Assalamualaikum,
People know me by calling me Qi. Aku, tak tahu nak start dari mana cerita ni. I’m scared but.. here we go. Im confuse with myself, with my problems. I don’t know is this mental illness, gangguan jins or normal. The problem is I think Im sick. Why? Because I’m always depressed, anxious in a sudden, fikir benda yang bukan-bukan and sometimes tak logik pun ada. Entahla. I always having nightmare. It makes me hard to sleep. Then, my temper. It’s getting worst day by day.
Before this, aku bukan macam ni. Aku happy, ceria, bukan jenis suka fikir problem sampai teruk-teruk. No.. Bukan jenis murung, boleh berkawan, penyabar. But now, since I’m becoming young adult, its getting worst. Masa sekolah menengah dulu aku pendiam, tak ramai kawan tpi,, adela juga. That time I’m much better than today. My life is fine. But since masuk jer Uni, it’s getting worst.
Aku jadi baran. Benda yang aku tak pernah sangka aku buat, aku buat. And aku menyesal sangat. Which is, kerap aku tinggi suara dekat parents. Marah adik beradik sendiri. Aku tak tahu kenapa jadi macam tu. Aku tak ada niat langsung buat macam tu. Bila jadi mende tu pun, aku tak sedar. Aku takut. Aku tak nak derhaka or sakitkan hati orang lagi-lagi parents and family sendiri. Tapi aku rasa diri aku dah tak terkawal dah. I need to do something but I don’t know what and how to solve this problem. Pasal punca nya pun aku tak tahu.
Akhirnya, aku banyak kurungkan diri dalam bilik. Tak bergaul dengan orang. Menyendiri. Actually nak karang article ni pun aku rasa pelik. Tapi , try jerlah. LAgi pun, aku tak tau siapa yang baca, muka pelik apa dia buat, apa dia cakap, apa dia pikir, or di post kan atau tidak. Aku bukan jenis yang senang nak luahkan apa aku rasa, apa dalam fikiran aku dekat orang. Psal mostly bila aku buat, mesti orang rasa aku pelik. With that face, and how they distance themselves from me. That’s enough for me to see, how they look at me as a freak. Aku try jugak berkawan lagi, buat normal. Biasa2. Tapi, I just make it worst. Failed.
So aku banyak menyendiri. Then aku jadi depress. Aku amik med. I got few dealers. Aku amik bila aku rasa aku perlukan jer. Aku amik bukan suka-suka nak high. I just took zopicone or epi apa ntah tu. Untuk orang sawan haha. Aku makan jer, asalkan mende tu boleh buat aku tenang buat sementara. Bila time aku mende ni mostly bila kepala aku dah tak tahan tanggung sakit. Bila aku stress or overthinking yang melampau, aku akan sakit kepala. Sakit dia sampai golek-golek la jugak. Nak tanggung perit dalam otak tu.Macam orang paku terngkorak ni banyak kali. Then, aku akan demam. So, cara aku buat is bila dah rasa aku tak leh stop thinking and lose control, cepat-cepat aku amik med tu. Then nanti aku khayal jap, aku tido. Tak pun termenung kosong. At least, aku tak sakit.
One more thing, bila aku tertekan or lose control.. I may cut myself. Why? Because whenever I cut, maybe just a few little cut just as long as it bleeds a bit pun, that’s enough. It helps me to stay quiet. Calm. Sometimes boleh tido terus. Pasal penat tahan sakit. Aku dah try berhenti buat semua ni, aku dah cuba. Maybe tak cukup kuat?
Aku cuba cara lain which is, semayang.. cuba fikir positive. Sabar. Belajar balik cara sabar. Mengaji. Tapi sekejap jer. Kalau aku tengah diam, boleh la aku buat macam tu. Ade la jugak perubahan like, a bit calm. But kalau tiba masa aku terdesak tiba2 lose control, abis la. Aku mengamuk. Then lari.
Aku penat jadi macam ni. Aku tak tahu apa masalah aku. Kawan ada. Tapi takde yang rapat psal rse insecurities aku dekat orang tu tinggi. Banyak benda jadi dulu yang buatkan aku susah nak percaya orang. Setakat bercakap macam tu bolehla. Dengar problem diorang. Im fine with that. It makes me feel alive sometimes. Existed.
There’s a day I felt like Im dying.That time maybe aku overdose pasal berapa hari straight aku amik med. Sampai satu hari tu aku rasa mati. Kaku. Macam mayat. Aku tak boleh bergerak. Aku cuma boleh tengok, dengar. Tu jer. Tapi, aku paksa diri aku untuk bangun jugak. Apa cara sekalipun. And aku boleh pasal time tu aku pikir aku tak nak mati. Not that day. Aku ada banyak benda nak kena buat. Aku tak nak mati lagi.
Aku keluar, pergi kelas..tapi kelas cancel. Ciss. Tapi okay jugak cancel, pasal time tu aku dah shaky. Macam orang addicted. AKu duduk dekat satu tempat ni diam2, aku try nak selesa kan diri aku. Aku telan la air mineral tu banyak2, tak jalan jugak babe. Masa tu dengan shaky nyer, dengan kepala aku pikir macam2 mende yang aku pun tak paham, and pandangan aku lain sangat. Macam aku khayal lagi time tu. Tapi aku sedar apa yang jadi sekeliling aku. Nasib baik ada sorang kawan aku ni kelas dah abis. Aku join la dia. Hurm, Aku pernah rasa nak mati. Suicide thinking. Actually banyak kali. Banyak sangat. Tiap-tiap hari pun ada. Tapi aku tak boleh buat, kan dosa. Kalau mati pun, susahkan orang juga nak nguruskan sume tu. Kalau cuba bunuh diri mati takpe, kalau cacat? Lagi tak gune.Tu, suicidal thought. Then..
Apa aku selalu buat sorang-sorang is, Im always talking to myself. Layan all the questions in my head. Sometimes I talk with the walls and the ceiling, but I didn’t see anything. Please don’t be scared, I didn’t see anything. Im just talking haha. But that thing make those people scared. C’mon, Im alone. Aku nak borak dengan siapa? Bosan tau sorang2. Boleh jadi gila sometimes. Tapi, nak cari teman tu, problem jugak. Sudi ke diorang nak dengar apa yang ada dalam kepala aku ni? Pantang kalau diorang buat muka or any gesture yang pelik2 tu. So this one, I might say maybe I have mental illness? But then..
I always have nightmare. Aku tidur pun tak selalu cukup and tak selalu tenang. Pasal nightmare. Mostly pasal mende-mende yang aku tak pernah jumpa, wajah yang aku tak kenal, serang aku lah hape. Aku boleh inngat mimpi tu sume. Maybe ad yang dah tak jelas, tpi aku ingat muka- muka tu. kejadian. Mostly bout ghost things, trying to catch me.. something’s like that. I do have a few bruises that I don’t know mana datangnya. Those stuff buatkan aku rasa tak nak tido pun. Tapi kalau tak tido, tak rehat, macam mana aku nak buat kerja seharian. Kan? Hadap jerlah. One more thing, aku semayang pun tak sangat. Why? Bukan pasal aku tak ingat tuhan ke apa ye, tapi pasal bila aku semayang..aku rasa kosong. Dulu time sekolah tak macam ni pun. Alhamdulillah elok. Tak banyak tinggal macam sekarang. Macam ada article apa aku baca dalam confession ni, jasad jer yang buat. Aku rasa makin jauh dengan Allah. Rasa tak diterima. Rasa hina gile. Takut nak semayang pun ada. Aku tak paham. Lepas tu, Aku semayang pun time aku rasa aku okay. Bila dah okay, baru aku boleh kusyuk sikit. Dapat sikit pun jadilah, dari tak semayang or tak rasa apa-apa langsung. This one, I think it’s gangguan. Mungkin? Dulu pernah la aku pergi counseling dekat Uni, tapi macam takde apa pun. Dia dengar jer. Tapi aku tak cerita semua. Pasal? Pasal aku tak percaya dia. Muka dia pun selamba macam tak nak layan aku. Macam nak cepat balik jer. So, nah I need more than that.
Jadi persoalannya sekarang, apa aku kena buat? Mana satu masalah aku? Mental illness ke, gangguan? Siapa patut aku rujuk. Aku nak pergi jumpa orang-orang ni pun aku tak tahu macam mana. I need to be fine . I have families and other responsibilities that I need to manage. I even still young and people count on me. I love every one around me. And I don’t want to hurt any of them anymore. Because it makes me hurt too. I felt guilty and useless. Hina.. and I need to do something bout me. Nobody know what I’m fighting with every day. Even my family or my friends. So how? Or.. actually all those stuff happen like what I told u guys above, is just a normal thing? By the way, banyak lagi yang berlaku. Tapi, cukup lah ini jer yang aku boleh cerita. Yang ni pun rasa macam banyak dah.
Or Admin, if u cannot post this.. may u tell me what should I do. Please..
– Qi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment