Firstly, kisah aku ni bukan nak bash anak-anak manja yer. Cuma nak anak-anak lebih menghargai ibu bapa mereka.
Sebenarnya, aku terdetik nak tulis confession ni lepas aku sembang-sembang dengan kawan aku yg sememangnya manja and maybe terlebih manja daripada pandangan aku. Daripada cerita kawan-kawan aku, aku dapat conclude yang kehidupan aku dan adik beradik aku tak semewah dan semanja mereka. Before that, jangan anggap yang mak abah kami kedekut tau. Mereka cuma mahu mendidik.
Bagi aku manja seseorang tu apabila apa yang anak-anak minta daripada ibu and ayah, semua mereka dapat. Tapi aku dengan adik beradik yang lain tak macam tu. Family aku ni sederhana je. Ayah kerja sendiri, mak pula suri rumah. So, duit nak tampung keluarga tu memang 100% datang daripada abah. Kami tiga beradik, abang (21 thn), aku (18 thn) and adik aku (15 thn), mmg dibesarkan dalam keadaan yg smua bnda yg kami nak, kami kena usaha sendiri. Terutama bab duit and brg2 macam phone. Aku ingat lagi waktu aku 12 tahun, kawan2 aku semua ada phone, aku je takde. Ye, aku tahu umur 12 tahun tu muda lagi nak ada phone tapi apakan daya, perasaan cemburu tu datang bila tengok kawan2 lain. So, aku pun berazam nak beli phone. Aku just bagitahu mak aku je sebab takut abah marah. Tapi abah aku dapat tahu juga akhirnya. Aku beli phone samsung (yg ada button tu) hasil duit yang aku dapat sebab cemerlang dalam upsr. (usaha aku belajar sungguh2 tu haha). And sekarang ni aku pakai phone asus hasil duit gaji yang aku dapat waktu kerja sambilan lepas spm. Alhamdulillah.
Okay, itu serba sedikit kisah aku. Masuk kisah abg aku pula. Abg aku ni memang tak suka menyusahkan orang lain. Kalau dia tak cukup duit, memang dia takkan minta mak abah. Dia usaha untuk cari duit sendiri. Luckily, dia dapat biasiswa so dapat la tampung duit makan. Oh, biasiswa yg dia dapat tu daripada pihak universiti because he got 4flat at matrikulasi dan tu dikira usaha dia juga kan. (?)
Next, pasal adik aku pula. Orang selalu kata anak bongsu ni manja la, minta apa2 pun selalu dapat. Tapi aku kagun dengan adik aku ni sebab dia selalu beli barang dia guna duit saku yg dia simpan dalam tabung berbentuk teddybear dia tu haha. Daripada duit simpanan tu la, dia boleh beli barang2 makeup (hobi dia adalah main makeup2 haha) dan macam2 lagi.
Bila dah meningkat dewasa ni (18 tahun boleh dikira dewasa tau), baru aku faham kenapa mak ayah aku buat macam tu. Dulu aku ada je perasaan jealous bila tengok kawan2 aku dapat hadiah birthday yang mahal2 sedangkan aku dapat kek je. Tu pun kadang2 je. Tapi sekarang ni aku dah tak kesah dah dengan semua tu. Mak abah aku nak didik kami adik beradik supaya usaha cari duit sendiri sebab mereka dulu pun macam tu jugak. Mereka kerja keras kumpul duit nak beli rumah, kereta, bayar duit yuran anak2 belajar dan macam2 lagi la. Takkan kita senang2 nak minta itu ini. Sekarang ni pun aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku dapat guna duit sendiri bila nak beli sesuatu. Bangga sebab aku dapat kurangkan beban mak abah walaupun sedikit.
So, kepada anak anak yg rasa diri dia selalu minta macam2 especially benda2 yg tak berfaedah daripada mak abah, tolonglah jangan menyusahkan mereka walaupun mereka selalu cakap yang mereka tak kisah. Cuba tahan diri tu daripada nak meminta and try to do it by yourself. Percayalah, mesti nanti akan rasa bangga dengan diri sendiri macam aku. Peace.
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment