Assalamualaikum admin yang baik hati. Terima kasih kalau approve confession ni, mana la tau ada pembaca yang budiman boleh bantu aku menghadapi krisis dalam diri yang semakin berlarutan ni.
Sekarang aku dah tamat pengajian hampir 2 tahun sudah dan merupakan ex student di satu ipts tempatan tapi kekadang ada jugak join usrah dan program2 kat uia sebab kat tempat pengajian tu mcm tak berapa nak ada sangat program yg berbentuk kerohanian. Ada tapi tak banyak, tu yg selalu tumpang sekaki kat sana tu, tambahan pulak dekat.
Mama aku merupakan seorang pegawai di satu jabatan kerajaan dan baba pulak seorang ahli perniagaan dan ada sebuah company yg bertaraf SME. Senang cerita aku datang dari keluarga yang sederhana, boleh kata selesa dan serba cukuplah alhamdulillah. Cuma aku “rasa” inilah dia point utama my confession is all about.
Sejak dari kecil lagi aku dah didedahkan dan diterapkan dengan elemen2 keusahawanan sebab hajat baba sebenarnya nak aku sambung legasi perniagaan dia tapi baba sikit pun tak paksa aku kalau aku taknak atau tak minat. Aku dimomokkan oleh banyak mulut (bukan baba je) bahawa berniaga ni sangat bagus dan sunnah nabi. Dan aku memang yakin pun dengan semua tu sampai sekarang.
Sehinggalah aku tamat zaman sekolah baba serah kat aku untuk buat pilihan sendiri apa aku yang nak sambung belajar. Masa tu aku minat gila nak jadi guru sebab bila pikir dia punya ganjaran pahala dari mengajar ilmu kat orang lain dan orang tu guna pulak ilmu yg kita ajar sepanjang hidup tu rasa beruntunglah sangat2. Tapi permohonan aku ke pelbagai pusat pengajian bidang perguruan tu semua tak berjaya. Nak buat cemana pulak tkda rezeki situ. So lepas beberapa tempoh akhirnya aku ambil keputusan utk sambung dalam bidang yg berkaitan bisnes sbb aku pikir ada elok juge fokus untuk sambung perniagaan baba dari terkubur gitu saja tanpa pengganti.
Nak dipendekkan cerita lepas habis study tu terus join company baba. Company ni bukan la besar mana pun, gitu2 je. Dan impian aku nak kasi ia jadi lebih besar dan berkembang. Baba pulak macam seolah serah kat aku yg hingusan ni untuk handle company sebab baba pun bnyak komitmen lain sebenarnya selain dari company ni. Tapi ada la jugak masuk opis update2 apa yang patut. Sebab baba pun semakin berumur, mcm dah malas dah nak pikir sangat pasal nak besarkan bisnes ke apa ke.
Masa mula masuk tu dah mula dah bunyi2 kewangan company yg kian mengetat, sales company pun makin lama makin mendatar dan ia berlarutan sehinggalah sekarang yg mmg boleh nampak ketenatannya. Sebab buat masa ni kami tkda market sendiri yg khusus dan hanya mengharapkan pada satu dua kontrak kerajaan je dari 2 kementerian (yg mana tempoh kontrak tersebut bakal tamat tak lama lagi pada third quarter tahun depan sewaktu tulisan ni ditulis). Kalau ada rezeki boleh le sambung kontrak, kalau tkda? Ni yang debor nya.. arghh.
Memula tu memang aku semangat jugak berada atas jalan ni. Peranan akulah untuk baiki keadaan ni dgn usaha sendiri untuk penetrate market sendiri, takkan baba nak bertungkus lumus lagi sedangkan pada umur dia ni dah patut berehat. Siapa lagi nak diharap kalau bukan aku anak baba. Tapi sepanjang penglibatan aku dalam company ni sehinggalah saat ni, aku rasa boleh kira apa sangat sumbangan aku utk menaikkan atau kembangkan lagi perniagaan ni. Sebab aku mcm tenggelam dalam kelalaian. Lalai terhadap tanggungjawab aku dan lagha dgn perkara lain. Semangat untuk jadi orang berjaya pun rasa semakin pudar, entah la jugak apa je puncanya. Tpi aku tau punca tu mmg dari dalam diri aku, cuma aku tak tau kenapa rasa mcm lemah je nak hadapi. Aku sedar dgn implikasinya kalau masih tak berubah tapi seolah mcm tak kisah pulak. Selesa sangat dgn kelalaian ni. Atau dengan erti kata lain malas. Malas yang amat dan suka bertangguh. Bukan saja malas dalam memikirkan soal kerja bahkan dalam kehidupan seharian malasnya tu. Teruk betul.
Aku boleh rasa hubungan dgn tuhan pun lama kelamaan rasa semakin kurang kemanisannya, tk macam dulu2 indah betul rasa ketakwaan tu. Skrg jiwa pun rasa kosong je. Solat lima waktu insyaAllah jaga cuma buat tu dgn rasa kosong. Dulu mudah je nak nangis bila solat taubat. Tpi sekarang solat taubat pun jarang buat inikan pulak nak nangis. Quran pulak sekali skala aje sentuh jangan kata tidak je. Sedar sngat perubahan tu tpi keras sangat hati ni nak kembali taqarrub sepenuhnya kepada Allah. Aku selalu doa Allah kurniakan “semula” hidayah dan semangat dan diberi petunjuk jalan keluar dari kegelapan ni tpi mcm tu jugak la attitude aku. Hari2 aku mengharap pada keajaiban, mcm bangun2 tidur terus buleh kesedaran atau tersedar dari mimpi yg panjang. Aku risau sangat kalau attitude ni berterusan, tak tau lah apa nasib masa depan aku dunia akhirat waima company baba tu jugak kalau dibiar tak diubah.
Pernah jugak pikir mungkin kalau aku berkahwin boleh selesaikan bnda ni, ada pendorong semangat yg kuat kat belakang gitu. Lagi2 bila Allah dah sebut dalam quran tentang jaminan Allah untuk berkahwin bagi golongan syabab atau pemuda dan ditambah pulak dgn kisah2 rezeki yg melimpah selepas berkahwin. Tapi aku pikir mmg tk ready lagi kot kalau dah attitude skrg pun mcm ni. So tolak tepi dulu inisiatif yg ni.
Aku sentiasa pikir kenapa boleh jadi teruk sgt aku smpai mcm ni, sampai la satu ketika baru2 ni. Aku pikir mungkin aku duduk dalam zon yg selesa sangat kot duk bawah ketiak mama baba je, makan minum pun tk payah susah pikir mmg tersedia sokmo kat meja makan rumah. Tempat tinggal dgn WiFi nya (penyumbang lagha terbesar) apa semua semuanya selesa terpampam kat depan. Jadi aku pikir ada elok juge kalu aku keluar dari zon selesa ni dgn keluar dari rumah ni dan belajar berdikari baru ada pressure sikit utk sukses, malah aku yakin dgn cara ni boleh mendewasakan aku untuk lebih survival bkn saja utk diri sendiri tapi kepada company baba.
Aku pun suarakanlah hasrat aku tu kat baba, pada mulanya baba mcm tk setuju sbb kenapa nak susahkan diri dan nak tambah tanggungan pulak tk pasal2 nak kena bayar sewa la makan la utility la sedangkan boleh dijimatlan dgn duduk serumah je, tapi lepas aku berterus terang dan slow talk akhirnya baba mcm ok sbb baba pun risau juge dgn kondisi company tu kalau aku tkda inisiatif, sbb baba sendiri nak bertindak pun mcm agak terbatas in certain thing. Tapi mama pulak tak setuju atas alasan sama mcm baba tadi, takut pandangan serong dari ahli keluarga lain dan bnyak lagi tambahan lain. Aku pun tak berani dah nak kata lebih takut jadi melawan pulak. Akhirnya aku akur dan cuba hadam sebaiknya nasihat mama serta cuba utk selesaikan masalah diri aku ni tanpa keluar rumah.
Sehari dua lepas tu semangat la jugak lepas kena brainwash mama tapi akhirnya aku kecundang jua dan tenggelam dalam attitude teruk aku tu..
Aku harap ada nasihat yang baik dan bernas lagi menyedarkan utk aku yg lemah ni dari sesiapa yang sudi. Dan mohon tolong doakan aku. Tq. Jazakumullah khair.
– Yg memerlukan nasihat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment