Sunday, 12 February 2017

Bila Kita Selalu Tanya Dia II

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi siarkan. Jika tidak disiarkan mereput la penulisan ini sampai ke sudah. Haha. Aku tidak pandai bermadah pujangga untuk menulis ayat-ayat gempak tetapi hanya sekadar coretan yang sempoi untuk amalan bersama. Dulu aku pernah menulis satu post yang bertajuk “bila kita selalu tanya DIA” dan kali ini aku ingin membuat sambungan untuk tajuk tersebut. Maaf jika agak panjang dan berpinar-pinar mata nak baca. Sedikit pengenalan untuk diriku. Aku seorang pelajar IPTA yang masih di bawah tanggungan bapaku. Umur takdalah tua dan takdalah muda sangat. Pertengahan 30. Hehe.

Since dah lama post yang lepas disiarkan dan mungkin ada yang tidak pernah membaca aku nak ingatkan semula berkaitan tajuk bila kita selalu Tanya DIA. Kadang-kadang kita lupa untuk bertanya Allah dahulu untuk setiap perkara yang ingin kita lakukan. Kita fikir kita hanya boleh mintak dan mengadu kepada Allah hanya di dalam solat sahaja sedangkan Allah sentiasa je memerhati dan mendengar setiap perkataan dan perbuatan kita. Nampak macam remeh kan? Tapi sebenarnya walau sekecil-kecil perkara pun kita boleh mengadu pada Allah. Okay aku bagi contoh pengalaman aku sendiri.

1. TRAVEL

Dulu aku dan rakan-rakan plan untuk melancong ke satu Negara ni. Maka tiket flight semua pun dah beli. Tapi masa tu aku takdalah banyak duit pun. Student kan. Duit makan pun mintak parent lagi. Kira masa tu dalam proses nak mengumpul since berapa bulan lagi untuk sampai ke tarikh tersebut. Dalam masa tu jugak aku selalu berdoa pada Allah “ Ya Allah, Ya Razzak, engkau cukupkanlah duit aku untuk aku melancong ke Negara tersebut. Cukupkanlah keperluan aku di sana Ya Allah” . Tak berapa lama selepas mengumpul tu (ada la sikit2 duit masa tu sementara nak cukup bajet) tiba-tiba dapat panggilan dari seorang kawan untuk gantikan dia mengajar untuk satu hari sebab dia ada hal. Jumlah yang dia bagi pada aku untuk satu hari tu sungguh membuatkan aku sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana mendengar permintaan aku. Macam tak percaya. Sungguh Allah maha mendengar. Bukan sahaja Allah cukupkan tapi terlebih-lebih pulak Allah bagi. Alhamdulillah.

2. HUTANG

Okay yang ni pulak hutang yang tak disengajakan. Haha. Boleh kata jumlah yang agak besar bagi aku la walaupun sebenarnya aku memang tak suka berhutang. Huhu. Mengikut perjanjian aku akan membayar sikit-sikit pada kawan aku. Biasa la. Part time pun kadang ada kadang tiada. Mintak parent hanya duit nak makan since aku tak dapat mana2 elaun sara hidup. Maka bermulalah permintaan hanya pada yang SATU. Setiap solat atau dalam apa jua situasi aku berdoa “Ya Allah Ya wahhab, murahkan lah rezeki aku untuk aku melangsaikan hutang tersebut. Hadirkan lah rezeki yang tak disangka2 supaya aku dapat membayar hutang dan boleh mengumpul sekaligus”. Sungguh Allah itu MAHA BESAR. Tanpa disangka ada seorang parent kol aku untuk mengajar anaknya pada setiap hari. Setiap hari okay masatu. Mungkin disebabkan aku tak sampai hati nak ambil charged yang mahal jadi aku menawarkan ala kadar. Sebulan aku mengajar aku tak menyangka ayahnya memberi dengan jumlah yang lebih daripada aku tawarkan. Maha Suci Allah. Sungguh besar kuasaMU. Daripada perjanjian nak bayar sikit-sikit hutang tersebut tapi aku langsaikan sekaligus. Malah dapat mengumpul sekali. Bersyukur tak terhingga. Keajaiban meminta pada Allah itu sungguh menakjubkan! Besar bagi kita tapi kecil di mata Allah.

“fa-biayyi alaa’I Rabbi kuma tukadzdzi ban” (maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)- surah Ar- Rahman.

3. LAPTOP

Nak dijadikan cerita, laptop yang setelah sekian lama aku guna rosak. Kebetulan masa tu aku pulang ke kampung dan aku mendapat panggilan laptop aku rosak chip motherboard. Padahal sebelum tu aku dah pernah baiki tapi rosak semula. Aku bingung tak tahu nak buat apa. Laptop sangat penting bagi aku sementara aku masih belajar. Kos nak baiki jugak agak mahal. Macam tak berbaloi untuk baiki semula memandangkan warranty pun tak lama. Nak beli baru pun mana cukup duit. Jadi penyelesaiannya aku terpkasa memberitahu ayahku. (ayah aku seorang yang garang dan bukan senang-senang nak dapat sesuatu benda semudahnya). Sungguh Allah itu pemilik setiap hati hamba-hambanya. Aku Tanya Allah. Aku mintak pada Allah untuk lembutkan hati ayah aku nak beli laptop baru. Dapat laptop yang biasa2 pun takpa. Aku tak nak demand lebih2. Boleh buat kerja pun jadi la. Aku cakap pada Allah dengan ayat santai tapi dengan penuh keyakinan. Keesokan pagi, ayah aku datang dan memberitahu aku supaya pergi survey laptop. (walaupun masa bagitau aku disoal bermacam2 macam nak menangis). Pagi2 bangun buka mata dah dapat kabar gembira. Terima kasih Allah! Buat solat syukur masa tu.

Bertanya lah pada Allah untuk sekecil-kecil perkara walaupun hanya mintak Allah pilihkan baju untuk pakai ke pejabat. Mana tahu Allah datangkan ilham. Silap2 kau makin berseri-seri memakai baju yang Allah ilhamkan untuk kau pakai pada hari tersebut walaupun hakikatnya kau dah pernah pakai baju tersebut tapi serinya tiada.(pernah terjadi pada aku).

Sebenarnya banyak lagi pengalaman2 keajaiban bertanya pada ALLAH dahulu dan meminta pada ALLAH. Saudara saudari sekalian tak rugi jika kita minta pada Allah. Bermohonlah pada Allah kerana DIA lah satu-satunya pencipta sekalian alam yang akan mengabulkan setiap permintaan hambanya. Meminta-minta pada manusia pasti kena marah tapi minta pada ALLAH pasti akan dikabulkan. Jika tidak dikabulkan mungkin belom sampai masa, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Bersangka baik lah untuk setiap perkara. Ehem aku jugak pernah memohon pasal jodoh. Tapi Allah sebaik baik perancang. Tengoklah macam mana Allah nak atur nanti.

Ingat ya, jika anda meminta pada Allah jangan sesekali bercakap “ALLAH belum makbulkan” tetapi bercakaplah “ Insya Allah, Allah pasti akan makbulkan”. Percayalah dengan mengubah sangkaan dan bersangka baik dengan Allah akan mampu mengubah apa jua keadaan dan kesulitan. Sebutlah nama-nama Allah ya razzak, ya wahhab, ya basit yang mempunyai maksud tersendiri supaya lebih mudah dimakbulkan. Jadikanlah solat dhuha sebagai perkara wajib bagi diri untuk dilakukan setiap hari kerana terlalu banyak keajaibannya. Rajin-rajinkanlah membaca surah waqiah supaya rezeki dilancarkan dan jadikanlah amalan2 sunat yang lain seperti sedekah jariah dan tahajjud sebagai amalan harian. Sibukkanlah urusan kau degan Allah untuk Allah lancarkan urusan dunia kau. Rasa panjang dah coretan ini. Ada masa, rezeki jika di izinkan kita berjumpa lagi. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Amiiiinnn..

– cik single

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.