Aku ni jenis berkawan yang bersungguh- sungguh, bukan saja2 nak berkawan untuk penuhi citarasa hidup. Sebab aku tahu kawan tu ada bahagiannya di akhirat kelak. Manalah tahu kan, masa nak masuk neraka tu(nauzubillah), tiba2 dengan berkat syafaat dan doa seorang sahabat atau kawan kita tu menjadi penyebab kita Allah bagi masuk syurga.
Sebab tu setiap orang yang aku kenal, aku hargai, tak kisahlah apa kekurangan dia, aku terima menjadi kawan aku. Kenapa, mungkin kekurangan dia tu menjadi kekuatan aku dan kelemahan aku, menjadi kekuatan dia. Ya, aku terima kekurangan orang.
Dalam berkawan ni, aku nasihatkan kita berkawan dengan dia bersungguh- sungguh, ikhlas kerana Allah, semua kita lebihkan kawan/ sahabat kita daripada kepentingan diri. Kita bantu kala dia susah, kita buat dia gelak sampai teguling masa dia tengah mood sedih, then yang paling best bila kau berkawan daripada hati (ikhlas)ialah kau dapat rasa bagaimana perasaan dan keadaan kawan kau bila dorang dapat masalah atau tengah susah.
Siap ada yang mimpi lagi kalau kawan/ sahabat dia tu dalam susah dan incase something yang tak kena happened kawan dia, dia macam orang kata hati tu macam tak senang. Rasa ada something yang tak kena jer. Nak cakap ikhlas betul dia berkawan lah.
Aku pernah rasa macam ni, aku termimpi sahabat aku nangis atas riba aku sebab terlalu sakit dengan ujian hidupnya, sampai aku terbangun, dan aku rasa sejuk kesan air mata kawan aku tu masih terasa di atas riba aku sendiri. Dan pernah jugak, aku something yang tak senang pada hati pasal sorang kawan aku tu, then bila aku wasep, rupanya dia tengah hadapi masalah.
Tapi, entahlah, manusia kan, kita berkawan tu dah baik dah. Cuma, seolah oleh segala kita korbankan kat dia tu. Dia tak nampak. Bila dia senang, dia buat derk jer kat kita ni. Bukan aku nak ungkit atau apa, tapi kau bayangkanlah kau korbankan segala yang patut untuk dia, masa kau untuk dengar masalah dia, duit kau untuk apa2 yang boleh kau bantu, tenaga kau untuk jaga kawan kau masa sakit. Then, kau selalu tanya kawan kau okay ke tak. Caring lah kiranya. Sebab kau tak nak kawan- kawan atau orang yang rapat ngan kau susah.
Kau buat2 tak de masakah. Kau senyum jer untuk jadi kekuatan kawan2 kau. Tapi, bila kau susah, kau nangis, kau sakit, kau fail exam, kau nak mintak tolong, perlukan bahu untuk menangis. Semua kawan2 yang kau tolong tadi tu semuanya hilang.
Tak pernah tanya pun kau okay ke tak even hari2 jalan sekaki ngan kau, masa dalam kuliah duk sebelah kau. Tapi, dorang buat muka derk jer, tak tahulah tu dorang perasan atau tak kau tengah sedih atau tengah ada masalah sebenarnya.
Lastly, kau balik dalam asrama uni, kau nangis sorang2 celah dinding, kau nangis dalam bilik mandi sebab masa tu kau tak kuat, kau lemah untuk hadapi manusia. Pendek kata, masalah kau hadap sorang2 sebab sorang pun tak kisah ngan kau.
Sorang kawan kau pun tak tanya kau okay ke tak. Sedangkan, time tu, kau perlukan bahu seorang kawan untuk kau nangis. Kalau call mak abah kat kampung, kau tanak bebankan mereka.
Jadi, kau nangis celah dinding/ atas sejadah, dan akhirnya kau tertidur atas sejadah kepenatan sebab nangis banyak sangat. Tambah, kau jenis ada masalah tp tak diceritakan kecuali ada yang tanya.
Nasihat aku, kalau kau ada kawan hargai kau, always tanya khabar kau, kau kena hargai dia,sebab, orang macam ni kira cam alien zaman moden ni. Payah kau nak jumpa orang yang sebaik ni. Sekali kau hilangkan dan tak hargai dia, kau tak akan jumpa lagi insan yang ikhlas berkawan tu. kau juga kena cuba memahami hidupnya. Kau kena prihatin, kalau tengok dia lain macam sikit, kau tanya dia okay ke tak.
Kadang yelah,dapat soalan macam tu pun, buat dia tahu yang ada yang prihatin kat dia dan tak mustahil lepas ni, dorang akan kongsi masalah dorang ngan kau.
Ingat, kau kena hargai dan cuba memahami kawan kau yang selalu buat orang happy, tp mana lah kita tahu kan sebenarnya dia tengah sedih. Cuma kau yang perlu faham.
Friendship is a 2 way street.
#hargaikawan
– Pink
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment