Thursday, 2 February 2017

Kuli Yang Berjaya

PengakuanKu

Assalamualaikum.
Terlebih dahulu terima kasih kpd admin jika sudi siarkan confession aku ni.

Aku cuma nak cerita perihal abg2 aku yg bekerja sebagai kuli. Kami bukan lah dari keluarga yg senang mahupun susah. Kami dari keluarga yg sederhana. Aku ada 3 org abg dan kesemuanya hanya belajar setakat SPM. Semuanya tidak minat belajar jadinya bekerja sebagai kuli. Kuli di mana biarlah rahsia . umur abg aku semuanya 20-an.

Mari aku cerita dkt korang walaupun abg aku jadi kuli, tapi diorang jadi kuli yg berjaya. Abg aku yg sulung bekerja as kuli dh hampir 10 tahun gitu. Now dh berkahwin dan punyai anak lelaki seorang. Walaupun kenduri kawin dia dulu mak abah yg tanggung sepenuhnya, tapi sekarang kehidupan dia dh stabil sbb kewangan keluarganya isteri yg urus. Perempuan kan pandai bab2 jaga duit. Mana perlu simpan, mana perlu guna utk anak dan lain-lain. Lagi satu abg sulung aku tersgt lah humble. Tak pernah berkira dgn adik beradik. Kalau nak pegi dinner ramai2 masing2 share duit walaupun masing2 gaji hanya RM1300 ke bwh.

Abg aku yg kedua pula kuli jugak. Dia pernah apply kerja polis and tentera tapi fizikal dia tak lepas. So jadi lah dia kuli fulltime. Abg aku yg ni jgk sudah berkawen dan ada anak perempuan seorang. Tapi abg aku yg sorg ni lain sikit , kedekut tahap gaban. Mintak beli biskut pun jgn harap dia beli selagi tak hulur duit sendiri. Tapi kedekut dia membuahkan hasil. Buktinya pada usia seawal 22/23 tahun dia dh mampu miliki sebuah motosikal dan 2 buah kereta walaupun second hand punya. Now umur dia 26 and dh mampu ada rumah sendiri bkn rumah sewa. Dlm dia kedekut tu, dia menabung rupanya.

Abg aku yg lagi sorg ni skrg umur 21 tahun. Jadi kuli jgk lps tamat giatmara. Yg ni tak kedekut tapi boros. Tiap bulan selalu shopping baju , kasut , topi , seluar branded. Dlm boros tu dia dh mampu kumpul duit and beli sebuah kereta dan sebiji moto. Jadi lah kan . pemboros tapi pada masa yg sama bijak agih wang utk beli keperluan yg penting. Abg aku yg ni jgk tak berkira. Phone aku ni pun abg aku yg kasi. Hobi dia pula suka tukar2 phone. Kdg iphone kdg samsung and terbaru dia guna Vivo V5 kalau tak silap. Kenapa muncul sikap dia pemboros gini? Ye lah kecik2 dulu tak mampu nk beli sendiri sbb mak abah tak berduit sgt. Nak apa kena usaha sendiri. Now dh keja as kuli dpt merasalah semua kemewahan ni. Mak abah aku dh suruh abg aku yg ni start menabung utk kawen pulak. Hehe.

Apa yg aku nak tekankan dkt sini adalah abg aku semuanya tak merokok sbb tu duit melekat. Aku tak salahkan perokok diluar sana. Cuma aku salute dkt abg2 aku sbb mmg diorang takde nafsu nak merokok bagai nih. Diorang sendiri rimas dgn asap rokok. Alhamdulilah berkat tak merokok dptlah diorang simpan duit utk something yg lebih berguna. Kuli tu mmg abg aku rajin buat OT so gaji lebih sikit. Kami pulak stay area utara so kos sara diri tu lebih rendah berbanding dkt bandar.

Aku dgn kakak aku so far tak penah jadi kuli. Kak aku dh berjaya keja dgn kerajaan dan tiap bulan mmg hulur duit dkt mak abah. Aku pula still study and abah tanggung sepenuhnya. Abg2 aku masih teruskan dgn pekerjaan as kuli and aku bangga dgn abg2 aku. Buat apa nk malu selagi kerja tu halal dan sah di sisi undang2. Nasihat aku kpd kuli di luar sana, korang kena ada perancangan kewangan utk masa depan yg cerah. Jgn malu dgn pekerjaan korang sbb itu rezeki yg Allah kurniakan so kena bersyukur selalu. Banyakkan bersedekah dan jgn berkira utk hulurkan kpd org tuamu.

Sekian sahaja dari aku. Assalamualaikum.

– Diba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.