Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih admin walaupun aku tak tahu cerita ni bakal dipost ataupun tidak. Ini cerita jahiliyah aku.
.
Aku nak cerita serba sedikit tentang aku yang menjadi menantu pilihan. Haha klisenya tajuk. First of all..Allah dah siap tulis jalan cerita kita. Setiap jalan cerita mesti ada hikmah yang dasyat dari Allah. Macam yg korg tengok dalam cerita munafik tu. Hebat kan? Jodoh ajal maut semua dah diatur lengkap dan perfect siap ada hikmah dan kebaikkan selepas musibah yang dtg. Dan ada sebab kenapa Allah buat sesuatu. Sedikit demi sedikit kita akan tahu hikmah kenapa Allah uji kita dgn sesuatu ujian. Dan dari situ kita akan sedar dipenghujung cerita kita. Setiap yg beriman pasti akan diuji. Dan akhir cerita ni nanti aku selitkan sedikit demi sedikit hikmah itu dtg pada aku. (Panjang benor mukadimah haha)
Aku perempuan biasa2 je. Kalau tengok dulu dan sekarang jauh beza lah jugak. Cerita ni mula lepas aku habis spm. Habis je spm family kitaorg pindah ke borneo kat kg kitaorg. Sebab abah aku dah tamat bertugas kira nya pencen dah lah. Tak perlu rasanya cerita pasal pindah. Huhu. Mak aku dengan mak dia ni sepupu sekali. Jadi aku dengan bakal tunang ni sepupu dua kali lah kirannya.
Nak di jadikan cerita..mak kitaorg sangat rapat. Rapat mcm adik beradik. Sampai kan beria-ria nak satu kan anak2 dorg dan jujur aku suka ibubapa mcm ni haha takpayah susah2 cari jodoh. Aku time tu buat don’t know je..yelah sbb budak baru habis spm budak hinggusan lagi. Mula2 abang bakal tunang aku tu nak di jodoh kan dgn kakak aku. Tapi takdir Allah Kakak aku dgn abg dia tak ada jodoh. Kakak aku kahwin dgn lelaki pilihan dia. Dan abg dia kahwin dgn wanita pilihan abg dia. Maksudnya dua2 tak mo dgn pilihan mak masing2. Mak abah aku redo je kakak aku kahwin. Jodoh dah sampai. Tapi mak bakal tunang aku ni (kiranya Makcik aku lah) mulanya tak dapat terima anak sulung dia kahwin perempuan lain. Mak dia nangis kot masa abg dia kahwin. Cer ko bayangkan. Haha. But then Alhamdullilah mak dia terima juga perempuan tu. Dan habis kisah kakak aku dan abg bakal tunang aku.
Ingatkan stop sampai situ je rupanya.. Kisah jodoh menjodohkan ni jatuh pada kita org. Haha. Mula2 rasa happy je. Rasa seronok je..tapi hmm…aku dah di cop sebagai menantu pilihan. Cuba bayangkan. Duduk kat kawasan kg ni mcm peribahasa “ayam betelur sebijik riuh sekampung” hahh..hampir satu kampung tahu cerita ni menantu pilihan ni. Lepas aku habis spm . makcik aku ni pesan siap2 kat anak dia tu (bakal tunang aku lah kononnya) “jangan cari girlfriend lain. Mak dah carikan kau jodoh” perghhh cer bayangkan. Kalau ikutkan islam mmg kitaorg dah bertunang lah kan tapi kalau ikut adat belum bertunang ( not official engaged )uhuh. Betulkan aku kalau salah. Mula2 dia tak tahu siapa jodoh yg dimaksudkan tu. Time tu dia sedang bercouple dgn sorg perempuan. Nak di jadi kan cerita. Mak dia direct ckp dgn perempuan tu tak payah lah nak bercinta2 dgn anak dia. Ntah apa yg mak dia ckp. Perempuan tu nangis. Sedih kot kena mcm tu. Malu pun ada. Dia perempuan dan aku faham feeling perempuan ni mcm mana. Huhu. Aku kan perempuan. Mcm mana aku tahu cerita tu? Mulut2 org kampung bebb. Gossip2 perempuan semua. Huhu. Istighfar aku.
Dan dari situ bakal tunang aku pun move on. Time tu mmg dia sedih lah kot. Dan time tu juga mak dia bagitau siapa jodoh dia yg mak dia maksudkan. Iaitu aku. T_T mak dia siap pesan kat aku juga jgn berboyfriend2 ni. Aku bukan jenis yg ber bf2 ni. Aku anti couple. Kononnya nak bercinta selepas nikah. Nak bercinta dgn suami SAHAJA. Tak nak couple yg tak halal. Cakap besar sampai kan Allah uji dgn kehadiran bakal tunang aku. Huhu. hampeh je. Terikut2 bisikan syaiton. TERCOUPLE dengan BAKAL TUNANG aku sendiri. Oh my Allah.
Okay aku bahasakan bakal tunang aku ni dgn kata ganti nama “Dia”. Nak mudahkan sikit. =..=” huhu
Dia dpt nombor tel aku dari sorg minah ni. Mmg aku agk minah ni lah yg bagi. And dia mula contact aku. Aku mmg dah agk dah siapa dia ni. Mmg dah tau sgt dah. Time ni hati masih lagi keras tak mo couple. Geng2 sekolah dulu semua bukan budak yg gedik2. Alhamdullilah. Geng aku dulu semua geng blaja lah konon. Huhu.
Disebabkan kisah jodoh menjodohkan ni family kitaorg asyik2 membahan kitaorg. Bak kata org memaniskan lagi kitaorg. Perghh . geram pun ada. Mmg betul2 jadilah ksah jodoh menjodohkan ni. Bila dtg rumah dia je mesti mak dia sibuk cerita kebaikan dia. Suka tolong mak lah . senang disuruh. Blablabla.
Lpas spm aku masuk matriks. Awal Semester satu mmg dah termakan bisikan syaiton. Aku tercouple dgn dia. Malas lah nak cerita mcm mana boleh tercouple. Puii. Segala prinsip2 tak Mau couple yg aku cipta semua ke laut. Haha. Kitaorg bercinta bagi nak rak. Kenal mengenal antara satu sama lain. Sweet je. (Bila difikir2kan nak muntah aku terkenang zaman jahiliyah ni)
Sem satu mmg kemaruk lah dgn cinta. Sbb tak pernah bercinta. Org kata first time lah konon. Lagi menghayatkan hati family kitaorg mmg memaniskan lagi hubungan kitaorg. Aku Takde lah nak salah kan dorg. Salah aku juga sbb tak jaga ikhtilat. Bila dah duduk dalam kes ni aku dah confuse dah halal haram berikhtilat. Sbb pada pemikiran aku “boleh je kot bercouple dengan bakal tunang aku sendiri. Diakan bakal suami juga. Xsalah kot”
Mula dahhh ragu. Aku dgn dia long distance punya relationship. Mmg tak akan berjumpa. Dating hangout bagai semua tu mmg tak lah. Contact melalui hp je. Jumpa pun bila time raya. Korg pernah dengar ala2 couple islamik? Hah mcm tu lah aku. Menghalalkan apa yg haram. Kejut dia bangun subuh. Puii.. Allahu akhbar. (Terkenang dosa lalu) .
Dan mcm mana kitaorg boleh break. Huhu ni kemuncaknya. Budak matriks biasalah dgn jadualnya yg perghh terlalu pack. Sabtu ahad mmg kau tak akn free sbb banyak assignmnt tutorial semua. Baca nota utk next quiz. Study bagai. Mmg busy. Dia pun kerja kerajaan mmg busy lah juga. Oh ya umur dia setahun tua dr aku. Aku terbreak dgn dia bila aku sedar yg aku solat tak khusyuk. Asyik teringat kat dia. Malam sebelum tidur mesti on call. WhatsApp bagai. Dengan family kitaorg yg memaniskan lagi. Mak aku asyik tanya “dia tk call ke harini.” Bla bla bla. Sampai masa mungkin Allah nak sedarkan aku. Allah nak aku sedar yg aku sedang mendekati zina. Alhamdullilah aku disedarkan dgn sms dari dia.
“Assamualaikum isteriku” (erghhhh nak ketawa teringat zaman jahiliyah aku dulu) haha. Time ni aku dah dapat rasa hint dari Allah. Berdiri buli roma baca sms dia. Aku belum sah jadi isteri dia tunang pun belum. Allah je tahu perasaan aku time tu. Aku dah boleh nampak dengan jelas yg aku sedang menghampiri zina. Allahu akhbar.
Time tu aku nangis. Air mata laju je turun. Aku tak balas sms dia. Seminggu aku tak call tak contact dia. Dia mula2 tak perasaan perubah aku. Dia ingat aku busy dgn study. Masa ni aku cari kekuatan. Allah tu Maha pemurah. Aku tak tahu apa perancang DIA. Allah datangkan aku insan2 yg mashaAllah… Kalau tak ada dorg mungkin aku hanyut. Allah dtgkan org2 yg rajin pergi surau buat aku. Kawan aku ni hah magribh isyak dia ajak aku pergi surau. Mmg niat aku nak berubah ni dah lama ada. Terasa nak pakai tudung labuh lah nak pakai baju longgar lah dan terdetik nak berniqab huhu . lpas spm dulu mmg niat nak berubah tu ada. Nak tudung labuh. Nak jaga ikhtilat. Tak nak couple bagai semua. Tapi allah takdirkan aku terjebak dulu cinta islamik bagai. Huhu. Lagi2 terconfuse halal haram dgn bakal tunang.
Aku makin kerap tak contact dia. Dia mula perasan perubah aku. But still setia sbb dia ni jenis anak mak. Yg mmg patuh ckp mak dia. Aku respect lah juga family dia ni. Org yg baik2. Tapi dia sama gak mcm aku pasal agama ni tahu sikit2 ja.
Dia call banyak kali yg aku ingat 20 lebih misscall dari dia aku tak angkat. Then aku ajak break. Aku ceramah dia. Aku terus terang pasal mendekati zina ni HARAM. Dia menafikan sbb aku kan bakal tunang dia. Aku tetap dgn keputusan aku. Aku block fb. Hide moment wechat unfollow ig. Haha. Puas rasa. Tapi tipulah kalau ckp aku tak pernah syg dia. Aku move on slow2. Cari redho Allah. Mula buka Quran. sbb susah kot nak move on. Sbb tu aku try buka Quran baca. Menangis2 menyesal. Disbbkan sms tu. Hadoiii…hahah…
Hujung sem satu aku slow2 berubah. Sbb ada kwn2 yg geng surau. Tudung mula beli yg labuh. Mmg tekad habislah nak berubah. dan jeng3 dia ada skandel. Aku terjumpa gambar skandel dia tu kat fb. Sesaja unblock dia sbb nak tengok update dia. Haha. Sakit juga hati ni. Nak tengok gambar dia pun menyampah rasa. Hahah. Tapi aku move on jugalah slow2. Ingatkan dia pun akn berubah selepas aku ceramah dia. Rupanya tak. Btw dia pernah cakap yg aku org ke-7 yg dia couple. Yang menyebabkan dia banyak gf dulu sbb parents dia. Mak dia kalau tak suka kan gf dia tu mak dia suruh dia break dgn gf dia tu. Sbb tu lah aku ni dapat nombor yg ke 7. Haha. =..=”. Tak kisahlah semua tu.
Naik sem 2 sem akhir di matriks aku kadang2 je contact dia. Tu pun sebab kena suruh mak. Dia pun mcm tu. Aku dah tak ambik perduli dah pasal dia. Dah boleh move on.but still ada terasa something bila nampak dia time raya haritu. Dan aku calculate kitaorg bercouple kurang lebih 9 bulan. Couple ala2 islamik..huhu..
Habis matriks mmg aku fully muslimah bukan lagi yg dulu (bukn nak belagak alim ke hapa) mmg aurat terjaga. Solat semua. Alhamdullilah. Berkat practise jadi muslimah sem 2 di matriks dgn rajinkan diri pergi surau. Bergaul dgn geng tudung labuh semua. Allah je tahu perasaan aku time tu. Rasa bersyukur sgt. Nak ckp yg pointer aku sem 1 ok je. Naik sem dua pointer menurun mendadak. Aku berhusnuzhon ia sebagai kafarah atas dosa mendekati zina. :) entah betul ke tidak ejaan tu aku terconfuse dengan tasbih kifarah. Mohon betulkan ye. Huhu.
Lama kelamaan kisah jodoh menjodohkan ni jdi sepi. Mak aku dan mak dia dah tak bersungguh2 mcm dulu. Aku dah cerita kat mak aku kitaorg dah break. Aku siap terangkan lagi pasal haram bagai semua. Mak aku pun mcm okay je. Kalau ada jodoh ada lah. Kalau tak ada nak buat mcm mana. Tapi kes bahan membahan tu masih ada bila kitaorg berkumpul time raya. And now almost 2 and half years aku kenal dia. Kitaorg couple 9 bulan je.
But now only friend zone. Aku dah tak kisah pasal jodoh bila aku dah start ambik degree. Dia pun entahlah aku tak tahu dah pasal dia. Keluarga dia pun dah mcm tak bersungguh2 dah mcm dulu sejak aku mula smbung degree ni. Haha. Kitaorg ikut arus sendiri. Dia pernah kata dia sanggup tunggu aku. Kononnya lah. Haha. Yg skandel dia tu rupanya untuk menghilangkan rasa sunyi dia dan untuk menjelouskan aku. =..=”. Nilah lelaki suka mainkan perasaan perempuan ( bukan semua lelaki). Tak nampak tanda2 dia ada skandel lain lagi dah selepas putus dgn sorg tu. Nampak mcm dia pun nak berubah. Doakan kita org ye. Bila difikir2kan balik jahilnya aku dulu. Aku dah mula rasa syoknya buat tahajud syoknya buat dhuha. Walaupun takdelah istiqomah mana. Aku teringat sorg sahabat ni kata “Nak kuat dalam berhijrah kena sentiasa beromantik dengan Allah. Nangis2 masa solat.” Sebab tu aku try istiqomah buat benda sunnah nak romantik2 dgn Allah. Sampaikan tak boleh percaya “ini aku ke?”kadang2 terasa diri ni munafik. Entah ler kenapa. Nauzubillahi min dzalik.
Aku pun manusia juga. Ada nafsu. Iman turun naik juga. Sama mcm korang. Tengah nak cari redho Allah. Huhu. Korg bayangkan lah. aku sanggup berniat nak berhenti degree semata2 nak sambung sekolah pondok. (Bukan nak belagak alim ke apa) aku masih lagi jahil ilmu agama. :'( . tapi mak aku tak kasi berhenti degree. Mak aku suruh habiskan dulu degree baru sambung pondok. Aku cuma tak tahu ajal aku sampai bila. Mohon korang doakan ya. Cerita pasal jodoh tu kerja Allah. Aku dah yakin dgn Allah serahkan segala2nya.
Moral of the story.
1. Kalau korg dijodohkan. Better korg duduk diam2 buat dont know je. Dan pegang prinsip jodoh itu rahsia Allah . jgn nak gedik berikhtilat dgn bakal jodoh yg belum confirm lagi.
2. Hormat org tua. Bila dorg ckp nak jodhkan korg korg sengih je. Pekakkan telinga bila dorg bahan korg
3. Rajin2kan diri hadir majlis ilmu agama agar korg tak terjebak dgn masalah ikhtilat. Bersyg2 dgn “bakal tunang” korg ingat Allah redho ke?
4. Jangan berharap pada manusia tapi sepenuhnya berharap pada Allah. Allah sgt cemburu apabila kita berharap selain dari DIA. Allah akan dtgkan pelbagai ujian supaya korg berharap kembali pada Allah. See? Cintanya Allah pada kita. Ni baghruu CINTA AGUNG.
5. Tetapkan pendirian masing2 Allah dah HARAM kan kita mendekati zina. Allah tak kata HARAM berzina tapi Allah kata HARAM kita mendekati zina. Nak dekati zina pun Allah tak bagi apatah lagi melakukannya.
6. Setiap perkara yang Allah uji pada kita MESTI ada hikmah tersendiri. Mcm aku lah . niat dihati tak nak couple. Last2 Allah uji dengan kehadiran bakal2 jodoh. Kencundang jatuh tercouple. Tapi Allah sedarkan balik. Manis je rasa cara Allah aturkan perjalanan hidup ni. InshaAllah.
Aku harap korg jgnlah nak kecam2 confession aku ni. Tak ada faedah pun. Ambik yg positif yg negetif tu buang jauh2 jgn tengok lagi dah. Bersangka baik dgn cerita yg aku kongsi ni. Dan harap penulis cerita ni dirahsiakan. Haha. Makcik aku baca confirm kantoi ni. Hahah. Sekian sahaja daripada aku. Mohon doakan aku untuk terus istiqomah. Bagi yg nak kecam tu silakanlah. Tak kan aku nak halang korg dgn cara hapuskan keyboard yg ada di dunia ni. Haha. X ada faedah. Minta maaf dari hujung tudung niqab hingga hujung stokin. (Ayat2 budak islamik mmg mcm ni.. Hahaha puii menyampah pulak) yang baik dtg drpd Allah yg buruk juga drpd Allah tetapi disandarkan kpd aku. Kita sudah confession kita dgn tasbih kifarah dan surah al_asr beserta doa rabitah. Huhu. Senyum.
-sipendosa tanpa noktah yg inginkan syurga Allah-
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment