Salam semua. Terima kasih admin sebab approve. Disini aku nak cerita kan kisah sedekah. First of all, aku bukan la alim sgt. Kalau ada yg salah dalam penulisan aku ni, sila betulkan.
Aku bakal berkahwin tak lama lagi. Aku teringin sangat nak bagi goodies buku surah2 pilihan.. tak mahal pun.. RM1 +/-… dalam tu ada banyak surah yg bagus utk kite amalkan n hafal. Syukur,aku ada rezeki lebih utk beli buku tu.. teringin nak jadikan saham akhirat.. tapi ada 1 hamba Allah ni, dia kata aku membazir bagi orang buku2 tu, bukan orang baca pun. Aku terasa, aku bidas balik, aku cakap, salah ke kalau aku nak sedekah, utk diri sendiri dan saham akhirat. Hamba Allah ni terdiam. Salah ke tindakan aku ni?
Aku tau sedekah ni seikhlas hati dan ikut kemampuan. Tapi salah ke aku nak sedekah buku surah2 amalan? Memang skrg tengah trend orang bagi buku doa/yasin. Betul ke semua orang dah tak kisah pun kalau dapat goodies surah Yasin? Agak2 kalau aku bagi goodies buku surah2 pilihan tu, ada orang sudi baca tak?
– Sha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment