Sunday, 7 August 2016

perangai sebenar perempuan tudung labuh di sekeliling aku

PengakuanKu

asalamualaikum. kalau tulisan aku ni disiarkan, terima kasih kepada admin, mohon hide fb aku dan aku mohon jangan kecam aku. aku betul betul menulis dari hati based on pengalaman dan persekitaran aku. okey la terus terang aku cakap aku tak respect perempuan yang bertudung labuh dan nampak alim ni. bukan apa, mostly yang aku jumpa semua perangai tak semengah. aku terpanggil untuk menulis lepas aku baca confession abang fadhil pasal bini dia. aku senyum sinis je bila baca perangai bini dia tu. setakat berumur 21 tahun ni, aku tak pernah jumpa lagi la perempuan yang bertudung labuh membawa imej muslimah ni yang buat aku ubah persepsi aku. kenapa aku cakap macam tu? baik lah, aku cerita dari awal.

semasa zaman persekolahan aku, aku sekelas dengan dua orang kembar anak ustazah bernama ainon suhada dan ainon sahida. si emaknya bernama ustazah rosmah. nama je ustazah tapi mulut dia nauzubillah. kalau kat area perumahan, semua orang tahu si ustazah rosmah ni jenis banyak mulut. habis anak orang dikatanya. anak orang ni tak elok anak orang tu tak molek. habis, anak dia tu baik sangat ke? anak dia pun mulut macam longkang jugak. pernah ustazah rosmah tu masuk kelas aku dan cakap “dalam kelas ni, anak ustazah lawa sekali. yang lain semua hudoh”. tak tahu la niat dia nak bergurau ke apa tapi bagi aku, kau ustazah, nak bergurau pun agak agak lah. riak dan takbur nya. anak anak dia pun mulut boleh tahan. pernah selamba je kutuk orang tu pendek orang ni hitam lepas tu ketawa yang annoyying then siap cakap “antara nora dengan wani, siapa lagi hitam?” Allah dia ni.. tak jaga hati kawan langsung. imej bukan main lagi pakai tudung labuh, pakai sarung tangan bagai tapi?? dalam pada tu, si anak anak ustazah ni ada juga rasa nak bercouple. lepas tu bagitahu kat kawan dia, sebab mak dia ustazah kat sekolah tu, dia tak boleh nak berdating dengan pakwa dia. macam ni rupanya hasil jagaan mak kau berstatus ustazah dan bangga sangat dengan anak anak dia yang lawa lah, suci lah apa. aku tak respect langsung laa. tu adalah permulaan aku rasa annoying dengan perempuan pakai tudung labuh dan berlagak dengan imej alim ni. dia rasa bila pakai macam tu, dia lah paling bagus dan boleh suka suka hati nak judge orang tu orang ni.

next, aku bercouple dengan pakwa aku ni dah lama sejak tingkatan satu. aku tertarik kat dia sebab dia ni nampak alim la jugak, sekolah kat sebuah sekolah agama kat kelantan, selalu kalau dia nasihat pun ada unsur unsur islamik. ku harap panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari. hubungan yang aku jaga elok elok selama ni sampai bertahun tahun akhirnya terputus macam tu je. sebabnya? orang ketiga dan perempuan tu bertudung labuh. asalnya perempuan bertudung labuh tu adik angkat dia. tapi akhirnya adik angkat dah terangkat. pada mulanya elok je hubungan kitorang tapi makin lama pakwa aku tu menjauhkan diri dan mula dah jarang contact. kalau dengan adik angkat dia tu memang contact setiap hari. dalam masa yang sama adik angkat dia ni ada juga contact aku lepas tu cerita kat aku yang dia ni ramai peminat la apa then pakwa aku protect tak bagi dia dekat dengan lelaki lain. apa kejadahnya nak bagitahu aku? motif? nak cakap yang dia lawa la? then makin lama si pakwa aku tu mula complain cakap aku hitam la, tak lembut la, tak pakai tudung labuh. serba serbi tak kena dimata dia. mana taknya dah jumpa muslimah sejati la kononnya. tapi aku stalker fb perempuan tu, penuh gambar selfie dan sederet lelaki dok komen puji memuji lawa la apa. macam tu ke muslimah sejati?. phuii. setahu aku muslimah sejati tak show off diri sendiri kat media sosial ni tapi dia ni macam kebulur dengan pujian jantan hidung belang. haa kan sekali aku bersuara sentap pulak kalau kau baca ni. aku sendiri pun tak post gambar selfie kat facebook. yela aku sedar diri, aku tak lawa macam adik angkat dia. aku cuba berubah slow slow demi dia tapi dia langsung tak nampak. apa yang dia nampak adalah jaga adik angkat dia yang alim dan putih melepak tu, jauh beza dengan aku yang hitam manis dan bertudung biasa. dia tak nampak dah aku yang serba serbi kekurangan ni. bila dah lama tak contact dan dia pun buat hubungan kitorang gantung tak bertali, aku dah mula tawar hati. memang dah lama sangat tak contact tapi aku harap dia berubah macam dulu. harapan tinggal harapan bila satu hari adik angkat dia mesej aku cakap pakwa aku ni ajak dia kahwin. ya Allah.. nak tercabut jantung aku ni. sedih gila gila. sampai hati diorang buat aku macam ni. dengan tak bagi kata putus, contact sekejap lepas tu hilang. sentap weh, yelah pakwa aku tu alim, perempuan tu pun alim. orang orang macam tu yang buat hati aku hancur berkeping keping. aku ingatkan pakwa aku yang alim tu akan jadi imam dan mengubah aku ke jalan yang lebih baik tapi mungkin dia tak sebaik yang aku sangka. aku ni ibarat batu penghalang hubungan diorang sedangkan si gedik tu orang ketiga, ganggu hubungan orang, perampas. takpe kau buat orang macam ni, kau bahagia atas derita air mata orang lain. kau tunggu la hukum karma. aku takkan maafkan perbuatan kau orang sampai bila bila. dan jantan tak guna tu tinggalkan aku demi adik angkat kesayangan dia. mungkin sekarang diorang dah couple, yelah batu penghalang dah takde. cinta pertama yang sungguh pahit dan kalau aku boleh undur masa, aku tak nak kenal dengan diorang, sumpah.

kemudian aku sambung belajar di sebuah universiti tempatan di sebelah utara. aku bersahabat baik dengan seorang perempuan bertudung labuh dan memakai purdah bernama rozita. dia ni kalau ada masalah cinta semua dia akan cerita kat aku. ceritanya dia ada suka kat seorang senior ni namanya muiz. dah terang terangan kawan baik aku tu tahu si muiz ni dah ada makwa bernama mastura. tapi dia tetap nak try jugak dan entah macammana terjadilah hubungan adik abang angkat diantara rozita dan muiz ni. aku ni dah la anti benor dengan hubungan abang dan adik angkat ni. berapa kali aku nasihatkan dia tapi dia tak dengar. padahal aku rasa rozita tu pun tahu muiz ni sekadar nak mempermainkan dia. yelah, muiz ni kalau berchatting dengan kawan baik aku ni lebih lebih, duk cakap pasal perkara dalam selimut. weh, kita ni boleh fikir logik akal. kalau lelaki tu nak try kita, nak main main, mesti akan cakap menda lucah camtu. nak tengok kita ni perempuan jenis melayan ke tak. nak lagi lah kawan aku ni bawak imej perempuan pakai tudung labuh. memalukan sungguh. si muiz ni kalau dengan makwa dia, mastura tu, takde pulak nak cakap benda lucah. nampak sangat kan? dia nak buat kawan aku tu stok geli geli je tapi aku tak paham kenapa kawan aku tu butakan mata, butakan hati. satu hari kawan aku bagitahu kat aku, muiz tu cakap nak kahwin dua. nak jadikan mastura isteri pertama dan kawan aku tu isteri kedua. kalau aku lah jadi rozita tu memang aku dah blah. aku memang geram jugak dengan si rozita tu. sebab story dia lebih kurang kisah cinta aku. kenapa nak jadi orang ketiga, perampas, ganggu hubungan orang? memang orang pakai tudung labuh macam ni ke? buruk nya perangai. lepas tu acah acah baik dengan bawak imej perempuan alim. satu hari, si rozita nangis nangis bagitahu aku, dia dah terlanjur dengan muiz. aku hanya mampu geleng kepala dan aku taknak kawan dia lagi. aku tak sangka dia sanggup buat perbuatan sejijik itu.

tak lama lepas tu, alhamdulillah, aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang cukup baik. walaupun luaran dia tak nampak macam orang alim, tak pakai kopiah berjubah berserban, tapi dia solat lima waktu, hormat orang tua. dan dialah kini menjadi suamiku. walaupun sudah bernikah, aku masih lagi bergelar pelajar universiti. semester baru, aku sebilik dengan seorang perempuan bertudung labuh jugak. aku harap dia akan mengubah persepsi aku terhadap perempuan bertudung labuh ni. satu semester aku sebilik dengan dia, memang rasa macam speechless. geleng kepala. okey la first time kita tengok dia, nampak macam okey. tapi satu semester aku duduk dengan dia, aku tahulah macammana. memula tu, semua barang aku dia nak pinjam. contoh iron, water heater, charger, laptop, habis semua barang aku dia nak pinjam. tapi aku tak kisah sangat cuma yang aku kisah sangat, bila dia nak pinjam kasut sukan kesayangan aku untuk nak pakai masa jadi facilitator pelajar baru. kasut mahal baru beli kot, aku pakai pun jaga elok elok, tak pijak lecak ke lumpur ke apa. satu hari aku baru balik kelas, tengok kasut aku tunggang langgang depan pintu rumah dengan penuh lumpur dan dia tergolek tidur. penat agaknya, takpelah aku bagi dia masa. sebulan dua bulan.. sampai nak dekat tiga bulan kasut sukan aku tu berlumpur macam tu bersepah kat luar takde orang basuh. makin hari makin geram dan sakit hati. bila aku tanya, dia akan cakap nanti anim basuh. bengang weh.. nanti tu bila? tunggu nak masuk sem depan? last last dengan rasa annoying gila, aku pun basuh kasut tu. kurang ajar, pantang betul aku. orang pinjam barang aku, buat macam ni. dah kita bagi pinjam barang elok lagi, pulangkan lah dengan cara elok. dahtu kalau dia nak basuh baju, dia letak bakul berisi baju kotor dia tu atas katil aku. kadang aku tengah bergolek atas katil pun, dia selamba letak cakap tumpang. geram aku. satu lagi, dia suka ajak kawan kawan geng tudung labuh dia melepak bilik kita orang. aku tak kisah sangat tapi kawan kawan dia ni pun kurang ajar juga. baru first time tengok aku, cakap aku ni kurus kering la apa la. mulut dia orang… macam bangkai. ada sekali tu aku nak keluar time dia orang lepak dalam bilik aku, pastu semua tengok aku atas bawah dengan pandangan pelik. aku pakai tudung, tshirt lengan panjang dan seluar jeans je time tu. tengok macam kita ni alien sesat. ada sekali tu, aku overnight dengan suami aku. yelah jumpa pun jarang. sekali aku balik bilik, terperanjat bilik macam tongkang pecah. dia ajak kawan sama usrah dengan dia tidur kat bilik kitorang. naik angin rasanya tengok stokin dah pakai bersidai atas katil aku, dengan kain batik basahan terlonggok atas meja study aku. cadar aku bersepah. selimut aku entah ke mana. selamba gila dia orang ni. aku tak tahu la sape yang bertuah dapat beristerikan perempuan-perempuan macam dalam story aku ni. pandai pandailah korang ubah keh!

akhir kata, aku mohon maaf kepada semua perempuan bertudung labuh diluar sana. aku bukan nak kecam kau orang. tapi bila kau dah membawa imej islamik, tolong tolong tolong sangat untuk jaga cara pembawakan diri kau orang, tunjuk contoh yang baik kepada kami perempuan yang bertudung biasa biasa ni atau bahkan perempuan yang freehair. jangan pulak perangai kau orang lagi teruk, memalukan. ada jugak suami aku tanya kenapa aku tak pakai tudung labuh. tapi aku cakap aku sedar diri, perangai aku kadang kadang tak semengah jugak, aku taknak nanti sebab perangai aku seorang yang tak elok, orang akan bad impression pada perempuan yang pakai tudung labuh. bagi pendapat aku, kalau kau dah pakai tudung labuh, kau kena jaga semua. cara bercakap, bergaul dan everything la. biarlah aku tak pakai tudung labuh asalkan tudung aku tutup dada, tak jarang, takde bonggol unta. aku pun tak terfikir nak pakai purdah sebab bagi aku, perempuan yang cantik saja layak untuk memakai purdah. yelah, kalau muka dah cantik sangat, tiap kali lelaki tengok, boleh naik nafsu. kira muka dia tu aurat la, sebab tu kena tutup. aku ni tergolong perempuan muka biasa, tak payah la aku nak pakai purdah. kalau lah aku belum kahwin dan pakai purdah, aku tak nak nanti suami aku rasa macam abang fadhil. punya high expectation ingat muka bini lawa, last2 muka langsung tak lawa. buat malu je. dah yang beriya tutup dah kenapa? akhir kata minta maaf kalau ada salah, just nak luahkan rasa hati yang dah lama terpendam

– Sis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.