Assalamualaikum. Aku seorang perempuan. Aku ada tabiat pelik iaitu suka mengunyah something selain makanan. Which is tisu, kertas, ais & plastik. Benda ni bermula sejak aku berumur 14 tahun. & ianya berlarutan sehingga sekarang sudah selama 5 tahun.
Macam mana boleh start macam ni? Okay aku mula mula suka bau kertas. Kalau dapat buku tu aku suka hidu bau buku tu sampai mendorong untuk aku makan benda tu. Act aku tak telan pun. Cuma kunyah kunyah pastu aku buang lah balik. Aku pernah baca yg benda ni penyakit berkaitan mental. Dia cakap sapa yg berpenyakit ni sebab dia stress pasal family or whatever lah. Tapi aku tak rasa pon aku stress sebab family aku okay je. Kehidupan normal. Kalau stress sikit2 tu benda biasa jelah. Well manusia semua hadapi stress kan.
Kesihatan aku? Aku tak kurus kering. Bmi aku normal tapi aku sedikit chubby. Maksud aku kat sini walaupun tiap hari aku telan semua benda tu, kesihatan aku still okay. Cuma apa yg aku pasti tentang diri aku, darah aku kurang oksigen. Hemoglobin aku tak pernah cecah 10 ke atas. Paling tinggi pernah capai 9.8 mg. Kalau time aku period lagi seksa. Rasa nak tidur 24 hrs. Nak derma darah tak pernah pass.
Kenapa tak pergi jumpa doktor? Aku dah banyak kali nak pergi jumpa doktor. Tapi family aku jenis yg watlek watpeace plus bagi aku semangat. Tinggi, sedikit chubby so diorang mcm tak kesah sgt. Tapi aku pernah check darah kat hosp. Doktor pun tak cakap apa pun darah aku rendah.
Tanggapan sekeliling? Family aku tau aku pelik. Diorang marah aku makan benda bukan2 tapi diorang pun takbuat apa2 so aku selalu makan sesenyap jelah. Camne aku makan? Korang taukan lelaki kalau lepas makan mesti nak hisap rokok kan? Aku pulak kalau lepas makan, aku rasa nak kunyah tisu. So dalam sehari 10 helai gaklah aku kunyah2.
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment