Saturday, 24 June 2017

Dilemma

PengakuanKu

Assalamualaikum. Ada ke para pembaca dekat sini yang anak angkat macam aku? Aku sebenarnya anak angkat sebuah keluarga ni. Umur aku waktu tu baru 1 tahun lebih. Sekarang aku dah masuk 22 tahun bulan ogos ni. Keluarga angkat aku ada 4 adik beradik 3 lelaki sorang perempuan. Dan umi angkat aku pula dah lama jadi ibu tinggal. Lebih kurang 15 tahun.

Yang abang aku 3 orang tu semua dah kahwin. Tinggal akak aku je yang belum. Jadi kalau raya memang menantu perempuan mai sini. Padahal rumah dekat bandar juga haha. Tapi kadang-kadang tu aku dengar adalah akak ipar aku mengadu dekat abg aku pasal umi itulah inilah. Awalnya tak apa lah. Aku tahu umi ni dia cerewet, garang. Kadang-kadang aku slowtalk juga dengan umi aku. Akak aku tak boleh. Dia bisu, jadi segala macam dia nak sampaikan dia kasi tahu aku. Iyalah sebab aku ada belajar bahasa isyarat.

Memanglah umi aku ni mulut pantas je, tapi kalau ye pun jangan lah marah umi aku depan akak aku. Ada sekali akak ipar aku tengking umi aku. Aku tahu dia marah. Waktu tu cuma aku akak dengan umi je. Akak aku diam je dia nangis. Dari aku kecik kalau bergaduh ke apa dia nangis je. Umi aku diam je. Aku pun selalu meradang kalau kena marah dengan umi aku. Tapi setakat merungut dalam hati. Iyalah mak kita ni walaupun garang. Diorang mudah terasa.

Kadang-kadang waktu malam raya. Ada salah faham habis akak ipar aku bergaduh. Abg aku pun ada kata dengan umi jaga hati isteri dia. Tapi isteri dia kena lah juga jaga hati umi. Sampai lah raya tahun lepas. Sebenarnya benda remeh je, mungkin pada aku. Umi aku adalah bebel sikit dekat akak ipar aku. Tiba-tiba akak ipar aku melenting. Dia masuk bilik. Abg aku pula marah umi. Geram pula aku waktu tu. Lepastu tiba-tiba abang dengan akak aku dia keluar. Rupanya malam tu diorang tidur dekat hotel. Umi punya lah risau malam tu tak boleh tidur dia berjaga dekat sofa tunggu. Akak aku pun teman umi sampai pagi. Kami telefon tak dapat. Diorang matikan telefon

Pagi tu pula diorang jawab “tidur hotel” macam tu je. Umi diam je. Akak aku ni dia marah. Dia bebel dekat aku tapi yerlah pakai bahasa isyarat kahkah kelakar pula aku rasa waktu tu walaupun tengah geram. Akak ipar aku yang lain ok. Aku tak tahu kenapa kak long aku tu dia macam tak ngam dengan keluarga kami. Ada sekali tu dia perli akak aku dia buat lawak cakap ” kalau bisu macam mana nak ucap maaf dekat suami waktu hari raya.” Geram pula aku. Akak aku tunduk je. Pernah juga waktu dia baru tahu yang aku ni anak angkat. Dia cakap “patutlah”. Aku pun diam je.

Iyalah kadang-kadang nak bersuara lebih pun tak boleh. Balik kampung pun dengan sedara mara pun kekok lagi. Takkan nak tegur akak ipar aku pula. Jadi diam je lah mampu. Aku tak kisah nak perli aku pasal anak angkat. Tapi kadang2 dia perli akak aku. Ada juga dia perli akak2 ipar aku yang lain. Tapi yang penting jangan lah marah umi aku. Umi walaupun garang. Makin hari makin sensitif. Asyik nangis je. Jadi tak kiralah kalau korang setakat menantu. Tapi layan lah mak mertua korang tu macam mak sendiri. walaupun dia membebel kadang-kadang ada baiknya. Kalau dia marah maknanya dia prihatin. Jadi selamat hari raya aidilfitri. Harap semua berbahagia dengan keluarga memasing.

– Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.