Hi , nama aku ary..aku xtahu nak luahkan kat mana perasaan ni. Tapi suatu perasaan yang rindu pada seseorang. Aku bekerja di sebuah syarikat swasta sudah hampir 3 tahun. Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang aku sangka sorang yang bole aku anggap sperti pakcik-pakcik. Tapi pada masa yang sama aku rasa die ni macam muda lagi, maybe tubuh badan dan kulitnya yang gelap menampakkan die macam sorang pakcik2 bagi aku. Selalu jugak aku Nampak die selalu berborak2 dengan rakan sekerja yang lain. Dari segi gaya bercakap dan perwatakannya membuat kan hati aku berkata-kata, eh poyo betul pakcik ni., dah tua2 pon nak berlagak macam orang muda .
Setelah hampir setahun lebih aku bekerja di sini, aku ada dengar orang bercakap-cakap pasal si pakcik ni, sebenarnya masih belum berkahwin..huh memamg patutlah dengan gaya dan style die tu poyo..Ramai senior2 yang bercerita pakcik ni sangat memlilih dan sangat cerewet dalam memilih pasangan hidup die. Wah ni peluang terbaik bg aku nak korek cerita yang lebih lanjut tentang pakcik hahha…Pakcik sebenarnya adalah salah seorang manager di tempat aku. Entah kenapa aku asyik terserempak dengan dia bila aku nak ke tandas dan surau. So kami pon selalu jugak terserempak tapi tak pernah bertegur sapa pon. Lagipon aku ni bukan berkawan sangat dengan lelaki . Kadang-kadang bila terserempak selalu jugak bertentang mata tapi kami still xbertegur pon.
Lama-lama aku tengok pakcik ni aku macam tersuka la kat die walaupon dalam hati aku still cakap eh poyonye pakcik ni. Makin hari makin kuat pulak perasaan ni untuk suke kat pakcik ni. Aku cuba untuk melawan perasaan nit p tetap x boleh sebab hati aku sudah lama tidak diketuk oleh perasan cinta. Aku cuba menafikan perasaan ini berkali-kali dengan berkata ish pakcik ni dahlah xhensem besar hitam n poyo plak tapi tetap x bole lawan perasan ni. Aduh..nak buat macam mana ni…aku pon mkin lama suke plak kat pakcik ni..aku pon mencari peluang nak berkenalan dengan pakcik ni..yes aku dapat idea..ade sorang budak dekat ofis aku ni selalu join sport same dengan pakcik. Yuhu..aku pon gembira tak terkata. Aku mendapat idea nak suruh budak lelaki ni jadi orang tengah untuk aku.
Aku pon berbincang la dengan budaka laki ni kononnye nak suruh die bertanyakan pada pakcik dah ade someone ke belum..hahhah ..agak lama la jugak nak suruh budak ni korek2 n bertanya pada pakcik tu… biasalah budak laki kadang2 dorang susah sikt bab macam ni..hampi sebulan aku tunggu. Akhirnye budak laki ni pon buat kerja yang aku suruh tu…jeng jeng jeng…..budak tu bgtau pakcik tu dah bertunang tahun lepas dan akan berkahwin pada tahun ni…yang paling x best pakcik ni tau pulak aku yg suruh bdk laki tu tanyakan kat die..Kantoi! . dah la satu ofis..huh malu jugak lah tapi aku buat dunno je..Pasal yang die cakap dah bertunag tu aku hanya mampu gelak dalam percaya dengan xpercaya je.sebab budak ni ckp pakcik ni sangat misteri and xsuke cerita pasal life die kat orang lain. Aku agak kecewa juga tapi aku redhaa sebab aku dah tau taste die macam mana so saje nak try..puih…!!.
Ada beberapa kejadian selepas aku kantoi minat kat pakcik tu hahahah..aku nampak pakcik potong rambut, berpakaian kemas setiap hari. Kalau dulu baju yang sama je pakai..sekarang dah pandai bergaya dan baju pon bertukar warna setiap hari..maybe ni penangan cinta sakti aku hahahahahahahahahah. Tapi kan pakcik tu lagi nampak kepoyooan die bila tetibe die berubah macam tu..kata dah bertunang dan bakal berkahwin tapi bole plak flirt ngan aku. Kadang-kadang bila aku nak masuk lif dia tahan kan pintu lif konon nak nampk gentleman..hahaha ..aku dapat rasakan yang die sebenarnya xbertunang lagi….ramai jugaklah yang xpercaya die dah bertunang..aku pon xfaham kadang2 die ade jugak tunjuk minat kat aku..tapi aku pon xtahu nak buat macam mana kan die sendiri dah tolak aku dengan cara macam tu. Kadang2 memang nampak cara pakcik tu tunjuk minat kat aku..selalu je pandang aku dari jauh..hhahahh ade mase aku sedih aku ade request lagu untuk pakcik kat radio…xsangka la pulak dj tu siap bacakan ucapan aku dan putarkan lagu yang aku tujukan untuk pakcik..aku gembira sangat senyum sampai ke telinga..kadang-kadang mase tengah bekerja pon senyum sorang2 aduh la..
Hari2 yang aku lalui macam baisalah, aku cube kumpulkan semangat nak pergi kerja sebab ade pakcik yang aku suke kat ofis hahah..kaan aku pernah tanya mcm mana aku bole bangun pagi dan termotivasi nak pergi kerja hari2 sedangkan die susah nak bangun pagi pergi kerja. Aku pon cakplah kat ofis ade pakcik kesayangan sebab tu aku semangat bagun pagi nak pergi bekerja hahahah..
Bagi aku walaupon pakcik seorang yang poyo die adalah seorang yang sangat berdedikasi dan berkarisma. Aku ade dengar budak2 ofis cakap yang kerja die memang tip top..yeke hahah aku pon xtau tapi aku tengok die sangat bersungguh2 dalam pekerjaan..Sampai pada satu tahap dia dianaugerah kan satu award diatas pencapaian die. Wow aku pon hanya berbangga dalam diam la sambal mengucapkan tahniah dalam hati. Kalau berjumapa die kat mana2 memang aku xberani pandang die sebab malu ya amat hahah..tapi aku bangga dengan kau pakcik!
Aku hanya mampu melihat kau dari jauh je huhu..tapi aku sangat2 sedih bila baru2 ni aku dapat tahu pakcik dapat oofer ke company lain..PAKCIK AKU HARAP KAU PERGI DENGAN PENYESALAN! Aku tau aku bukan wani ta yang perfect seperti yang kau nak, tapi sekuarang2nya bagilah aku peluang dahulu sebelum kau menolak aku. Aku tau kau pergi maybe sebab nak tutup malu yang sebenarnya kau masih belum berpuya tapi terlalu terikut2 dengan kehendak hati yang inginkan kesempurnaa. Hari2 yang aku lalui sekaran ni tiada lagi semangat seperti dulu..aku pon rasa lemau nak pergi kerja sebab kau dah xde kat ofis..aku cume nak confess yang aku rindukan kau PAKCIK! …Ini sahaja yang mampu aku luahkan…maybe lepasni kita xakan bertemu lagi..bye2 pakcik..
– ARY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment