Wednesday, 1 August 2018

Unsafe School

PengakuanKu

Assalamualaikum

Harap kali dpt la admin siar sb sebelum ni x pernah nk siar hahaha

Anyway tq admin.

Kisah dia gini aku ni bukan la jenis mak y “manjakan anak” anak balik ngadu aku salahkan anak je aku backup cikgu .

Khamis lepas dlm brp aribulan ek lupa dh julai baru ni anak aku kena tarik teling smpai nangis katanya sakit sb terjatuhkan enset cikgu atas meja.

Mlm tu nangis tak mau p sekolah sebab takot satgi cikgu dengan pembantu murid perli marah lagi.

Aku cakap eleh takat tarik telinga dah tak mau g sekolah, tak de esok pergi jugak. Pastu dia nangis dia cakap tau tak kakak kena rotan belakang kena rotanh tangan tengok ni merah habis.

Aku pon tengok wah boleh tahan kuat hahahaah . Aku cakap padan la nakal sangat .

Esok nya tak nak pergi sekolah juga hah sudah pening kepala kami laki bini pujuk.

Esoknya aku sorang pergi sekolah nak jumpa cikgu tapi si cikgu macam takot lari buat busy eh ape hal ni. Sudahnya aku cari Guru besar konon nak minta nasihat lah bukan pergi “serang” sebab aku jenis mak yang tak manjakan anak.

Aku pon sembang lah teh tarik session dengan guru besar yang aku tengok macam tak dak gaya GB hehehe.

So balik umah ingat settel lah sekali pembantu murid yang tah mana mana datang pergi pulak mengumpat aku serang sekolah kat jiran dan jiran aku yang maha cerdik ni pergi provok aku dan aku ni sejenis jujur cerita la sebab ingat sembang bawang hahahaahahah aku bukan makcik bawang ok aku budak baik.

Sekali dia pergi foward mesej aku tu pada cikgu cina tu dan apa lagi cikgu cina tu pon melompat gembira konon nak dakwa aku atas aku menipu tuduh dia rotan dan tuduh dia pengaruh anak menipu mak bapak jangan bagitaju mak bapak kalau kena rotan walhal yang ajar menipu tu pembantu murid tang tudung labuh tu la.

Tak kan anak aku nak menipu. Dah dengar kisah gitu aku pergi la sekolah nak clear keadaan konon nak bagitau salah paham la. Sekali wah pk hem , cikgu cina berkeras nak dakwa kat polis aku jawab buat la report aku tak kisah nanti aku pon buat report.

Aku terus jumpa jiran aku yang aku akan dakwa dia juga , jiran aku punya kecut dia delete mesej aku semua dan petang tu pk hem dan cikgu cina tu dan pembantu murid dan banyaknya dan hahahaha tu call jiran aku sebab nak tengok mesej tu nak buat screen shot untuk report pasal aku malangnya dah delete dan diaorang marah jiran aku kenapa delete sebab tu bukti nak dakwa aku.

Korang nampak tak kehebatan lakonan pihak sekolah? Aku ni punya la baik datang dalam keadaan pari pari sekali aku pulak nak di cari gaduhnya.

Ok la dh seminggu anak aku tak pergi sekolah aku pergi hantar surat tak datang sekolah alasan ” takot cikgu”

Aku tanya pk hem awak paksa saya minta maaf saya dah minta maaf siap cikgu tak mengaku salah. Boleh cikgu pk hem tu bagi tau aku jangan mulakan api. Aku cakap aku ni ada bukti gambar tau kalau nak sangat aku buat je report.

Aku dah bagi peluang aku dah jadi bodoh dah buat baik gila minta maaf tapi wah lakonan komplot antara mereka bertiga tetiba skema.

Aku cakap kat pk hem. Im not start with the flame but u are trying touch the ocean that anytime could be a float hahaha ok ke aku speaking? Hahaha sorry guys

Pas pk hem tau aku ada bukti terus dia pujuk tapi dia kata cikgu cina ego tak mau minta maaf

Aku ni dah nak balik sekali pembantu murid angkat geng daa diaorang cakap ” kalau anak sesapa sikit ngadu nak report polis kami tak sentuh budak tu dah nak jatuh tergolek ke ape”

Aku yang dengar ni aduh punya la sedih sebab aku datang cara elok bukan serang tapi cikgu yang nak hentam aku dah aku pulak nampak bersalah.

Abis pembantu murid jaja nama aku ngan anak aku kat kedai kat sekolah kat mak bapaka pra selolah lain

Aku ni satu apa ain tak cerita kat sesiapa melainkan suami dan family.

Sampai hari ni cikgu cina tu tak minta maaf dia tak tahu aku dah tahu yang dia tak da bukti nak dakwa aku. Tapi ego yang tinggi. Anak jiran aku cakap cikgu hari hari perli ” ha sapa main kasar jangan lupa report polis tau kalau kawan pukul suh mak report polis tangkap kawan” tu masa anak aku tak de dalam kelas kalau anak aku pergi kelas tah ape la diaorang perli kat anak aku.

Sian anak aku dah la bijak baca mengira hafal Quran matang pandai cerita balik apa yang berlaku dalam kelas.

Kawan kawan anak aku bagitau makcik cikgu dan sembunyikan rotan dia cakap dia tak nak guna rotan sekarang kalau kami lambat buay kerja cikgu dah tak rotan dah.

Pastu aku tanya ada tak pembantu pesan kalau apa berlaku jangan bagi tahu mak bapak? Bebudak tu jawab ada makcik pembantu pesan kalau kena rotan ke tarik telinga ke luku kepala ke jangan bagitahu mak.

Aku pon call la PPD masih dalam kontek nak tanya pendapat bukan nak adu sebab aku masih pikir panjang hahaahahha

Korang kalau ada idea ke semangat nak bagi aku dan anak aku kuat bangkit lawan ke komen la ok aku baca tapi jangan la kecam kang aku sedih ahahahahha

Terima kasih assalamualaikum

– Mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.