Sunday, 7 August 2016

Low confidence level

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku nak minta pendapat korg. Aku ni baru je start kerja setahun lepas. Walaupun dah setahun, tapi aku tak boleh adopt dengan persekitaran tempat kerja aku. Kalau nak diikutkn, aku yg paling banyak buat kerja tapi bila mesyuarat, bukan aku yang present. Contoh, slide aku yg kena siapkan sampai tak tidur malam. At the end, org lain yg present, dia yg dpt nama. Ya, aku tahu salah aku sebab tak defend diri kenapa tak jadi ketua, tapi aku freshie, what do you expect ? Masa mula2 masuk kerja, aku dh tegur someone senior ni. Dia tegur aku balik. “Eh akak dah buat kerja ni bertahun tahun dik oi. Mestilah akak tahu.” Last2 guna idea aku juga. Aku sedar yg mereka senior2 ni taknak hargai hasil kerja aku tapi kesudahnya diorg ambil juga hasil kerja aku.

Next, disebabkan aku ni berisi sikit, ramai yg hina aku. Waktu open house kawan sekerja, “woi suri, makan tu ingat org blkg. Hahaha” padahal masa tu aku baru nak start makan. Sedih oo.

Dulu, waktu di universiti, aku seorg yang aktif, pandai debat dan sebagainya. Sejak aku kerja, aku rasa pasif. Aku cpt penat, stress dan confidence level aku jadi low. Aku tahu mesti ramai ckp kenapa tak berhenti kerja cari kerja lain. Jujur ckp, susah nak cari kerja skrg ni.

Tapi, In Shaa Allah aku akan tukar juga kerja aku. Takkan selamanya aku kat syarikat ni. Korg? Tolong aku. Mcm mana nk jadi ceria balik kat tmpt kerja ? Kadang2 aku rs stress kat tempat kerja. Terima kasih.

– Mahsuri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.