Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca tegar IIUMC. Terima kasih admin jika nukilan aku yang ringkas ini diketengahkan.
Aku tegak je lah terus kepada apa yang terbuku di hati ini. Baca dengan tenang.
Ketika nukilan aku ini diketengahkan (harapnya lah), pawagam – pawagam kita sedang rancak menayangkan filem Logan. Bagi yang tak tahu, Logan adalah Wolverine, salah satu watak dominan di dalam francais filem X Men. Dan bagi yang tahu juga, ianya merupakan filem terakhir untuk Hugh Jackman membawakan watak yang cukup ikonik dengan dirinya itu di layar perak. Maka tidak salah dikatakan, filem ini mempunyai nilai sentimental yang sangat mendalam bagi mereka yang meminati watak Wolverine itu sendiri. OK cukup lah tu untuk intro.
Menonton wayang itu tidak salah. Ianya merupakan satu bentuk hiburan. Lebih lebih lagi kepada penggemar movie. Namun apa yang menjadi kekesalan adalah sikap segelintir penonton yang membuat spoil (aku tak tahu perkataan Bahasa Melayunya apa). Lazimnya mereka ini akan membuat spoil di laman media sosial mereka. Contohnya…
“Best filem XXXXXX malam tadi. I bagi 5 bintang. Tapi I sedih heronya mati kena bunuh”
“Tak sangka rupa – rupanya Mr X adalah pembunuhnya!!!. Terbaik punya twist! Aku bagi 5 bintang untuk filem ini!!!”
Korang boleh faham kan sekarang bentuk spoil tu macam mana?? Spoil ni secara tak langsung telah mematikan sebarang unsur surprise pada sesebuah filem. Aku cukup anti dengan perangai sebegini. Untuk apa? Nak menunjuk kepada dunia bahawa kau dah tengok lebih dahulu dari orang lain? Kalau ya pun nak up status kat wall FB, pandai – pandailah tulis dengan vague, tanpa sebarang spoiler yang boleh membunuh keterujaan orang lain untuk menonton filem tu di pawagam. Jangan gopoh sangat up spoiler untuk tagih Like.
Tolonglah. Hormatilah hak penonton lain yang berbulan bulan (malah bertahun) menunggu untuk menonton filem yang mereka nantikan di pawagam. Kepada kaki spoiler, sedarlah bahawa apa yang kamu spoil kan dengan baris ayat tak sampai 5 saat itu telah membunuh keterujaan dan penantian kami selama ini. Bila kesudahan sesuatu filem itu dah dihamparkan, bagai tak ada maknanya lagi bagi kami untuk menjejakkan kaki ke pawagam. Mungkin nampak remeh, tapi itulah hakikat kepada kami penggemar filem. Lebih lebih lagi kepada filem yang mempunyai nilai sentimental bagi kami sebagai “die gard fans”. Kami sangat bencikan spoilers.
Betul. Hak menulis di wall FB adalah hak masing masing. Tapi, biarlah berakal. Kalau lepas seminggu dua filem itu ditayangkan, kau nak spoil apa pun lantaklah. Filem dah lama tayang. ni baru habis tayangan perdana waktu midnight, keluar wayang je terus kau tangan gatal capai smartphone canggih up status.
Benda ni common sense, which is respect, something you (kaki spoilers) might be lacking in your life.
(usai aku menulis ni, aku dah tahu apa ending filem Logan. Terima kasih kepada kaki spoilers. Berbulan bulan aku teruja menantikan filem ini, semudah itu keterujaan aku hilang. Terima kasih lah. Jilake betul…)
– Kaki Movie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment