Monday, 22 August 2016

Lifestyles Dan Komitmen

PengakuanKu

Thanks admin kalau approve post ni.

Aku dah kerja dalam 3 tahun. kalau nak cakap gaji tu isi rumah dalam 8-9k lah. Ouh aku dah kahwin dan wife aku pun bekerja. Kami ni bukan jenis yang having fun, buang duit merata-rata. In fact, kitorang dua-dua guna myvi je. so basically komitmen dua biji kereta tak sampai 1.5k pun sebulan.

tapi aku musykil sikit. kenapa kitorang punya lifestyle tak sehebat kawan-kawan lain. kitorang tak boros pun. komitmen pun takde la banyak sangat, setakat myvi 2 bijik, rumah sewa, duit kasi parents tiap bulan. wife aku takde hutang loan study. aku je ada ptptn tu pun bayar 200 je sebulan.

kalau nak ikutkan, income kitorang tak jauh berbeza dengan kawan-kawan lain. tapi aku pelik most of kawan kitorang mampu survive dengan kereta import sorang satu (sendiri punya dan spouse punya), rumah besar (tak kisah la sewa atau beli) kurang2 kondo atau apartment, perabot rumah boleh tahan jenis yang tengok sekali tau dah mahal punya (dan nampak baru) paling koman pun ikea, pastu boleh lagi dapat lifestyles yang grand2 selalu makan luar kedai mahal2, pegi konsert, pegi holiday.

mcm mana eh korang boleh survive macam tu? dengan lifestyle camtu pun, siap ada extra untuk emergency funds, savings anak-anak, medical card dengan life insurance lagi. aku lepas masuk je gaji, settle commitments semua dah mencongak dah gaji bulan depan pulak. nak amik medical card untuk diri sendiri pun tak dapat ambik lagi sebab fikirkan commitment.

mana-mana yang mampu tu share la macam mana korang punya financial management. kot boleh tiru takde la pening kepala sangat. cuba share macam mana cash flow korang kalau household income 8k

– Ahmad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.