Friday, 28 October 2016

Jom Jadi Baik Sama-Sama

PengakuanKu

Assalamualaikum

Aku menaip confession ni waktu subuh di mana kawan serumah aku semua sedang nyenyak tidur… Cerita ni panjang. Aku tak tahu nk pendekkan mcm mana.

Aku pelajar uia.. Kawan kawan serumah aku pun pelajar uia.. Kami memang bff sejak dari semester pertama lagi. Sekarang kami dah grad dan minggu depan konvo. Alhamdulillah..kami Duduk menyewa satu rumah 4 org. Kawan2 aku ni semua baik.. Aku namakan mereka F, M dan A..Tak pernah lagi kami bergaduh.. Kalau ada pun gaduh manja2.. Main kutuk depan2 tu perkara biasa.. Dan tak pernah simpan pun dalam hati..

Walaupun kami sangat rapat tp aku banyak pendam rasa pasal diorg..pernah aku menangis fikirkan diorg..

Aku nak cerita tentang F dulu.. F ni baik, comel dan kalau tengok luaran mmg sgt perfect. Kalau aku jln dgn dia mesti lelaki akan pandang dia.. Tapi aku kesian dengan F ni.. Dia selalu gagal dalam bercinta.. Aku dah banyak saksikan kegagalan dia bercinta. Setiap kali putus cinta dia mesti meroyan teruk. Sampai aku dgn kwn2 lain kena pujuk dia. Baru baru ni F putus cinta lagi. Kali ni meroyan dia tahap luar biasa. Tak makan. Tak senyum tak bercakap. Diorg yg lain semua risau. Satu hari lepas balik kerja aku tengok F tengah duduk kat dapur makan megi. Memandangkan yg lain xde kat rumah aku ambil peluang berckp dgn F. Aku nasihatkan F ambil peluang putus cinta ni utk dekatkan diri dgn Allah. Sepanjang aku berkawan dgn F dia mmg jenis tak tinggal solat. Itu yg bagus. Aku cakap kat F solat je x ckup. Aku suruh dia rajin mengaji. Aku suruh dia dgr ayat quran..sbb dia selalu bukak lagu jiwang sedih kuat2 kat rumah. Lagu mcmtu akn buat dia lg sedih dan layan perasaan. F menangis masa aku ckp dgn dia. Dia kata terima kasih. Dia pegang tgn aku kuat. Kami menangis sama sama. Dia janji dengan aku dia takkan lemah sbb lelaki lagi. Dan dalam masa sebulan Alhamdulillah F dah pulih. Dia dah boleh move on dengan pakwe yg tinggalkan dia. Dia kata jiwa dia dah pulih. F ni ade sejarah hitam dalam hidup dia. Dia pernah mengandung anak luar nikah. Sebab kehidupan dia dlu sangat teruk. Masa belajar dulu F ni kerap keluar dengan pakwe dia. Dia pernah mengaku setiap kali keluar mesti peluk cium dulu. Sekarang aku syukur sgt tgk F. Dia dah okey. Dia kata kat aku betullah kalau kita tak tinggal solat dan sentiasa ingt Tuhan kite rasa susah nk buat jahat. Dan sekarang aku dah tak risau pasal F lagi. Dia dah makin ceria. Dah tak serabut lagi. Aku nasihatkan dia akan dtg kalau ade lelaki yang baik insya allah dia jodoh kau. Dan jangan ulang dosa lama mcm pegang2 peluk cium tu.

Habis cerita pasal F . Aku nk cerita tentang M dan A. M ni baik. Memang semua kawan aku baik pun..hehe. M ni senang nak mintak tlg. M ni tak merisaukan aku. Sbb dia xde buat masalah. Dia jaga solat. Dia mengaji. Dan xde buat maksiat. Aku selalu ckp kat dia setiap kali nak buat jahat ingtlah mak ayah yang lahirkan kau. Dan dari dlu smpai skrg M tak pernah buat masalah. Aku pun selalu kongsi cerita dengan M sbb dia jenis yg dgr luahan hati org. Satu hari, aku dgn M pergi kursus sbb boss tempat kerja hantar. Sebelum tu, aku M dan A belajar sama course dulu kat uia. Aku dengan M sama tempat kerja. Tapi A kerja tempat lain. Masa kursus tu aku luahkan dekat M yg aku risau sangat pasal A. Rupanya M pun sama risau pasal A. Apa yang kami berdua ni risau ialah A lansung tak pernah solat. Tak pernah mengaji. Dan yg paling mengejutkan M, A pernah tidur dgn ramai lelaki. Sekarang pun dia masih lagi mcm tu. Aku bukan nak fitnah A dekat M. Tapi aku dpt tahu cerita ni dari F. F cerita sbb A sendiri mengaku. Mulanya aku tak percaya. Tapi lepas aku cek phone A barulah aku percaya. Memang teruk sbb aku curi2 buka phone A. Tp disebabkan aku nak cari bukti. Hasilnya aku jumpa msg2 lucah kat wechat. Dan yg buat aku terkejut A hntr gmbr separuh bogel kat pakwe dia. Pakwe dia siap ckp lg tak sabar nak main lagi hujung minggu ni. Patutlah A selalu keluar hujung minggu. Terus aku terbayang mak ayah A kat kmpung. Mcm mana kalau mereka tahu anak mereka mcm ni. Allah.. Sedih hati aku.

Dulu masa kat uia kami berempat selalu pre reg bilik sama. Dan setiap kali cuti midsem mesti A tak balik kmpung. Alasannya xde duit. Rupanya dia pergi bercuti dengan pakwe dia. Setiap sem tukar pakwe. Aku pun ade perasan yg A bnyk upload gmbr dia bercuti kat fb. Tapi aku tak fikir buruk. Smpai F cerita kat aku baru aku tahu yg A bercuti dengan pakwe dia. A selalu cerita dekat F sbb dia anggap F sporting dan tak kisah. Tapi bila F cerita balik kat aku dia risau sangat pasal A dan dia nak aku dan M tegur A. Dia kata dia tak berani tegur A sbb dia sedar dia pun teruk dlu.

Dulu masa satu bilik kat uia aku tak pernah nampak A solat. Masa subuh aku tengok compartment A gelap je. Compartment F dan M terang waktu subuh. Aku selalu sngka yang A mungkin dah bangun lagi awal dari kami dan dia tidur balik. Sbb aku bangun subuh pun dekat pukul 7. Haha! Teruk betul. Tapi waktu lain pon dia tak solat. Dulu aku habis kelas dekat2 pukul 7. Terus balik bilik kejar nk mandi solat. Tapi A balik bilik siap2 wangi nk dating. Masa tu belum lagi habis maghrib dia dah keluar. Sampai la sekarang dah kerja ni A suka buat mcm tu. Balik kerja dia siap2 lepas tu keluar. Dan paling teruk sebagai kawan aku, M dan F belum berjaya tegur A. Aku tak tahu mcm mana nak tegur A. Pernah kami bertiga solat jemaah kat ruang tamu. Setiap malam jumaat baca yassin sama2. Kami buat mcm tu dengan tujuan A tergerak nak ikut. Tapi xde pun. Dengan selamba dia terus keluar. Setiap minggu kami buat mcm tu. A dah tahu jadi setiap malam jumaat dia akan keluar atau pun dia bg alasan balik kerja lewat sbb byk kerja.

Aku syg kawan aku. Tapi aku tak sanggup biarkan dia mcm tu. Tapi aku tak tahu nk tegur cm mana. Sbb A jenis keras kepala tak boleh di tegur. A mmg tak suka hal2 agama. Dulu pergi kelas UNGS 2030 smpai 2050 pun dia dah bosan dan carut2. Aku sabar je dengar dia carut. Tapi setiap sem pointer A ni mesti 3 ke atas. Dia pndai. Tak mcm aku. Nak dpt 3 pun susah.

Satu hal buat aku dan M terkejut masa kami pergi kursus, F tiba2 whatsapp. Dia hntr gmbar screenshot dr wechat. A update moment gmbar dia sgt seksi. Nampak sebahagian dada dengan caption i miss u sayang. Aku pun rajin bukak wechat. Tapi aku tak jumpa moment A tu. Mungkin dia set untuk tidak di lihat oleh aku dan M sbb M pun ckp dia x jumpa moment tu. A kembali dgn perangai lama iaitu menayang tubuh di wechat. Masa study lagi dia pernah buat mcm tu. Tapi lepas aku komen gmbar seksi dia dengan ayat ‘ tutuplah auratmu, jika tidak ia akan dijilat api neraka’. Sejak tu aku tak nmpak lagi dia update gmbr seksi. Rupanya aku baru perasan dia hide moment dia dari aku.

Malam tu masa kat hotel sebelum tidur M cakap dia tak boleh tidur. Dia risau tentang A. Dia takut nk tegur. Korang tahu kan perasaan mcm mana kita nak tegur kawan baik sendiri. Susah sangat. Kami pernah hadiahkan A telekung. Sbb aku tak pernah nmpk telukung dlm almari atau dlm bilik A. Kat uia dulu pun tak pernah nmpk A gantung telekung dalam bilik. Hadiah telekung yg kami bg pun aku tak nmpk kat mana.

Aku buntu. Xtahu mcm mana nak tegur A. A pernah ckp yang dia tak suka org lain sibuk hal dia. Tapi ini melibatkan jalan kita ke syurga. Kalau boleh aku nak kita kawan smpai syurga. Aku tak nak terlambat. Aku syg kwn aku.

A.. Kalau kau baca confession ni tlg la fhm perasaan aku, M dan F. Kami sygkan kau.. Sygkan hubungan kita. Kau baik. Aku nak kau berhenti buat maksiat semua ni. Jum la kita bina jalan menuju syurga. Setiap kali nak buat jahat ingtlah Allah. Ingtlah mak ayah kau. Buka hati kau. Aku nak kita sama sama berjaya dunia akhirat.

– violet

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.