Okay aku nak cerita tentang pengalaman aku mendapatkan kerja.
Aku baru je habis belajar bulan 7 haritu dekat ipta di Selangor. Lepastu aku ikut khusus sijil profesional yg Universiti aku buat, alhamdulillah lulus dan dapat sijil tu. Kira officially habis Bulan 8 lah. Masa tu result dah keluar dah. Result aku tak berapa cantik lah, 3 pun tak lepas. Huhu. .
Ditakdirkan aku dapat temuduga dekat company MNC terletak di Cyberjaya. Fuhh yang datang semuanya org berpengalaman 15 tahun, 10 tahun, rupanya position tu nak at least 3 tahun pengalaman. Ceit! !baik tak payah panggil datang iv!! Kisahnya tak dapat lah kerja tu. Ahahha. Tapi selang beberapa harinya satu company GLC ni panggil aku untuk temuduga.
Aku pun terima je lah, interview tu,walaupun banyak kekurangan ni, sebab sijil sijil aku tahun 2013 ke bawah dah hilang. Termasuk Spm,matriks,pmr semua lah. Apa yang aku bawa mini transkrip dgn surat berhenti belajar je. Dan nasib baik ada sijil profesional tu. Hahah. Aku pun interview macam biasa,yang penting confident kena ada. Alhamdulillah aku dapat kerja tu, dari berpuluh orang yang pergi interview tu, tapi probation 3 bulan lah. Ni tips interview aku nak bagi:
1. Bila masuk bilik iv, bagi salah, pastu hulur tangan, salam biar erat, tgk mata interviewer tu. Jgn salam sipi2 je malu2, kalau salam tu salam dgn berkeyakinan.
2. Sijil letak dalam handbag, jangan peluk or pegang je folder sijil tu.
3. Ceritakan kenapa kau nak sgt kerja dengan company tu.
4. Cakap kena confident, sambil senyum. Muka jangan ketat, bagi muka yang manis je, tgn pun gerak2 sikit,hand gesture org panggil.
5. Sebelum nak pergi iv mesti dia bagi email kan suruh datang iv? Lepastu mesti ada sekali jobscope apa. Study dan fahamkan jobscope tu, dan research company tu. Bila masa iv, Elobarate lah job scope tu dengan pengalaman or benda yang kau belajar dlu. Buat2 tahu je. Cuit sikit je.
6. Jangan nak gurau2 ke ketawa2 ke, be profesional dgn interviewer.
7. Igt nama hiring manager tu. Contoh, alright Mr Ali, good question, as this is bla bla.
8. Kalau dia tnya Any question? Tanya tentang kerja tnjukkan kita minat, lepastu suruh dia explain sikit mcmna.
9. Doa. InsyaAllah kalau ikut step2 ni ada kemungkinan boleh lepas kot.
Okay lepastu keesokkan harinya aku terus dapat tawaran kerja tu. Boleh bermula minggu depan. Apa lagi, suka lah. Bersyukur sangat2.
Seminggu kemudian, hari pertama datang kerja, Rupanya yg interview aku tu dia Manager dekat department aku (igtkan org HR yang interview haritu) dan office tempat aku jenis open workspace takde cubicle ke bilik ke. Orang boleh nampak kau buat apa. Jangan main phone.hahaha. Meja aku sebelah je meja boss. Aku datang je, Dia bagi terus kerja, takdenya nak intro2 kenal2kan officemate. Dia tunjuk sekali je macamna nak buat, lepastu dah, aku pun angguk je tanda paham padahal sebenarnya tak brpa paham. Boss aku masa dia ajar tu nampak macam rushing,sambil dia ajar tu sambil dia buat kerja kat laptop dia.kiri laptop dia,kanan laptop aku.hahaha. Tak nak buang masa walau sesaaat la tu kononnya kot.
Dah habis dia ajar, aku pun fikir dan cuba ingat balik macamna dia tunjuk tadi dah la laju sgt, pastu dia buka tab banyak, ditambah lagi ada 3 jenis system dan software kena guna untu ambil data. Lepastu kena transferkan data tu ke dalam excel. Extract kan data, hantar kat dia. Masa Dia tunjuk tu laju betul, lepastu ckp slow,aku pun buat2 paham je. Bayangkan software yang aku tak pernah dengar pun, tiba2 aku kena buat kerja yang aku pun tak berapa paham kerja apa ni? Macamna nak guna benda alah ni?aku tak berani tanya bos sbb dia baru je tunjuk tadi. Masatu aku nak tanya tengoklah meja sebelah, boss tgh laju buat kerja sambil muka stress, terus tak berani nak tanya. Akhirnya aku kena selesaikan sendiri. Tahu tak perasaan dia tu macamna? Padahal baru haritu first day kerja.
Working life lain sangat dengan masa belajar. Manager ke, senior ke, padahal satu team dan department, memang takkan ajar pun. Pandai2la explore dan self learning sendiri. Tanya sikit, diorang jawab sikit je. Sebab takda masa, diorang pun banyak kerja. So apa boleh buat? Tanya sikit, cuba selesaikan sendiri. pastu esoknya tanya lagi. Akhirnya dapat la jawapan. Hehehe.
Sebagai orang baru, ni aku nk pesan, kena ringan2 la tegur orang, jangan anggap orang nak tegur kita dulu. Lepastu kena pandai bergaul, lunch jangan sorang2. Alhamdulillah tulah pahit manis pengalaman aku kerja untuk pertama kalinya. Motif aku tulis ni saje je nak kongsi pengalaman masa mula2 kerja.Ada tak pernah jadi macam aku ni? Takda training ke apa ke, kau belajar la sendiri kerja tu.
Buat yang masih tak dapat kerja,teruskan mencari dan jangan putus asa. Sembahyang jangan tinggal, doa banyak2 supaya dipermudah. Goodluck!
– Miss Emma Swan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment