Assalamualaikum, kepada hati-hati yang tenang di luar sana. Terima kasih admin sekali lagi kerana menyiarkan confession “aku si kuli” sebelum ini. Kepada yg tertanya sama ada aku graduan sastera. Tegasnya, ‘TIDAK’. Dan jika kau tertanya sama ada aku seorang penulis novel, jawapannya juga ‘TIDAK’. Keutuhan penulisan dan pengisian dalam naskah confession yang lepas juga masih terlalu rapuh dan kurang pengisian. Maaf berjuta kali dari jari jemari. Dan pada yang berharap akan kesinambungan yang menggembirakan, satu aku pesan, hidup bukan novel yang terlakar kemas. Cukup aku katakan aku sedang memupuk rasa syukur setiap hari walau seinci. Sentiasa.
“Diingatkan, confession aku bersifat separa penceritaan dan separa pandangan. Sesetengah readers yang gemar mencari subjek dan objek mungkin akan sesak nafas sambil memaki. Anda dipersilakan untuk mengundur diri.”
Kali ini, aku berbesar hati untuk berkongsi secubit kisah hidup aku sebagai ‘orang kampung’ disebabkan aku terbaca beberapa luahan perasaan dan tanpa berfikir panjang mengaitkan dengan ‘kampung’. Ladies and gentleman, please read this. The attitude u have, the life u live, and the way u talk, doesn’t related at all with your ‘island castle’. Berada di atas awan tak menjadikan kau si cenderawasih, berada di dalam lautan tak bermakna kau si penyu sendu. Kenapa mesti membezakan antara bandar dan kampung cuma disebabkan kau tak hidup dalam suasana kehidupan di ‘situ’? Sebabnya, kau sendiri tahu. Perbezaan atas sebab akal sejengkal yang kau reka sendiri. Mencipta imaginasi dengan ‘kampungnya’ dia menjadikan dia si wanita melayu terakhir lemah gemalai, lelaki semalaya gagah perkasa, berkain batik, berbaju melayu teluk belanga. Dan si kampung mula berimaginasi si dia di ‘bandar’ berseluar jeans straight cut, si gadis berambut jingga, jejaka berjacket kulit naga, berkaraoke dan berpeleseran di kota bandaraya. Dan bila berada di depan mata, dan realiti ‘dia’ yang kau kenal tak seperti apa yang kau fikir patut terjadi, kau mula bersuara. ” orang kampung kalau datang bandar memang over. Kalah orang bandar. Culture shock la katakan” pedih. Dan bila si bandar datang ke kampung, ada yang bersuara “biasa tak masuk dapur? Maaflah kat sini jarang makan luar. Hari-hari masak sendiri” pedih lagi.
Aku ada seorang teman sehati sejiwa, dia tinggal di kotaraya. Bilik kolej kediaman dan bilik sewa menjadi tempat tidur kami bersama selama beberapa tahun. Dia sangat pandai memasak, aku pandai sedikit. Dia share masakan dan belanja resepi air tangannya sekali sekala. Aku suka produk dan rutin penjagaan kesihatan dan wajah. Dia pula biasa-biasa ala sekadarnya. Bila aku research tentang produk, cari guna produk yang selamat di guna, atau natural diy organic skincare, aku share dengan dia. Sistem barter yang kurang keuntungan juga. Dia suka underground song, grunge, gig. Aku suka lagu ala2 melly goeslow punya lentok, korean drama, hindustan. Tapi bila buka lagu dalam bilik masing-masing give and take. Sama-sama layan. Bila buka cerita zaman kanak hingusan, dia membesar dengan IT dan teknologi. Tak hairan bila lappy aku out of mission, dia yang jadi sailormoon aku. Aku membesar di bawah pokok getah, bila ada biawak besar bersiar-siar depan rumah sewa, aku tolong kejarkan. Ada masa kami sama-sama bergaya orang bandar, pergi shopping dengan kasut heel tak ingat dunia. Bila selera dan mengidam kami pergi kfc malam buta, atau pekena sate dan chicken chop. Ada ketika juga kami keluar waktu malam, pergi ke taman, jauh dari cahaya, duduk atas rumput segar dan lihat bintang berkelip. Atau membonceng motor keliling kampung sambil mengira buah mangga di rumah orang waktu musim buah. Cipta moment bersama walau ‘kampung’nya aku dan ‘bandar’nya dia.
Apa yang aku cuba sampaikan, tak kira dari mana asal usul kau. Jangan sekali-kali pandang orang lain macam mereka datang dari planet lain. Sikit salah kau nampak, tempat kelahiran jadi mangsa. Cuba hormati kawan seadanya dan terima kekurangan mereka. Kalau kita sentiasa pandang kesilapan seseorang dan kaitkan dengan betapa kampungnya dia, tak mustahil orang lain tertawa dengan kebodohan kita dan mengaitkan dengan betapa bandarnya kita. Hidup di kampung tak menjadikan kau miskin dan hidup di bandar tak menjadikan kau kaya. Life is all about our own performance. Dalam 10 biji limau, mesti ada satu yang masam. Dalam 10 ulas durian, mungkin ada satu ulas yang tawar. Tak kira kelompok mana kau hidup, tak menjadikan kau seelok kelompok kau berada. Stop being rasist. Akhir kata, kayakan hati, kayakan minda.
– Annazafee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment