Assalamu’alaikum. Salam sejahtera. First of all, aku nak ucap terima kasih jika confession aku disiarkan. Kisah aku tak special macam kisah2 lain tapi aku cuma nak korang hargai seseorang yang dipanggil ayah.
Aku ni membesar bukannya rapat dengan ayah. Apa pun tak tahu nak borak sebab ayah aku ni garang and tegas sangat. Kalau dia kata A maknanya A lah. Jangan nak membongak dia, memang dia tiaw kau. Oh ye, aku ni umur dalam 20-an dan mak aku seorang yang lembut orangnya. So, bila dah umur makin meningkat ni, aku dapat kesedaran nak selami hati seorang ayah yang selama ni aku tak pernah tahu. Yelah dulu remaja kan, tahu nak seronok je takde arah tujuan. Mungkin sekarang Allah bukak hati aku. Tapi aku tak cakap aku ni baik, aku ni biasa2 je. Sengal2 tu masih ada.
Bila aku dah besar ni, rasa susahnya hidup aku rasa kesian kat ayah. Banyak benda ayah kena tanggung. Dulu aku student, bila dia hulur duit, aku cuma ambik separuh je. Aku takut ayah aku sendiri tak ada duit untuk makan, sedangkan aku makan sedap2. Aku tak sampai hati. Hati aku lebih senang macam tu.
Dan baru sekarang aku faham kenapa ayah selalu marah2 dulu. Sebab dia nak didik aku jadi orang berguna tapi aku ni degil ha dulu mana lah aku nak nampak. Alhamdulillah, aku ni takde lah berjaya tahap jadi orang kaya ke apa cuma rezeki tu cukup. Apa yang aku buat, hanya nak balas jasa mak ayah. Aku nak bahagiakan hati dorang.
Aku perasan rambut dia makin memutih, sebak hati aku tengok. Ayah aku ni tak pernah cakap pasal soal perasaan dia. Aku tak pernah nampak ayah sedih sepanjang aku hidup sampailah suatu hari, aku nampak ayah nangis masa arwah nenek meninggal. Hati aku tersentak. Bodohnya aku lagi tak pernah nak usaha paksa diri untuk rapatkan diri dengan ayah.
Bab aurat dulu haihh, aku memang pakai bedal je. Keluar pun pakai seluar pendek, jahiliyah betul aku dulu. Sedih. Sekarang aku tengah cuba dekatkan diri dengan Allah. Pakai tudung labuhkan, pakai stokin and so on. Buat gadis2 kat luar sana, tolong tutup aurat dengan sempurna. Tak kesian kat ayah? Aku tahu dia risau aku masih tiada seseorang yang istimewa untuk dijadikan suami. Aku malas fikir, aku lebih syukur begitu kerana aku nak sangat jaga mak ayah aku sampai aku dah takde nanti.
Aku tak pandai nak cakap perkataan sayang pada ayah. Peluk ayah pun aku tak pandai. Sebab aku ni bukan kategori mulut manis, tapi hati aku ni Allah je tahu. Apa yang dia tak pernah cakap, aku cuba fahamkan isi hati dia. Aku paling fail masa raya nak mintak maaf. Airmata terjun mencurah, nafas aku macam lari pecut berganti ganti weh tahan sebak aduh. Sekarang, aku usaha nak jadi anak yang baik dan aku harap korang pun dapat jadi anak yang baik. In Shaa Allah.
– Anak Ayah
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment