikut kakak aku. Masa ni pakai sebelum masuk U. Pakai tudung labuh tu pun sebenarnya bukan kerana Allah. Tapi sebab aku gemuk. Malu orang tengok badan sado sangat. Hahaha.

Bila dah pakai pakaian yang macamtu..aku tak tau lah, macam ada satu sinar yang entah dari mana datang. Aku rasa macam tengah baring dalam satu padang rumput yang luas dan cantik ditrim, ada burung yang beterbangan.. Angin yang sejuk dan nyaman. Matahari terang tak menyakitkan. Bunga bunga di kiri dan kanan berwarna warni. Masha Allah. Cantik. Indah. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Dan aku rasa, betapa seronoknya menjadi seorang Islam. Aku bangga dilahirkan Islam! Aku nak teruskan pakai apa yang pakai sekarang ni kerana Allah. Bukan kerana manusia atau benda dah.

Tapi aku pelik. Sebenarnya yang terjadi pada aku ni Allah nak bagi hidayah ke? Allah nak aku berubah? Tapi kenapa perubahan tu macam senang je. Takde ujian macam orang lain pun. Aku tanya Allah kenapa aku takde ujian nak berubah. Selalu aku doa tanya benda tu. Sebab aku pelik.

Dan lebih setahun kemudian… Aku dapat tawaran masuk U. You know, masuk U jumpa orang yang tak dikenali. Bila orang nampak aku dengan pakaian macamtu, orang akan fikir apa? ‘Alim budak ni’. Kan? Dan masa ni lah, aku boleh kata menyesal berdoa mintak Allah bagi ujian dulu. Kesakitan tu aku baru rasa.

Jeng jeng jeng… Aku nak sambung, panjang lagi. Tapi aku akan buat part 2 kalau ada yang sudi nak baca. Kalau takde yang request, berhenti di sini je lah. Hihi.

Yang penting, jangan takut berubah. Dan kalau nak berubah, jangan drastik sangat. Dari free hair tiba-tiba terus nak berpurdah. Dah kenal orang macamni. Tiba-tiba je perangai dia jadi pelik lebih dari zaman dia free hair dulu. So buat pelan-pelan, niatkan kerana Allah. InshaAllah rahmat dan berkat milik kita. Terima kasih sudi baca..

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kenapa Cemburu Dengan Orang Yang Suka Travel?

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni, benda-benda trending are very powerful. Hijabista, baking, running, hiking, and travelling adalah antara hot topics untuk dipapar kat media sosial. So now aku nak fokus pada travelling.

Kawan aku selalu jalan overseas. Ni ayat2 famous bila dia up gambar berjalan kat socmed dia:

“Kaya lah ko ni”

“Aik jalan lagi??”

“Eeee tak ajak pun!”

“Weh berapa byk cuti ko setahun?”

Sampai naik menyampah la kawan aku ni. Aku suruh dia meroyan buat confession tapi dia malas and segan. So marilah aku tolong meroyan untuk dia. Harap2 dia belanjalah aku makan pasni. Ok sila baca pencerahan aku tentang semua isu yang berlegar dalam kepala uols tentang konsep hidup travellers ni:

1) “Kaya lah ko ni”

1st sekali, terima kasih atas doa kalian. Doa macam ni kena aminkan banyak kali. Tapi hakikatnya, income kawan aku ni biasa aje. Macam korang jugak. Level eksekutif. Age 31. Gaji kasar around 5k.

Sebelum ni memang lagi galak dia jalan oversea. Masa tu belum beli rumah apartment yg dia dok sekarang. So macam cannot brainlah bila org yang beli rumah utk pelaburan ni fefeeling pelik bila kawan aku dpt travel. Eh come on, ko yang pilih nak menyesakkan poket skrg utk kesenangan di masa depan, memanglah ko tak dpt travel. You choose for passive income from ur houses, then plis accept that u need to be passive in travelling world.

Satu lagi, kawan aku ni bujang. So terima jelah hakikat yang dia belum ada tanggungan anak. Just bagi duit kat parents and belanja siblings. Korang yang dah beranak pinak sila jangan kagum sgt dia pergi berjalan. Your time will come bila anak2 you dah besar sikit. Maybe. So plis jaga kesihatan supaya dpt melancong di usia yang tak berapa muda kelak.

KAWAN AKU BUKAN LEBIH KAYA DARI KORANG, KAWAN AKU CUMA TIDAK BERMINAT UNTUK BELI HARTANAH SEBAGAI PELABURAN DI MASA DEPAN. DIA TIDAK BAHAGIA DENGAN CARA ITU. DIA MEMILIH UNTUK BELI RUMAH SEKADAR UNTUK DIA TINGGAL. DIA MEMILIH UNTUK NIKMATI HIDUP DENGAN MELIHAT DUNIA SEKARANG. DIA JUGA TIADA ANAK YANG PERLU DIBAYAR SUSU, PAMPERS, TASKA, BLA BLA BLA. ASET KAWAN AKU DALAM BENTUK PENGALAMAN LIHAT DUNIA. ASET KORANG PULA DALAM BENTUK ANAK, SUAMI, ISTERI & PELABURAN2 KORANG. I BELIEVE ALLAH IS BEING FAIR IS IT? :)

2) “Aik jalan lagi??”

Boleh tak jawab mcm ni…”Kenapa tak boleh? Saya ada mintak duit awak ke?” Ish2. Korang yang memilih untuk menumpukan perhatian pada urusan seharian ko tanpa rehat, then plis dont expect kawan aku ni macam korang.

3) “Eeee tak ajak pun!”

Soalan ni paling pelik. Haha. Saja korang nak berbasa basi tu kot.

4) “Weh berapa byk cuti ko setahun?”

Kawan aku bukan jenis berkira cuti. Ada masa dia EL, ada masa cuti rehat. Raya pun cuti juga. Bila travel, amik cuti few days juga. So baki cuti dia at any point of time mcm lebih sikit je dari ibu2 berkerjaya. Aku taulah sebab dia bgtau aku baki cuti dia. Cam tak jauh beza dengan aku yg ada anak ni. It is about passion. Dia tak kisah baki cuti dia ciput hujung tahun, so dia pun pergila berjalan……

Last but not least, pilihlah kebahagiaan dengan cara kita sendiri. Ok guys, all the best! Sorry if harsh words but am telling you the hard truth. (Reality sucks…hmmmm).

– A traveller’s friend

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.