Salam semua dan warga IIUM confession, terima kasih kalau admin iium siarkan luahan hati sy ni,
Aku dah tak tahan, aku mesti kena luahkan jugak, dan apa yang berlaku kat aku, aku yakin berlaku jugak kt ramai student2 yg berkongsi rumah, dan mungkin ada dh confession mcm aku ni, tapi andai kata luahan aku ni disiarkan, ni aku nak cakap sikit pasal adab hidup serumah ramai2,
Kita sebagai students yang duduk serumah patutnya kena pandai fikir la kan, masing2 dh besar, nak cakap bodoh karang masing2 tgh amik degree dan dalam IPTA, dan ada yang Ada stam, diploma, stpm dll, so istilah bodoh tu x leh nak pakai,
Cuma aku nak cakap kt sini, dan nak ajar balik pada housemate2 yg cerdik pandai yang tak boleh nk pikir ni, barang housemate yg kita pinjam tu tolong lah pulangkan balik dan letak kt tempat asal yg korang amik tu, kau pinjam dalam keadaan mcm mana, dan mcm tu lah kau pulang, kalau rosak tolong la ganti, bukannya buat muka mintak kene tumbuk, pastu buat2 x bersalah dn sengih mcm kerang busuk!
Dan kalau boleh, minta la izin tuan empunya brg, bukan pakai amik je mcm tu bapak kau punya, pastu dh amik x minta izin, xreti nak pulang balik, sampai tuan punya brang nak guna pun payah, naik bengang wei!, tak kisah la barang tu murah ke, mahal ke, bukanlah aku nk berkira kat sini, tapi dah nama mahasiswa, bknnya semua kaya, bila kita bunyi rasa serba salah pulak, nnti ada yg suara sumbang kata kita berkira dgn member sendiri, “alah setakat sos, ubat gigi, ketip kuku, kicap dll tu pn nak berkira” weh, kalau kau kaya sgt, kau beli la sendiri, yang asyik2 muka kau je yang pinjam apa kes?? ” nak2 makanan dan air dalam peti, kena la faham, kita simpan makanan dalam peti tu utk kegunaan pribadi, bukannya bersama, pokok pangkal nya kalau bukan kau punya, janganlah amik weh! Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan lagi, tapi ni kalau dah aku tukang beli, kau tukang amik, sengkek jugak weh! Dan paling panas sekali bila kita dalam kelaparan atau dahaga tgh malam, tgk2 barang kat dalm peti ais habis kena rembat, bukan nak berkira, tapi fikirlah kt orang weh, bukan fikir kat perut kau sendiri je, dah guna, ganti la balik!
Then, aku nak sebut pasal pinjam kenderaan, ya aku tahu ramai yg takde kenderaan sendiri dn byk yang meminjam, tapi bila dh pinjam tu bertanggungjawab lah wei, kenderaan tu bkn pakai air, tapi pakai petrol, tak kisah la guna pi kedai atau tak jauh pun, tapi kalau dh setiap hari kau pinjam, tak ke luak jugak minyak tu, minyak dah la mahal skrg ni, pastu kalau barang tu rosak dalam Pegangan kau, even kau tak salah pun, kau kena la bertanggungjawab wei! Tu pun nak kene bagithu ke?
Then pasal penggunaan air dan elektrik, tolongla wei, bila tak guna tu switch off kan, dan berpada2 lah bila guna letrik tu, masing2 bayar sama rata, tapi kau pakai letrik mcm orang gila! Kau tak rasa bersalah ke weh?
Dan kebersihan, macam yang korang tahu, kat rumah ni takde bibik, takde orang nak tolong sapu sampah korang, cuci pinggan mangkuk cawan, dan kemaskan dapur bila korang dah masak, jirus jamban taik kau bila kau x flush, atau jirus misai bulu kau kat lantai bilik air, kat rumah bujang takde kuli, so dh guna pandai la kemas balik!
Dan penggunaan mesin basuh, tolong la bertimbang rasa, orang lain nak guna jugak, ni kau sorang saje pakai mesin basuh sampai 4 hari, ampaian dah kering, 2 hari kemudian mujur nak angkat,
And bila waktu malam, tolongla perlahankan sikit volume, ada orang nak study, nak tido, ni kau memekak tgk movie, main game, pekik mencarut bila main DOTA and game lain apa kes? Kau ingat kau sorang je ke yg duduk rumah tu?
And lastly, adab bila masuk bilik orang, tolong la dh masuk jgn buat sepah, bilik tu dah bersepah, korang buat bertambah lgi sepah,
Korang dah besar, berpendidikan, takkan benda asas mcm ni pn korang takleh nak fikir??
Sekian keluhan dari saya,
– Mungkin housemate korang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment